Padah Panas Baran Lelaki Didenda Rm1 000


 

ZAINUDIN Zainal (depan kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret setelah mengaku bersalah atas perbuatan khianat kenderaan di Ipoh hari ini.




IPOH: Sikap panas baran seorang lelaki mengamuk hingga merosakkan kereta milik seorang jururawat menggunakan besi. Ahad lalu, mendapat balasan apabila didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

 
Tertuduh, Zainudin Zainal, 59, dijatuhi hukuman tersebut selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Umzarul An Nur Umar.

 
Duda anak dua itu juga diperintahkan menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda tersebut.

 
Mengikut pertuduhan, lelaki yang bekerja sebagai tukang rumah itu didakwa melakukan khianat harta iaitu kereta Proton Saga BML milik Nurul Kamilah Baharudin, 37, di Kampung Pengkalan Baru, Kampung Kepayang di sini pada pukul 5.30 petang, 8 November lalu.

 
Perbuatan tertuduh itu menyebabkan Nurul Kamilah mengalami kerugian sebanyak RM2,000.

 
Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

 
Ketika rayuan bagi mengurangkan hukuman, Zainudin yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Intan Shafini Mior Shahrin memohon dikenakan hukuman ringan kerana tidak mempunyai pendapatan tetap selain menyesal kerana tidak dapat mengawal perasaan marah sehingga bertindak demikian.

 

Sementara itu Timbalan Pendakwa Raya, Afiqah Izzati Mazlan meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal ke atas tertuduh dengan mengambil kira jumlah kerugian yang dialami mangsa dan tindakannya memecahkan cermin kereta adalah satu kesalahan berat.

 
“Mohon mahkamah mengenakan hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh agar tidak mengulangi kesalahan pada masa akan datang dan waspada akan tindak tanduknya ketika di luar,” katanya.

 
Utusan Online semalam melaporkan, seorang jururawat berdepan detik mencemaskan apabila kereta miliknya diserang seorang lelaki menggunakan batang besi karat hingga mengakibatkan beberapa kerosakan termasuk pecah cermin kereta.

 
Kejadian itu berlaku ketika dua anak perempuan mangsa masing-masing berusia dua tahun dan tiga bulan berada dalam kenderaan berkenaan dan mengakibatkan seorang daripada mereka cedera di kaki kerana terpijak cermin kaca.

 
Susulan kejadian itu, mangsa bukan sahaja trauma malah dua anaknya termasuk anak lelaki berusia sembilan tahun sering mengigau disebabkan kejadian itu.

 
 – UTUSAN ONLINE



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/11/padah-panas-baran-lelaki-didenda-rm1000.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buka Pelitup Muka Hanya Sekejap Pelakon Mustaqim Bahadon Didenda Rm1 000 Kerana Langgar Sop

Buka Pelitup Muka Hanya Sekejap Pelakon Mustaqim Bahadon Didenda Rm1 000 Kerana Langgar Sop

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 504 hits
Hanya menanggalkan pelitup muka seketika ketika di tempat awam pelakon Mustaqim Bahadon telah dikompaun oleh pihak berkuasa sebanyak RM1 000 di atas kesalahan melanggar Prosedur Operasi Standard pada hari Ahad yang lalu Menurut Mustaqim dia...
Buka Mask Untuk Minum Air Dua Lelaki Di Parit Buntar Didenda Rm1 000

Buka Mask Untuk Minum Air Dua Lelaki Di Parit Buntar Didenda Rm1 000

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 582 hits
Dua penunggang motosikal didenda RM1 000 setiap seorang kerana menanggalkan pelitup muka untuk minum air di Daerah Kerian Parit Buntar Perak Menurut Sin Chew Daily kedua dua individu itu menunggang motosikal untuk menghantar rakan mereka ke...
Bonus Rm1 000 Buat Kakitangan Negeri Kedah Dan Rm200 Untuk Frontliner

Bonus Rm1 000 Buat Kakitangan Negeri Kedah Dan Rm200 Untuk Frontliner

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 250 hits
Jika sebelum ini Menteri Kewangan telah mengumumkan untuk memberikan bantuan khas atau bonus kepada semua kakitangan awam kerajaan negeri Kedah juga telah mengumumkan untuk memberikan bantuan khas sebanyak RM1 000 5 000 kakitangan negeri RM...
Pengeluar Telur Didenda Rm25 000 Catut Jualan Telur Gred A

