Lambaian Buat Pak Jokowi


 
Aprianti ialah antara jutaan penghuni kota raya Jakarta. Beliau tinggal di Menteng Dalam yang pernah didiami Barack Obama apabila ibunya menikahi seorang warga Indonesia. Menteng Dalam ada kelas atasan, ada orang kelas pertengahan, ada orang berpendapatan rendah. Ya, ada orang miskin. Begitulah keadaannya dari dulu.
Aprianti mengambil upah mengurut atau dalam Bahasa Indonesia ‘pijat‘ untuk menyara hidup. Wanita berusia 43 tahun itu ada pelanggan tetap termasuk orang Malaysia kerana she’s a good masseuse. Purata pendapatannya RM2,000 setiap bulan. Suaminya buat pelbagai pekerjaan. A handyman. Dua anak mereka bekerja sebagai barista di kafe kopi yang tumbuh bagai cendawan di Jakarta. Dua lagi anak masih bersekolah
Aprianti penyokong Presiden Jokowi. Bagi beliau, Jokowi pemimpin bagus yang menolong orang susah dan membawa pembangunan kepada Indonesia. Dia sering bercakap dengan bangga lebuh raya yang menghubungkan Jakarta dengan Bandung yang dibina pada zaman pemerintahan Jokowi. Pastinya dia turut bangga dengan adanya kereta api laju Jakarta-Bandung atau Whoosh yang serba moden serba canggih. Saya tak pasti sama ada dia pernah menaiki Whoosh – singkatan untuk ‘Waktu Hemat, Operasi Optimal, Sistem Hebat’.
Apa pun ada berjuta rakyat Indonesia seperti Aprianti yang menyanjungi Jokowi. Beliau antara pemimpin yang dipandang tinggi dunia, malah di Malaysia ramai yang kagum dengan Jokowi. Rakyat Malaysia bukan beragama Islam memuji beliau kerana sifatnya yang toleran terhadap agama lain walaupun beliau orang Islam. Mereka tabik hormat setiap kali Jokowi membuka ucapannya dengan memberi salam cara Islam, Kristian, Buddha, dan Hindu. Sekali gus.
Jokowi atau Joko Widodo (nama asal Mulyono) memegang jawatan presiden Indonesia ketujuh setelah menewaskan Prabowo Subianto pada pilihan raya 2014. Beliau disanjung kerana presiden pertama yang bukan daripada kumpulan elit atau tentera. Beliau daripada keluarga miskin. Rakyat miskin serta-merta boleh relate dengan beliau
Jokowi beri keutamaan pada membantu golongan miskin di samping memberi penekanan pada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan infrastruktur. Dasarnya diterima baik dan rata-rata rakyat senang dengan gaya dan cara hidupnya yang sederhana. Beliau pernah menaiki pesawat komersil untuk menghadiri upacara graduation anaknya di Singapura.
Namun keadaan berubah pada penggal keduanya selepas berjaya mempertahankan jawatan pada 2019 dengan menewaskan Prabowo sekali lagi.
Pelbagai kepincangan dan tuduhan dilemparkan. Ramai penyokong tegar termasuk dalam kalangan wartawan dan budayawan masyhur mula tawar hati. Namun yang paling ketara ialah pada pengujung pemerintahannya.
Mengikut perlembagaan Indonesia, presiden hanya boleh menduduki jawatan selama dua penggal sahaja. Jokowi akur meski pun ada dalam kalangan orangnya berharap beliau boleh melakukan sesuatu untuk kekal presiden.
Pun begitu Jokowi dilihat menyusun strategi untuk mewujudkan dinasti. Paling ketara beliau dilihat campur tangan untuk ‘menghalalkan’ aturan serta undang-undang pilihan raya bagi membolehkan anak sulungnya, Gibran Rakabuming Raka, bertanding pada pilihan raya 14 April lalu.
Jika mengikut peraturan asal, Gibran tidak layak bertanding kerana masih muda yakni 37 tahun pada hal usia calon patut sekurang-kurangnya 40 tahun. Apa yang terjadi Gibran dibolehkan bertanding.
Jokowi dikatakan memberi sokongan secara terang kepada gandingan Prabowo-Gibran pada pilihan raya April lalu. Pasangan ini menang. Esok Prabowo akan angkat sumpah sebagai presiden kelapan. Gibran adalah wakil presiden atau dalam istilah kita timbalan presiden.
Ogos lalu Jokowi dikatakan sekali lagi cuba ubah peraturan di mahkamah perlembagaan bagi membolehkan anak bongsunya, Kaesang Pangarep, bertanding pada pemilihan bulan depan bagi jawatan gabenor Jakarta atau Solo. Percubaannya gagal berikutan demonstrasi besar-besaran rakyat di seluruh Indonesia.
Namun abang ipar Kaedang iaitu Bobby Nasution akan tetap bertanding jawatan gabenor Medan. Sebenarnya banyak lagi kisah anggota keluarga Jokowi yang ditempatkan di posisi strategik. Tidak perlu saya huraikan di sini.
Memetik opini atau opinion piece majalah berita terkenal Indonesia, Tempo (keluaran 7-13 Oktober 2024), minggu-minggu akhir pemerintahan Jokowi dilihat melakukan hal-hal yang tak sepatutnya dibuat seorang presiden yang bakal bersara
Menerusi beberapa tindakan di saat akhir, menurut Tempo, Jokowi dilihat seolah cuba ‘mengamankan’ pemerintahan baharu di bawah Prabowo, yang akan berganding dengan anaknya, Gibran.
“Penghormatan Jokowi kepada presiden terpilih (Prabowo) harus ditunjukkan jika tak ingin dicap sebagai penghidap post-power syndrome,” kata Tempo, dalam rencana bertajuk menarik, ‘Sindrom Takut Pensiun’
Di jalan-jalan utama Jakarta terpasang banner mengucapkan terima kasih kepada Jokowi. Saya rasa ucapan diiringi harapan ‘selamat bersara’ walaupun tidak tertera. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/10/lambaian-buat-pak-jokowi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pak Maun Kecewa

