Pak Long Depa Kata Jangan Dok Mai Melawat Saja


 

FMT Reporters -December 19, 2021 Perdana Menteri meninjau situasi banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di SK Johan Setia, SK Telok Gong dan Masjid Al Islah Kampung Nelayan Telok Gong, Klang, pagi tadi.PETALING JAYA: Seorang pemimpin pembangkang menuduh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob ‘bersandiwara’ mengenai isu banjir yang membelenggu negara, dengan ribuan penduduk memerlukan bantuan, termasuk di Lembah Klang, manakala kerosakan harta benda dianggarkan ratusan juta ringgit.
Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata tindakan Ismail meminggirkan beliau dan wakil rakyat lain dalam program lawatannya ke Klang menunjukkan beliau tidak berminat mengetahui masalah yang menghimpit penduduk di situTindakan Ismail “berjalan ke pusat pemindahan banjir dan berbual sekejap dengan mangsa…sahaja tidak mencukupi,” kata pemimpin DAP itu.
Santiago kecewa kerana Ismail tidak mengamalkan slogan Keluarga Malaysia yang sering dicanangnya, sebaliknya memulau wakil rakyat daripada parti politik pembangkang.
“Beliau juga tidak berminat mengenai apa sebenarnya berlaku di lapangan dan bagaimana kita boleh bekerjasama membendung isu banjir ini,” kata beliau.
Mangsa banjir di Klang kini menghampiri 10,000 orang yang diselamatkan pelbagai agensi penyelamat untuk ditempatkan di 32 pusat pemindahan sementara (PPS).
Klang disifatkan daerah paling teruk terjejas banjir di Selangor susulan hujan lebat sejak semalam.
Sistem perparitan dan pengairan yang tidak mampu menampung jumlah hujan berterusan sekian lama disebut antara punca utama kekerapan banjir di Klang.
Ismail Sabri Yaakob (kanan) menyantuni kanak-kanak ketika melawat mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Telok Gong, Klang hari ini. (Gambar Bernama)Seorang penduduk Kampung Delek Kiri, Klang, Abdul Basir Abdul Hadi, 55, berkata, ini adalah kejadian kali kelima kampung tersebut dilanda banjir dengan kali ini adalah insiden terburuk sehingga mencecah hampir satu meter pada malam kelmarin, Kosmo melaporkan.
Katanya, pembangunan pesat dan tidak seiring dengan peningkatan kemudahan prasarana terutama longkang dan parit memudahkan kawasan ini ditenggelami banjir.
“Kami sudah penat dan serik, bukan sekali tetapi lima kali banjir di kampung ini yang mempunyai kira-kira 10,000 penduduk.
“Malam tadi (kelmarin) saya terpaksa memindahkan kambing, ayam dan itik ke lokasi lebih tinggi,” katanya.
Santiago berkata sebagai Perdana Menteri, Ismail sepatutnya mendapatkan maklum balas daripada wakil rakyat sepertinya tentang cara berkesan untuk menangani masalah banjir.
“Tetapi saya mahupun ADUN kawasan tidak dimaklumkan (mengenai lawatan Ismail). Sudah tentu jika berpeluang, saya mahu menyampaikan kepada Perdana Menteri kenapa kerajaan harus meluluskan peruntukan segera untuk membendung banjir yang kerap berlaku,” katanya.
Kenyataan Santiago itu menarik pelbagai komen warganet, termasuk kritikan terhadap tindakan Pakatan Harapan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Ismail sebelum ini.
“Adakah anda terkejut (dengan tindakan Ismail)? Kenapa parti anda menandatangani MoU dengan beliau?” tanya Darren Chan.
Ismail “hanya ke pusat pemindahan untuk tunjuk muka, ia tidak kena mengena dengan Keluarga Malaysia, ia (lawatan ke Klang) adalah untuk dirinya sahaja,” ujar Teck San Low.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/pak-longdepa-kata-jangan-dok-mai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menantu Pm Kata Tak Guna Heli Kerajaan Pun Jangan Dok Kalut Kah Kah Kah Awat Hangpa Dok Kalut