Pengeluar Telur Didenda Rm25 000 Catut Jualan Telur Gred A

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 291 hits
Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA PENGUATKUASA KPDNHEP menyita kira kira 30 000 biji telur gred A dalam serbuan di sebuah kilang pengeluar telur di Durian Tunggal Alor Gajah pada Mac tahun laluMELAKA Sebuah syarikat pengeluar telur terbesar di ...
Benarkan Wang Akaun 1 Kwsp Dikeluarkan Rm1 000 Sebulan

Benarkan Wang Akaun 1 Kwsp Dikeluarkan Rm1 000 Sebulan

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 340 hits
BENARKAN WANG AKAUN 1 KWSP DIKELUARKAN RM1 000 SEBULAN PASIR GUDANG 031120 Kerajaan perlu membenarkan wang caruman Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dikeluarkan namun secara bersyarat minimum RM1 000 setiap bulan selama 10 bulan Ahli D...
Didenda Rm1 500 Akibat Bertaruh Judi Tidak Sah

Didenda Rm1 500 Akibat Bertaruh Judi Tidak Sah

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 277 hits
Didenda RM1 500 akibat bertaruh judi tidak sah Kuala Lumpur Lapan lelaki termasuk tiga warga China masing masing didenda RM1 500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana membuat pertaruhan perjudian secara tidak sah Majistret Nurfara...
Benar Keluarkan Kwsp Rm10 000 Atau Beri Bantuan Rm1 000 Sebulan

Benar Keluarkan Kwsp Rm10 000 Atau Beri Bantuan Rm1 000 Sebulan

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 339 hits
Benar keluarkan KWSP RM10 000 atau beri bantuan RM1 000 sebulanOleh November 15 2020Hassan Abdul KarimKerajaan Malaysia patut benarkan pencarum KWSP keluarkan Akaun 1 mereka sehingga RM10 000 sekaligus Jika Kerajaan tidak setuju maka Keraja...
Pelanggan Bank Dikompaun Rm1 000 Selepas Polis Tidak Menemui Rekod Pendaftaran Masuk Dalam Aplikasi Mysejahtera

Pelanggan Bank Dikompaun Rm1 000 Selepas Polis Tidak Menemui Rekod Pendaftaran Masuk Dalam Aplikasi Mysejahtera

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 354 hits
Seorang lelaki berusia 31 tahun dikenakan kompaun RM1 000 selepas anggota polis tidak menemui sebarang rekod pendaftaran masuk di dalam aplikasi MySejahtera sebelum dia masuk ke sebuah bank di Kepong baru baru ini Lapor Oriental Daily lelak...
Pak Cik Shell Tunjuk Demo Isi Minyak Guna Mykad Tebus Subsidi Ron95

Makluman Penambahan Waktu Operasi Kaunter Lesen Memandu Dan Pelbagai Pada 27 September 2025 26 Oktober 2025

Itu Bukan Anak Saya Eira Syazira Nafi Anak Pembuli Tular Tempoh Hari

Mamat Sepah Umum Pencen Dunia Komedi Banyak Kemenangan Dah Perolehi Masa Untuk Bidang Perniagaan

Makluman Sistem Subsidi Bersasar Petrol Ron95 Bermula Secara Berperingkat Mulai 27 September 2025

Govt Hints At Good News For Crucial Semiconductor Sector In 2026 Budget

Cara Dapatkan Minyak Ron95 Bersubsidi Rm1 99 Melalui Program Budi95

15 000 Peserta Hadir Memeriahkan Larian Bersarong Di Malaysia Sarong Music Run Edisi Ke 3


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Brunch Dengan Beef Soondubu Jigae Di Restoran Dubuyo Mid Valley Jb

Ppim Bongkar Realiti Tersembunyi Di Sebalik Buli Sidang Media Ppim 23 09 2025

Surah Yusuf Ayat 28 Maksud Dan Pengajarannya

Main Badminton Lagi

Susu Rosak Jangan Buang Transform Jadi Keju Cottage Homemade Sedap Dan Puas Hati

Ikan Berenang Dalam Blog