Pak Maun Kecewa

papar berkaitan - pada 9/10/2024 - jumlah : 370 hits
Ilustrasi hiasan Ini kisah seorang gadis cantik yang pernah menjadi juara larian sekolah di kampungnya Ramailah jejaka yg tergila2 dan menyimpan hati untuk menjadikannya isteri Gadis itu pun sedar ramai yang meminatinya Satu hari gadis itu ...
Pak Arab Menipu Pribumi Nusantara

Pak Arab Menipu Pribumi Nusantara

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 119 hits
Untuk dengar video sila klik di sini The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT By Syed Akbar Ali
Hantar Pak Zain Buat Mri Di Ucsi Hospital Spring Hill

Hantar Pak Zain Buat Mri Di Ucsi Hospital Spring Hill

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 269 hits
Assalamualaikum Semalam blog ni senyap sunyi je kan tanpa update sebenarnya semalam SA busy hantar PZ buat MRI di UCSI Hospital Spring Hill First time pi hospital tu canggih oiii and rupanya hospital ni dah beroperasi 3 tahun dah cantik pun...
Sosok Profesor Gudono Ayah Kandung Istri Kaesang Sekaligus Mertua Jokowi

Sosok Profesor Gudono Ayah Kandung Istri Kaesang Sekaligus Mertua Jokowi

papar berkaitan - pada 21/10/2024 - jumlah : 221 hits
BloggerBorneo com Prof Dr Gudono M B A adalah seorang tokoh akademisi yang telah berkontribusi besar dalam dunia pendidikan Indonesia khususnya dalam bidang akuntansi Sebagai Guru Besar di Universitas Gadjah Mada beliau dikenal tidak hanya ...
Pak Belang Baham Suami Depan Isteri Di Gerik

Pak Belang Baham Suami Depan Isteri Di Gerik

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 166 hits
FMT ReportersMangsa diserang harimau itu ketika keluar dari rumah kongsi menuju ke tandas Mayat mangsa dijumpai dalam keadaan parah pada kaki kiri dan leher akibat diserang harimau PETALING JAYA Seorang wanita menyaksikan suaminya maut diba...
Lunch Ikan Bakar Pak Din Tanglin Dengan Kawan Office

Lunch Ikan Bakar Pak Din Tanglin Dengan Kawan Office

papar berkaitan - pada 18/10/2024 - jumlah : 269 hits
Assalamualaikum Hi korang SA dan kawan kawan office ke Tanglin hari ni nak makan ikan bakar kat situ Jumaat kan rehat panjang so kami berlima ke Tanglin dengan grab gigih ok dah la dh lewat keluar nasib baik x jammed sangat Sampai je orang ...
Pak Zain Ke Dusun Pinang Wellness

Pak Zain Ke Dusun Pinang Wellness

papar berkaitan - pada 24/10/2024 - jumlah : 144 hits
Assalamu alaikum Apa Dusun Pinang Wellness ni Pak Zain nak camping ke apa Tempat ni menjadi viral kerana ramai yang dapat rawatan terapi IonDusun Pinang Wellness terletak di Ulu Sepri Rembau dimana terdapat telaga ION buatan teknologi manus...
Weekend Jobs Singapore Flexible Work For Your Free Days

Pertandingan Video Ulasan Buku Bahasa Melayu 2025

Hifu Treatment A Non Surgical Solution For Skin Lifting And Tightening

Urban Renewal Not A Dirty Term

Makan Tengah Hari Nasi Minyak Ayam Masak Merah Dan Acar Timun

Tarikh 16 Mei Yang Diingati

Time To Rethink Wildlife Crossings On Our Highways

Masuk Ke Muzium Tak Perlu Bayar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ufp 2 Fun 28 2024 5 Top 88 By Morgan

Faro168 Faro168 World 12 July 25 168 Casino Faro168 Top 90 By Prince

P2vvip P2vvips Com 9 2024 P2vvip 1 P2vvip Top 73 By Jermaine

Antara Aktiviti Mingguan Kebun Bandar

Cara Dapatkan Bank Statement Cimb Bank Melalui Cimbclicks

Najib Razak Pemerkasaan Industri Rel