Menantu Pm Kata Tak Guna Heli Kerajaan Pun Jangan Dok Kalut Kah Kah Kah Awat Hangpa Dok Kalut

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 235 hits
Saya tak guna helikopter kerajaan kata menantu PM December 20 2021 Menurut Jovian Mandagie isu helikopter berkenaan sepatutnya tidak perlu dipanjangkan kerana beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk menunjuk nunjuk PETALING JAYA Menantu ...
Long Covid Jejas Perkembangan Kognitif Kanak Kanak Kata Ahli Parlimen

Long Covid Jejas Perkembangan Kognitif Kanak Kanak Kata Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 267 hits
Setakat ini Kementerian Kesihatan tidak mempunyai data yang tepat berhubung kesan Long Covid terhadap perkembangan kognitif kanak kanak KUALA LUMPUR Perkembangan kognitif kanak kanak terjejas antara kesan jangka panjang Covid 19 atau Long C...
Jom Himpun Kata Kerajaan Jangan Himpun Kata Kerajaan

Jom Himpun Kata Kerajaan Jangan Himpun Kata Kerajaan

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 210 hits
Diambil kira daripada tarikh 1 September 2021 hari ini 9 Disember 2021 ialah hari ke 100 kerajaan Ismail Sabri Yaakob yang menggelarnya pentadbiran Keluarga Malaysia Tarikh 1 September dilihat permulaan kerajaan pimpinan Ismail kerana mesyu...
Bukan Najib Saja Didakwa Tetapi Sistem Negara Dan Diri Kita Juga Dibicara Kata Zaid Ibrahim

Bukan Najib Saja Didakwa Tetapi Sistem Negara Dan Diri Kita Juga Dibicara Kata Zaid Ibrahim

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 192 hits
December 9 2021 Zaid Ibrahim berkata kes Najib tidak membuahkan keadilan sepenuhnya yang diharapkan oleh rakyat kerana pelbagai pihak lain tidak dibawa ke muka pengadilan PETALING JAYA Pendakwaan terhadap Najib Razak yang disabit atas kesal...
Nama Nadma Sendiri Nampakkan Peranannya Jangan Lepas Tangan Kata Idris

Nama Nadma Sendiri Nampakkan Peranannya Jangan Lepas Tangan Kata Idris

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 191 hits
December 21 2021 Idris Haron berkata war room NADMA sepatutnya segera mendepani krisis termasuk melakukan koordinasi dengan semua agensi berkaitan PETALING JAYA Bekas Ketua Menteri Melaka Idris Haron menyelar Agensi Pengurusan Bencana Negar...
Boleh Saja Tapi Jangan Tukar Mercedes Selalu Walau Miskin

Boleh Saja Tapi Jangan Tukar Mercedes Selalu Walau Miskin

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 190 hits
Perjuang royalti minyak saya perlu 14 Ahli Parlimen berani tanding di Kelantan kata Zaid December 14 2021 Zaid Ibrahim berkata mereka akan berkempen hanya melibatkan satu isu iaitu Perdana Menteri perlu membayar balik hutang RM20 bilion kep...
Prn Sarawak Jangan Pangkah Ali Kata Muhyiddin

Prn Sarawak Jangan Pangkah Ali Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 202 hits
Naib Pengerusi Bersatu Sarawak itu bertanding di DUN Krian sebagai calon Bebas sebelum mengumumkan menarik diri KUCHING Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengingatkan pengundi di Dewan Undangan Negeri Krian supaya tidak memangkah calon Beba...
Nusi Hang Jangan Dok Buat Tercengang Bodo Sepat Pulak Macam Kisah Raptor Di Juru Dulu Hang Kena Habaq Betoi Betoi

Nusi Hang Jangan Dok Buat Tercengang Bodo Sepat Pulak Macam Kisah Raptor Di Juru Dulu Hang Kena Habaq Betoi Betoi

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 169 hits
Sanusi digesa perjelas status sebenar projek litar lumba di Sungai PetaniOleh MOHD ALI HASHIM December 13 2021Setelah dua Pilihan Raya Umum berlalu janji untuk membina Litar Lumba Antarabangsa Sungei Petani Kedah masih lagi menjadi igauan k...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep