Karnival Bakat Kebangsaan 2024 Pulau Pinang
KARNIVAL BAKAT KEBANGSAAN PULAU PINANG SIRI 3/2024
Karnival Bakat Kebangsaan kini kembali! Kali ini negeri Pulau Pinang menjadi destinasi 799 atlet remaja dari seluruh negara untuk berentap dalam 4 jenis sukan.
Karnival edisi ketiga tahun ini sedang berlangsung dari 22 hingga 26 Oktober mempertandingkan sukan Tenpin Bowling, Skuasy, Akuatik Renang, Akuatik Terjun dan Pelayaran di venue-venue sekitar Pulau Mutiara.
Berikut dikongsikan jadual bagi karnival ini untuk makluman bersama.
Pengenalan
Karnival ini termasuk dalam Perancangan Program Bakat & Pelapis yang dikendalikan oleh Majlis Sukan Negara.
Karnival ini dicadangkan untuk diadakan 4 kali setahun di negeri yang terpilih.
Setiap sukan bakat dan pelapis wajib diadakan 1 kali dalam mana-mana karnival.
Sumber: https://www.nsc.gov.my/program-bakat-dan-pelapis/
Sebelum ini, Karnival Bakat Kebangsaan Siri 1/2024 di Selangor telah berlangsung pada 28 Februari hingga 3 Mac 2024 di sekitar Shah Alam, Selangor. Karnival kali ini menawarkan 4 jenis sukan yang dipertandingkan, antaranya Angkat Berat, Memanah, Ping Pong dan Wushu.
Negeri Melaka pula menjadi destinasi 883 atlet remaja dari seluruh negara untuk berentap dalam 4 jenis sukan tempur dalam Karnival Bakat Kebangsaan Siri 2/2024.
Karnival edisi kedua tahun ini yang berlangsung dari 23 hingga 26 Mei ini mempertandingkan sukan Taekwondo, Karate, Judo dan Tinju di venue-venue sekitar Bandaraya Bersejarah Melaka.
Sementara itu, pada 22 hingga 26 Oktober 2024 pula berlangsungnya Siri 3 Kali di negeri Pulau Pinang yang menjadi destinasi 799 atlet remaja dari seluruh negara untuk berentap dalam 4 jenis sukan – Tenpin Bowling, Skuasy, Akuatik Renang, Akuatik Terjun dan Pelayaran.
Jadual Karnival Bakat Kebangsaan 2024 (Siri 3) Pulau Pinang
Ayuh warga sukan ke negeri Pulau Pinang untuk sama-sama meriahkan karnival ini!
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila ikuti laman web rasmi Majlis Sukan Negara di pautan https://www.nsc.gov.my/.
Anda juga boleh mendapatkan info terkini melalui Majlis Sukan Negeri-negeri yang terlibat.
Baca juga:
Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2025 & Pesara
Takwim Kejohanan MSSM 2024 (Majlis Sukan Sekolah Malaysia)
Gaji Minimum RM1700 – Akta, Pekerja Terlibat, Pelaksanaan 2025
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/karnival-bakat-kebangsaan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=karnival-bakat-kebangsaan