Padah Provokasi Polis Suami Isteri Didakwa Di Mahkamah



IPOH - Seorang lelaki bersama isterinya yang sarat mengandung lapan bulan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas tiga pertuduhan menghina dan menghalang tugas anggota polis yang videonya tular, minggu lalu

Pemandu lori, M Kevin Raj, 33, dan R Loganayagi, 29, masing-masing minta dibicarakan atas dua pertuduhan serta mengaku salah atas satu pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Melayu

Berdasarkan kertas pertuduhan, Kevin Raj dituduh dengan sengaja menghalang tugas seorang pegawai polis iaitu Sub Inspektor Zulkifli Md Asid dengan cara enggan mengikuti arahan untuk ikut ke balai polis supaya boleh diberikan surat saman kesalahan jalan raya

Kesalahan itu dilakukan di tepi Jalan Pasir Putih-Lahat pada jam lebih kurang 9.45 pagi, 5 Disember lalu

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikuti Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus yang kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin

Sementara itu, Loganayagi yang merupakan suri rumah turut mengaku tidak bersalah dengan sengaja menggunakan perkataan-perkataan menghina dengan cara menuduh Zulkifli meminta wang


Dia dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1995 di lokasi, waktu dan tarikh sama dengan pertuduhan pertama yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin

Bagi dua pertuduhan itu, Noor Azreen turut mengenakan syarat tambahan agar kedua-dua tertuduh melapor diri di balai polis berdekatan sehingga kes selesai dan menyerahkan pasport kepada mahkamah

Sebutan semula bagi kedua-dua pertuduhan ditetapkan, 6 Januari depan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fadhil Ab Wahab, manakala pasangan berkenaan diwakili Peguam K Nathan

Di kamar berasingan, Loganayagi mengaku bersalah gagal menunjukkan sebarang kad pengenalan diri kepada Zulkifli ketika diminta berbuat demikian di lokasi, waktu dan tarikh sama dengan pertuduhan pertama

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Peraturan 25(1)(n) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara selama tidak lebih tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali

Atas pengakuan bersalah itu, Majistret Nabihah Mohd Noor mengenakan denda RM500 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda

Dalam pembelaannya, Nathan memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan memandangkan tertuduh sarat mengandung selain suami yang hanya berpendapatan RM1,300 sebagai pemandu lori dan perlu menanggung ibu bapa

Terdahulu, pasangan suami isteri berkenaan turut didakwa atas rekod lampau membabitkan kes khianat, dadah dan kesalahan trafik

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM2,500 dengan seorang penjamin kepada Loganayagi selepas mengaku tidak bersalah melakukan khianat dengan menghempas topi keledar ke arah cermin hadapan sebuah kereta sehingga retak di tepi Jalan Rishah Permai, Sungai Pari Buntong, 14 Oktober lalu

Mahkamah juga mengenakan jaminan sebanyak RM3,200 ke atas Kevin Raj atas pengakuan tidak bersalah mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu memasukkan dadah ke dalam badan yang dilakukan pada 5 September 2018 lalu

Tertuduh turut dikenakan denda sebanyak RM1,700 selepas mengaku bersalah atas empat waran tangkap trafik membabitkan tujuh kesalahan yang dilakukan sejak 2003 hingga 2017 lalu

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sensasi247.blogspot.com/2019/12/padah-provokasi-polis-suami-isteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Viral Makan Diri Tuduh Pegawai Polis Minta Rasuah Pemandu Lori Amp Isteri Didakwa

Video Viral Makan Diri Tuduh Pegawai Polis Minta Rasuah Pemandu Lori Amp Isteri Didakwa

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 355 hits
Gara gara video viral pemandu lori dan isterinya yang menuduh anggota polis Sub Inspektor Zulkifli Md Asid memeras duit serta enggan memberi kerjasaama serta menggangu tugas pegawai bertugas bakal berdepan hukuman Difahamkan suami isteri it...
Isteri Jangan Buat Semua Simpan Sikit Kerja Rumah Untuk Suami Buat

