Pahang Gesa Ecrl Perlu Diteruskan Ikut Cadangan Asal


Oleh: Zylan Moha


KUANTAN – Menurut perancangan awal yang telah dibuat oleh kerajaan pusat di bawah Barisan Nasional (BN) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu, jajaran asal awal Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan melalui negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum memasuki Selangor.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata terdapat beberapa faktor agar perancangan awal ini diteruskan, antaranya adalah untuk meningkatkan lagi penghantaran kargo dari utara berbanding ke selatan kerana di kawasan selatan sudah mempunyai pelabuhan lain seperti Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor.

“Kita juga ingin melihat ECRL yang jajarannya melalui Gombak akan dilaksanakan kerana ini akan menghasilkan integrasi dengan sistem aliran Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan LRT.

“Terkini di Negeri Pahang Darul Makmur, projek ini telah mula dilaksanakan dan sudahpun berada pada tahap 13% atau 14%.

“Apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengumumkan bahawa projek ini akan dikurangkan kos dengan perubahan-perubahan yang sedikit, ia adalah satu perkara yang amat merugikan kerana kita telahpun mengambil langkah untuk menyediakan tanah bagi melengkapkan projek ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Wan Rosdy lagi, pada tahun 2019, sebanyak 1,394.4 hektar tanah yang merangkumi 232.5km jarak perjalanan yang merentasi Bentong, Temerloh, Bera, Maran dan Kuantan telahpun dalam proses untuk diambil-alih.

Tegasnya juga, dengan adanya ECRL mengikut pelan asal, ia akan membawa kembali peluang pekerjaan kepada anak-anak Negeri Pahang.

“Dan semestinya ledakan ekonomi akan berlaku sekaligus memberikan manfaat kepada rakyat negeri ini apabila siapnya infrasturktur ini.

“Saya telah menulis surat pada Mac 2020 yang lepas kepada YAB Perdana Menteri agar dapat mengkaji semula pelaksanaan asal ECRL yang benar-benar lebih menguntungkan untuk jangka masa yang lebih panjang,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai itu lagi.

Justeru katanya, Pahang berharap agar satu keputusan dapat dicapai untuk mengembalikan semula pelan asal ECRL kepada perancangan awalnya. – UMNO ONLINE



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/pahang-gesa-ecrl-perlu-diteruskan-ikut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wee Mb Pahang Cadang Tukar Jajaran Ecrl Balik Ke Asal

Wee Mb Pahang Cadang Tukar Jajaran Ecrl Balik Ke Asal

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 619 hits
MALAYSIAKINIMenteri Pengangkutan Wee Ka Siong hari ini berkata cadangan untuk mengembalikan projek Laluan Rel Pantai Timur balik ke jajaran asal datang dari Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail Kami mengadakan pertemuan bulan lalu yang...
Ecrl Apa Perlu Ikut Jajaran Bn Tingkatkan Kos Pembinaan

Ecrl Apa Perlu Ikut Jajaran Bn Tingkatkan Kos Pembinaan

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 306 hits
ECRL Apa perlu ikut jajaran BN tingkatkan kos pembinaan Oleh July 09 2020Cadangan kerajaan tebuk atap Perikatan Nasional untuk mengkaji semula jajaran Projek Laluan Rel Pantai Timur ditentang oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ...
K Jaan Pn Pertimbang Kembalikan Jajaran Asal Laluan Ecrl Laporan

K Jaan Pn Pertimbang Kembalikan Jajaran Asal Laluan Ecrl Laporan

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 799 hits
Di bawah BN jajaran ECRL akan melalui Kelantan Terengganu dan Pahang sebelum menuju ke Selangor melalui Gombak dan ke Serendah serta Pelabuhan Klang Walau bagaimanapun jajaran semula yang dicadangkan pentadbiran PH tidak lagi akan melalui B...
Operasi Perniagaan Di Pahang Kembali Ikut Kelulusan Lesen

Operasi Perniagaan Di Pahang Kembali Ikut Kelulusan Lesen

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 253 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang membenarkan premis perniagaan yang beroperasi pada masa ini kembali mengikuti waktu operasi berdasarkan kelulusan lesen sedia ada berkuat kuasa serta merta Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata...
Kerajaan Selangor Protest Laluan Asal Ecrl

Kerajaan Selangor Protest Laluan Asal Ecrl

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 335 hits
Kerajaan Selangor katanya tidak bersetuju dengan cadangan projek Laluan Rel Pantai Timur dibina berdasarkan laluan asal yang melalui kawasan Gombak dan Serendah Exco Kerajaan Tempatan Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri Ng...
Selangor Bantah Ecrl Dibina Guna Jajaran Asal Lalui Kawasan Tadahan

Selangor Bantah Ecrl Dibina Guna Jajaran Asal Lalui Kawasan Tadahan

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 356 hits
SHAH ALAM Kerajaan Selangor tidak bersetuju dengan cadangan projek Laluan Rel Pantai Timur dibina berdasarkan jajaran asal yang melalui kawasan Gombak dan Serendah di negeri itu Exco Kerajaan Tempatan Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampu...
Cara Buat Kopi Viral Korea Ikut Langkah Mudah Dalgona Coffee Hanya 4 Bahan

Cara Buat Kopi Viral Korea Ikut Langkah Mudah Dalgona Coffee Hanya 4 Bahan

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 797 hits
Cara Buat Kopi Viral Korea Ikut Langkah Mudah Dalgona Coffee Hanya 4 Bahan Salam semua kopi viral yang selalu disebut sebut semasa tempoh perintah kawalan pergerakan yang lepas Ramai juga yang tak lepaskan peluang untuk cuba resepi kopi vir...
Peniaga Tamak Jual Durian Harga Ikut Model Kenderaan Pelanggan

Peniaga Tamak Jual Durian Harga Ikut Model Kenderaan Pelanggan

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 374 hits
Gambar sekadar hiasan sahajaKetua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pahang Ahmad Fitri Ali mendedahkan ada peniaga durian yang dipercayai menjual harga buah berkenaan dengan harga berbeza meng...
666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Menulis Dengan Hati Kerana Tulisan Hidup Lebih Lama

Menyeramkan Darah Menitis Dari Siling Hospital

Kotak Packaging Produk Travel Set Solusi Branding Mudah Untuk Usahawan Baru Dengan Design Premium

Kedah Mayat Lelaki Dalam Kereta Di Parkir Stesen Minyak

Blog Manis Strawberi Datang Memberi Kejutan Hari Ini

Serba Bisa Di Satu Aplikasi Intip Semua Kelebihan Brimo Untuk Aktivitas Sehari Hari

Karipap Daging


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sabah Fc X Adidas Perkenal Jersi Baru Musim 2025 2026

Saintis Jepun Temui Cara Tumbuhkan Semula Gigi Patah

Pemandu Audi Rempuh Dua Motosikal Urb Polis Positif Alkohol

Michael Gayut Mg Aron Dbl Project Cinta Siruga Chord

New Samarahan Kuching International Airport Access Road Opened By Motorists Despite Incomplete Works

Minister Smoking Air Pollution Among Main Causes Of Lung Damage