Pagi Sebelum Ke Rumah Pengasuh Baik Sangat Petang Maryam Pergi Selamanya


Kehadiran cahaya mata comel yang diberi nama Puteri Maryam menjadi pelengkap dalam kehidupan pasangan suami isteri, Mohd Amirul Baharudin, 30, dan Nur Hasikin Ahmad, 28.
Bagaimanapun, takdir Allah lebih dari segalanya apabila anak yang dilahirkan pada 8 Julai 2021 ini meninggal dunia secara tiba-tiba, Jumaat lalu.
Menerusi perkongsian di Mstar, ibu Puteri Maryam menyatakan pemergian anak syurganya ini langsung tak disangka sama sekali.

“Kami hantar ke rumah pengasuh seperti biasa pada hari bekerja. Ketika dalam perjalanan pulang, saya terima panggilan daripada pengasuh meminta saya cepat kerana anak tak sedarkan diri.
“Dalam panggilan, saya dengar pengasuh sedang menangis. Pada masa sama, suami pengasuh sedang beri bantuan pernafasan (CPR) kepada bayi. Mereka pun dah hubungi ambulans. Saya minta mereka teruskan buat CPR sementara saya sampai dan saya terus hubungi suami untuk maklumkan hal ini.
“Ketika sampai, saya suruh pengasuh pegang bayi dan saya nak bawa kereta ke hospital. Tapi pihak ambulans minta kami tunggu, kami masa tu dah keluar dari perumahan dan berhenti di tepi jalan. Ketika itu, anak saya memang tak sedarkan diri tapi CPR tetap diteruskan,” kongsinya.
Muntah dan tak sedar diri 
Tambah Hasikin, dalam keadaan cemas itu beberapa individu turut berhenti di tepi jalan apabila melihat kejadian itu untuk membantu sebelum dia dan bayinya dibawa menaiki ambulans untuk menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Jelasnya lagi, pengasuh memaklumkan bayi berusia enam bulan itu kelihatan tidak selesa dan seolah-olah mahu sendawa sebelum memuntahkan semua susu dan makanan dalam kejadian berkenaan.
“Selepas dibawa dengan ambulans, anak saya dimasukkan ke jabatan kecemasan. Dalam 15 ke 20 minit mereka cuba selamatkan, kemudian doktor keluar maklumkan anak saya tidak dapat diselamatkan dan pihak hospital beritahu punca sebenar tak dapat disahkan lagi.
Kata pengasuh, dia nampak anak saya dalam keadaan tak selesa dan nak batuk. Jadi dia tepuk belakang untuk bagi sendawa. Kemudian anak saya batuk dan muntah sebelum tak sedarkan diri. Lepas dah bedah siasat pada pagi Sabtu, doktor kata tak dapat tengok keputusan dengan mata kasar. Jadi result sekarang adalah pending laboratory investigation.

“Tapi sampel darah dan tisu paru-paru sudah dihantar ke makmal untuk mendapatkan punca sebenar. Keputusan akan diketahui dalam masa dua hingga tiga bulan. Kalau ikut cerita pengasuh, memang tersedak. Tapi doktor tak boleh sahkan selagi tiada bukti. Tersedak ni hanya anggapan kami. Tapi untuk jawapan sahih, kami masih tunggu ujian makmal,” ujar Hasikin.
Reda pemergian Maryam
Menurut Hasikin lagi, walaupun masih bersedih dengan pemergian Maryam, namun dia reda dengan takdir ilahi.
Malah dia tidak menuding jari terhadap pengasuhnya tetapi berterima kasih atas jasa baik yang banyak memudahkan urusan dia sekeluarga selama ini.
“Pengasuh saya memang cuba sama-sama untuk selamatkan arwah, dah hubungi ambulans dan buat CPR. Pengasuh ada dengan saya dan suami dari awal sampai akhir. Dia tak mengelak, semua bagi kerjasama. Saya dengan pengasuh ok, saya tak salahkan dia sebab perkara ini boleh jadi kat mana-mana.
“Walaupun bayi dalam jagaan mak ayah pun boleh berlaku kejadian sebegini. Saya terima ketentuan, bila jadi benda macam ni, ia bagi pengajaran untuk saya dalami pelbagai ilmu berkaitan bayi.
“Saya percaya, saya dan suami pun dah buat yang terbaik, sebab itu kami reda dengan kejadian ini. Rindu tetap ada, tapi kami terima apa yang berlaku. Bayi kami pun sudah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Gelang Patah,” ujarnya.

Mengimbas kembali hari-hari terakhir bersama Puteri Maryam, Hasikin bersyukur diberi peluang memandikan bayinya pada pagi kejadian yang mana tugas tersebut biasanya sering dilakukan oleh suami.
“Pada pagi hari kejadian, saya mandikan arwah sebelum dihantar ke rumah pengasuh. Selalunya suami yang mandikan tapi hari tu saya offer nak mandikannya.
“Saya dukung dia, mandi shower sama-sama, dia baik sangat. Lepas mandi, saya bagi suami untuk pakaikan bajunya. Suami pun ada tegur yang dia ‘sangat baik,’ tak macam hari-hari sebelum tu. Sepanjang mengandung pun, memang tiada masalah. Semua urusan saya dipermudahkan,” katanya.