Isteri Jangan Buat Semua Simpan Sikit Kerja Rumah Untuk Suami Buat

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 831 hits
Allah memang penat kalau isteri seorang saja yang pulun Padahal guna tandas bersama tengok tv bersama dan tidur pun sekatil Tetapi pada akhirnya isteri yang asyik kena basuh pinggan cuci tandas dan lipat kain selimut Yang si dia tahu balik ...
Bolehkah Suami Menghalang Isteri Pergi Ke Masjid

Bolehkah Suami Menghalang Isteri Pergi Ke Masjid

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 464 hits
SOALAN Saya sangat teringin untuk solat berjemaah di masjid tetapi suami saya tidak izinkan Katanya lelaki afdhal ke masjid Soalan saya bolehkah suami menghalang saya ke masjid JAWAPAN Kami mulakan dengan sabda Nabi SAW Solat berjemaah itu ...
11 Tahun Menanti Zuriat Suami Sujud Syukur Bila Dapat Tahu Isteri Hamil

11 Tahun Menanti Zuriat Suami Sujud Syukur Bila Dapat Tahu Isteri Hamil

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 502 hits
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya memiliki impian untuk memiliki zuriat sekurang kurangnya seorang Namun tidak semuanya bernasib baik dan mampu merasai pengalaman itu meskipun pelbagai cara dan iktiar dilakukan Bagaimanapun perkongsia...
Sampai Hati Diceraikan Sewaktu Hamil Suami Lupa Pengorbanan Isteri

Sampai Hati Diceraikan Sewaktu Hamil Suami Lupa Pengorbanan Isteri

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 616 hits
Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan rumah tangga mereka berkekalan sehingga ke syurga Pasti mahu bahagia dan terus dilimpahi perasaan kasih sayang sesama suami isteri Apakan daya sinar bahagia yang diharapkan tidak kesampaian P...
Lepas Bersalin Isteri Serik Tapi Sebab Suami Banyak Bantu Tak Kisah Mengandung Lagi

Lepas Bersalin Isteri Serik Tapi Sebab Suami Banyak Bantu Tak Kisah Mengandung Lagi

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 458 hits
Biarpun sedang hamil isteri tidak mahu menyusahkan suami Mana yang boleh dia lakukan sendiri akan dibuat tanpa meminta bantuan si suami Letih dan seksa ketika hamil hanya Allah SWT yang tahu Lihatlah pengorbanan si isteri bukan mudah bawa z...
Tak Perlu Beritahu Suami Faham Ada Yang Tak Kena Inilah Yang Isteri Nak

Tak Perlu Beritahu Suami Faham Ada Yang Tak Kena Inilah Yang Isteri Nak

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 358 hits
Bukan mudah menjadi seorang suami Terlalu banyak bebanan yang harus dipikul demi membahagiakan keluarganya Suami memerlukan seorang isteri untuk menerima dan memahami dirinya Seorang suami tidak mudah untuk mengakui cintanya pada keluarga t...
Kata Kata Untuk Suami Isteri Bila Dah Jadi Suami Isteri

Kata Kata Untuk Suami Isteri Bila Dah Jadi Suami Isteri

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 915 hits
Kata kata hikmah ni selalu ku ulang bersama ku tampalkan pada almari pakaian di bilik untuk sentiasa ingat mengingati Indah dan bahagianya hidup jika kita ikhlas memberi dan menyayangi kerana Ilahi Inilah renungan bersama Mari kita renung r...
Masa Hamil Atau Menyusu Stres Anak Akan Kerap Menangis Penting Suami Jaga Emosi Isteri

Masa Hamil Atau Menyusu Stres Anak Akan Kerap Menangis Penting Suami Jaga Emosi Isteri

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 496 hits
Happy wife happy life Bila isteri stres suami stres anak stres anak yang disusukan stres anak dalam kandungan juga stres Tapi bila suami stres keadaan rumah tangga kurang stres berbanding bila isteri stres Ia adalah kajian yang dilakukan ol...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Meronda Hospital

Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice