Jangan Celupar Kamu Pun Tak Bantu Umno P Pinang Pemuda Bidas Guan Eng


freenalaysiatoday
Nora Mahpar-25 Oct 2024, 03:48 PM              

Pemuda Umno Pulau Pinang berkata tidak wajar Lim Guan Eng menyindir menteri parti itu secara terbuka di Dewan Rakyat.
Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Hilmi Elias mempersoalkan apa sumbangan Lim Guan Eng terhadap parti itu di negeri tersebut.
PETALING JAYA: Pemuda Umno Pulau Pinang membidas Lim Guan Eng supaya jangan celupar dan lebih sensitif terhadap kawan serta lawan.

Ketuanya Hilmi Elias berkata, tidak wajar bekas ketua menteri Pulau Pinang menyindir menteri Umno secara terbuka di Dewan Rakyat, yang nisbahnya sangat kecil berbanding menteri daripada Pakatan Harapan (PH).

“Guan Eng memang pemimpin DAP yang tak pernah menjaga mulut dan di Pulau Pinang dia terkenal dengan rekod mulut celupar. Lebih banyak bercakap dari buat kerja. Tak jaga sensitiviti lawan dan kawan.

“Guan Eng juga kena ingat, menteri di Pulau Pinang ni tak ada pun dari Umno…jadi kita nak tanya Guan Eng balik, apa yang dia bantu pemimpin Umno di Penang?” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas dakwaan Lim yang menteri Umno kurang membantu mangsa banjir di Pulau Pinang khususnya Parlimen Bagan iaitu kawasan diwakili pengerusi DAP itu.

Dalam perbahasan Belanjawan 2025 Selasa lalu, Lim berterima kasih kepada barisan menteri kerajaan perpaduan yang turun membantu mangsa banjir di Pulau Pinang dan kawasan Parlimennya, namun secara sinis berkata ‘menteri Umno kurang bantu sikit’.

Bagaimanapun, petikan ucapan Lim menarik perhatian Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari yang berkata pemimpin DAP itu tidak wajar mempersenda Umno secara terbuka, ketika ia telah ‘berkorban’ bekerjasama dengan DAP untuk bersama dalam kerajaan perpaduan.

Sementara itu, Hilmi mendakwa Umno Pulau Pinang tidak pernah ‘berbunyi’ walaupun hakikatnya pemimpin DAP tidak membantu kawasan Umno yang lain.

“Kita tak pernah ungkit walaupun pemimpin DAP di Pulau Pinang tak bantu kawasan-kawasan Umno, tak…kami okey sebab kita memahami tugasan masing-masing.

“Tetapi Guan Eng tak boleh pentingkan diri sendiri mempertikaikan orang lain tak bantu kawasan dia.”

Tegasnya, menteri Umno banyak turun ke kawasan tumpuan lain, khususnya kerusi Melayu namun ia tidak menghalang sayap Pemuda Pulau Pinang menggalas tugas membantu mangsa banjir negeri itu.

“Itulah pentingnya organisasi bersistem…dari segi sistem Pemuda Umno lebih baik daripada DAP, kerana kami mempunyai jentera dan akar umbi yang ramai di bawah. Kami tak perlukan menteri kami turun, tapi kami mampu melaksanakan tugasan diamanahkan dengan baik,” katanya.

Hilmi juga secara sinis meminta Lim ‘mempelajari’ usaha menangani banjir dengan pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow yang disifatkan lebih sistematik berbanding ketika era pentadbirannya.

“Kalau nak dibandingkan prestasi Guan Eng ketika menjadi ketua menteri dulu, sekarang jauh lebih baik. Dia kena tengok cara Chow sekarang dapat tangani banjir secara sistematik dari segi penyelarasan bantuan banjir antara parti perpaduan.

“Cuma mungkin Guan Eng tak tahu, sebab dia hanya jaga Bagan sahaja,” katanya.

PAS jangan menangguk di air keruh

Berterima kasih dengan keprihatinan PAS terhadap isu berkenaan, Hilmi bagaimanapun meminta seterunya tidak mengambil kesempatan atas perkara tiada kaitan dengan parti itu.

“Kita nak pesan…jangan menangguk di air keruh, sebab banyak lagi isu lebih besar yang kita tengok kenapa PAS tak bersuara. Soal pemimpin Umno biarlah kami Pemuda Umno yang selesaikan,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/10/jangan-celupar-kamu-pun-tak-bantu-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid To Meet Guan Eng Over Claim Of Unhelpful Umno Ministers

Zahid To Meet Guan Eng Over Claim Of Unhelpful Umno Ministers

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 139 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi was asked for his response to Lim Guan Eng s remarks about aid to Penang and the Bagan constituency when Penang suffered widespread flooding in November 2017 Lim was the Penang chief minister from 2008 to 2...
Guan Eng Malukan Umno Di Dewan Rakyat

Guan Eng Malukan Umno Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 166 hits
harakahdaily netOctober 25 2024Ahmad Fadhli ShaariKUALA LUMPUR Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng tidak sepatutnya memalukan pihak Umno dengan mengatakan menteri Umno kurang bantu sikit kata Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari Dalam s...
Guan Eng Raises Plight Of Nurses Getting Burial Shrouds For Uniforms

Guan Eng Raises Plight Of Nurses Getting Burial Shrouds For Uniforms

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 137 hits
PARLIAMENT The Dewan Rakyat today heard about the plight of government nurses who were allegedly supplied with bad quality fabric to make their uniform with some donating them to be used as kain kafan Lim Guan Eng said in his debate speech ...
Guan Eng Is It Fair Foreign Investors Don T Have To Buy A Single Screw From Local Smes

Guan Eng Is It Fair Foreign Investors Don T Have To Buy A Single Screw From Local Smes

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 287 hits
Lim suggested in Parliament today that foreign investors and external parties winning government or private tenders should be required to source 50 per cent of their supplies from local SMEs Picture by Sayuti ZainudinKUALA LUMPUR Oct 22 The...
Wan Saiful Denies Hijacking Guan Eng S Constituency Allocation

Wan Saiful Denies Hijacking Guan Eng S Constituency Allocation

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 234 hits
Tasek Gelugor MP Wan Saiful Wan Jan said opposition MPs are doing their best to serve their constituencies despite being denied allocations by the government PETALING JAYA Tasek Gelugor MP Wan Saiful Wan Jan has shot down Lim Guan Eng s cla...
Zahid Dijangka Tak Ambil Hati Kenyataan Menteri Umno Kurang Bantu

Zahid Dijangka Tak Ambil Hati Kenyataan Menteri Umno Kurang Bantu

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 125 hits
freemalaysiatoday com26 Oct 2024Lau Zhe Wei dari UIAM berkata Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook juga dijangka ambil pendekatan membisu seperti Zahid Hamidi dalam menangani isu sensitif antara pemimpin mereka Penganalisis berkata Presiden ...
We Aim To Replace Umno Bersatu Rebrands With Core Principles

We Aim To Replace Umno Bersatu Rebrands With Core Principles

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 192 hits
Democracy moderation and inclusiveness at the heart of Bersatu s vision particularly Umno and to solidify its position as a centre right party ahead of the next general election said that the party s commitment to rekayasa or re engineering...
Permohonan Maaf Najib Pemimpin Umno Sifatkan Rayer Hipokrit

Permohonan Maaf Najib Pemimpin Umno Sifatkan Rayer Hipokrit

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 247 hits
bharian com myOleh Oktober 26 2024 Mohd Puad Zarkashi dan RSN Rayer KUALA LUMPUR Seorang pemimpin UMNO menyifatkan Ahli Parlimen DAP RSN Rayer sebagai hipokrit berhubung kenyataannya terkait permohonan maaf bekas Perdana Menteri Datuk Seri ...
Mb Pahang Akan Ketuai Sekolah Politik Yang Di Tubuhkan Bn Bawah Biro Latihan Dan Perkaderan Umno

Mb Pahang Akan Ketuai Sekolah Politik Yang Di Tubuhkan Bn Bawah Biro Latihan Dan Perkaderan Umno

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 97 hits
TEMERLOH Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan mengetuai sekolah politik yang ditubuhkan Barisan Nasional bawah biro latihan dan perkaderan UMNO Malaysia kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Beliau juga mem...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Rojak Tauhu

Pengertian Tujuan Serta Proses Manajemen Strategi Penting Dalam Sebuah Perusahaan

Malaysia Jadi Negara Pertama Yang Izinkan Bayar Zakat Pakai Kripto

Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It

25 Lelaki Dan Seorang Wanita Warganegara Indonesia Ditahan Terlibat Judi Sabung Ayam

Lelaki Tendang Anak Kucing Hingga Mati