Tambah Hasikin, dia sekadar berkongsi cerita pemergian mengejut anaknya untuk membuka mata masyarakat di luar sana mengenai kejadia-kejadian sebegini.
Jelasnya, penting untuk ibu bapa mahupun sesiapa sahaja melengkapkan diri dengan ilmu berkaitan agar kita sentiasa bersedia dengan kemungkinan buruk yang boleh berlaku.
Kredit: Mstar 
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
 
The post “Pagi Sebelum Ke Rumah Pengasuh, Baik Sangat. Petang Maryam Pergi Selamanya.” appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pagi-sebelum-ke-rumah-pengasuh-baik-sangat-petang-maryam-pergi-selamanya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Tak Berhenti Buat Kerja Rumah Lenguh Kaki Buat Urutan Ni Sebelum Tidur

Ibu Tak Berhenti Buat Kerja Rumah Lenguh Kaki Buat Urutan Ni Sebelum Tidur

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 203 hits
Beberapa kajian mengatakan bahawa urutan di tapak kaki sebelum tidur mampu menjadikan badan lebih santai dan mengurangkan risiko kekejangan pada otot otot Diambil petikan dari laman stylecraze com terdapat banyak manfaat melakukan urutan pa...
Pian Cecupak Pergi Dalam Keadaan Bersih Sangat Tangan Macam Sedang Solat Menghadap Kiblat Video

Pian Cecupak Pergi Dalam Keadaan Bersih Sangat Tangan Macam Sedang Solat Menghadap Kiblat Video

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 165 hits
Pian Cecupak Pergi Dalam Keadaan Bersih Sangat Tangan Macam Sedang Solat Menghadap Kiblat VIDEO DIA pergi dalam keadaan bersih dan menghadap kiblat demikian keadaan Allahyarham Mohd Rafik Abdul Rahman atau Pian Cecupak ketika ditemukan terb...
Doakan Anak Saya Bayi 5 Bulan Cedera Dihempap Kanak Kanak Di Rumah Pengasuh

Doakan Anak Saya Bayi 5 Bulan Cedera Dihempap Kanak Kanak Di Rumah Pengasuh

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 186 hits
Luluh hati seorang ibu apabila bayi berusia lima bulan yang dijaga pengasuh mengalami kecederaan didakwa dihempap kanak kanak berusia dua tahun Kisah bayi lelaki itu tular di media sosial sejak Khamis dan mendapat pelbagai reaksi netizen te...
Jarang Tersorot Ini 5 Potret Rumah Christine Hakim Yang Luas Dan Sangat Asri

Jarang Tersorot Ini 5 Potret Rumah Christine Hakim Yang Luas Dan Sangat Asri

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 206 hits
Selama ini kediaman artis senior Christine Hakim nyaris tak pernah tersorot Rumahnya sangat luas nyaman asri dan juga artistik Dilengkapi kolam renang intip yuk beberapa fotonya berikut ini
Bila Waktu Yang Sesuai Untuk Bersenam Pagi Tengahari Atau Petang

Bila Waktu Yang Sesuai Untuk Bersenam Pagi Tengahari Atau Petang

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 412 hits
Banyak kali juga saya terserempak orang bersenam jogging di waktu tengahari Paling kerap saya lihat di Langkawi Mat Saleh lengkap berseluar pendek t shirt kaca mata hitam dan tak pernah tinggal terselit earbud pada telinganya kelihatan basa...
Baru Kematian Ibu Suami Pula Pergi Selamanya Enam Anak Yatim Sekelip Mata

Baru Kematian Ibu Suami Pula Pergi Selamanya Enam Anak Yatim Sekelip Mata

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 212 hits
Belum habis meratap pilu atas pemergian arwah ibu minggu lalu sekali lagi saya diuji apabila suami dijemput Ilahi dalam nahas jalan raya kata Wan Norsalasiah Wan Noh Wan Norsalasiah 40 berkata dia bagai tidak percaya apabila suaminya Mohd R...
Hidup Ini Sangat Singkat Jika Mahu Pokok Yang Elok Tanam Biji Benih Yang Baik

Hidup Ini Sangat Singkat Jika Mahu Pokok Yang Elok Tanam Biji Benih Yang Baik

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 167 hits
Dah habis tahun 2021 dah habis sebulan pun tahun 2022 Pantas Begitu juga pantasnya tahun beralih dari 2019 kepada 2021 Terasa macam baru saja saya tulis ayat yang sama 2 tahun yang lalu Setiap tahun biasanya ada tulisan khas sempena menjela...
Gst Lebih Baik Untuk Tangani Hutang Isi Rumah Yang Tinggi Kata Pakar Ekonomi

Gst Lebih Baik Untuk Tangani Hutang Isi Rumah Yang Tinggi Kata Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 212 hits
Pelaksanaan GST berlapis akan meringankan beban golongan berpendapatan rendah kata ahli ekonomi Carmelo Ferlito PETALING JAYA Cukai barangan dan perkhidmatan yang dilaksanakan dengan baik boleh menghalang perbelanjaan tidak perlu yang memba...
Usia Kandungan 34 Minggu Tiba Tiba Pengsan Ibu Pergi Selamanya Bayi Selamat

Usia Kandungan 34 Minggu Tiba Tiba Pengsan Ibu Pergi Selamanya Bayi Selamat

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 172 hits
Di saat perasaan berdebar dan takut menanti kehadiran orang baru hanya doa ibu mengiringi perjalanan kehamilan Apa yang diharapkan dari seorang ibu biarlah anak yang dilahirkan selamat sihat dan sempurna Namun sebagai ibu ada yang bernasib ...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun