Pada Usia Senja Warga Emas Tabah Jaga Anak Oku


Ahmad Mustakim Zulkifli Keperluan perubatan dan rawatan memerlukan kos dan kudrat yang tinggi untuk Paridah.

Paridah Muhammad mengisi susu ke dalam tiub nasogastric anaknya Chik Saim. Chik perlu diberi susu beberapa kali sehari. Tiub tersebut perlu dicuci sebulan sekali di Klinik Kesihatan Salak Tinggi.Ketika anaknya mengadu sakit dada bulan Mac lepas, Paridah Muhammad meyangka ia adalah sakit paru-paru berair yang sering dialami anak istimewanya itu.Seperti biasa, dia akan bersiap untuk ke Hospital Putrajaya bagi merawat penyakit anaknya itu.
Setelah pemeriksaan jantung dan darah dilakukan, wanita berusia 63 tahun itu diberitahu anaknya perlu ditahan di wad kecemasan.
Keesokan paginya, Paridah melawat bergegas ke wad untuk lawatan namun tiada respons diberikan anaknya.
“Dia tak pandang pun bila namanya dipanggil. Mata pun meliar ke tempat lain.
“Selepas diimbas, doktor memberitahu anak saya terkena angin ahmar disebabkan tekanan darah yang tinggi, dan lumpuh separuh badan.
“Ketika diberitahu, makcik tak boleh terima. Makcik marah dan menangis tapi doktor dan jururawat pujuk makcik. Anak makcik terlantar di hospital selama tiga minggu akibat angin ahmar itu” katanya ketika ditemui MalaysiaNow di rumahnya di Sepang.
Kejadian itu mengubah nasib anaknya, Chik Saim, 41.
Dahulunya dia boleh bergerak seperti biasa meskipun menghidapi “Sindrom Down”, namun kini Chik hanya terlantar di katil di ruang tamu rumahnya.
Paridah berkata, doktor mencadangkan pembedahan namun dia tidak berani meneruskan operasi kerana peluang untuk anaknya hidup hanya 50-50.
Bertambah buruk
Paridah menjaga anak istimewa itu sejak kecil.
Pelbagai cabaran sudah diharungi wanita itu dalam menjaga anak kedua daripada enam adik-beradik itu.
“Semasa kecil, hendak melahirkan dia pun susah, namun Alhamdulillah selamat walaupun dia agak ‘lembik’. Dia lambat bergerak dan bangun. Umur dia  tujuh tahun baru dia boleh bangun dan bergerak.
“Makcik usaha juga jaga berjumpa doktor dan cuba perubatan tradisional untuk merawatnya ketika kecil,” katanya.
Wakil MyHeart Association, Dr. Farhana ‘Aqilah Mohammed Hasrori hadir melawat dan memberikan sumbangan kepada Paridah.Namun, tiada cabaran yang lebih besar ditanggung wanita itu selepas anaknya terlantar akibat angin ahmar.
Akibat baring terlalu lama, Chik mempunyai luka besar di bahagian punggung selain buah pinggang dan jantungnya merosot selain penyakit kencing manis dihadapinya.
Dia akan dirujuk ke Hopsital Serdang untuk pemeriksaan jantung bulan depan selain masih minum susu menggunakan tiub nasogastrik.
Tiub perlu ditukar sebulan sekali di klinik kesihatan Salak Tinggi.
Paridah berkata dia tidak mampu menjaga anaknya itu berseorangan.
Dia mengajak seorang anak lelakinya pulang dan tinggal bersama bagi membantunya menjaga Chik.
Namun, kudrat tuanya bukan satu-satu halangan dalam menjaga anak istimewa itu.
Kos rawatan anaknya juga menyesakkan kewangan Paridah.
“Sejak dia terbaring, sudah dua kali dia terpaksa dikejarkan ke hospital, pada bulan April dan Mei. Ambulans memang datang untuk mengambil ke hospital namun untuk balik semula ke rumah, makcik kena cari sendiri ambulans dan pakai duit sendiri. Perjalanan satu hala dalam RM250 ke RM250, tengok atas budi bicara ambulans,” katanya.
Kos itu tidak termasuk keperluan lain seperti ubat-ubatan, lampin, gel, dan alat cuci luka.
Pada usia 63 tahun, Paridah tidak lagi bekerja.
Kekangan kewangan sememangnya mencabar namun dia bersyukur kerana anak-anak dan serta pusat zakat sentiasa membantu dari segi kewangan.
Namun, di sebalik dugaan itu, beban Paridah terasa ringan apabila nasibnya mendapat perhatian pertubuhan kebajikan, MyHeart Association yang memberi sumbangan peralatan kesihatan, ubat-ubatan dan pengangkutan bernilai RM15,000.
“Makcik selalu berdoa pada Allah kalaulah dia boleh makan secara normal dan duduk di kerusi roda pun makcik bersyukur sangat,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/pada-usia-senja-warga-emas-tabah-jaga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanah Merah Warga Emas Jaga Anak 41 Tahun Sakit Mental Lumpuh

Tanah Merah Warga Emas Jaga Anak 41 Tahun Sakit Mental Lumpuh

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 453 hits
Biarpun usianya telah lanjut seorang wanita tetap menggagahkan diri untuk menjaga dan me nguruskan anak perempuannya berusia 41 tahun yang lumpuh sejak enam bulan lalu Bidah Awang Hamat 70 atau dikenali Mok Dah memberitahu anaknya Safwati M...
Warga Emas Rentung Sempat Telefon Anak Minta Tolong

Warga Emas Rentung Sempat Telefon Anak Minta Tolong

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 222 hits
KUALA TERENGGANU 26 Syawal 1442H Isnin Mak sempat telefon dan menjerit meminta tolong beberapa kali sebelum ditemukan rentung dalam kebakaran Demikian kata Zailah Jusoh 47 susulan kejadian kebakaran sebuah rumah di Kampung Losong Haji Su di...
Pembunuhan Maruah Pasangan Warga Emas Beri Ubat Tidur Sebelum Bunuh Dua Anak Menantu

Pembunuhan Maruah Pasangan Warga Emas Beri Ubat Tidur Sebelum Bunuh Dua Anak Menantu

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 250 hits
Sepasang suami isteri mengaku bersalah kerana membunuh dua orang anaknya serta seorang menantu mereka demi menjaga maruah keluarga di Teheran Iran Akbar serta isterinya Iran Khorramdin didakwa telah memberi ubat tidur kepada anak lelakinya ...
Cerita Sebalik Berita Pendekatan Ppv Mudahkan Oku Warga Emas Terima Vaksin

Cerita Sebalik Berita Pendekatan Ppv Mudahkan Oku Warga Emas Terima Vaksin

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 234 hits
Fadilah Sulaiman Wakil Awani Sarawak SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER htt...
Warga Emas Positif Covid 19 Yang Lari Ditemui

Warga Emas Positif Covid 19 Yang Lari Ditemui

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 228 hits
Oleh KINABANTANGAN Warga emas yang melarikan diri dari rumahnya di Kampung Kuala Tongod semalam selepas didapati positif COVID 19 ditemui hari ini Lelaki berusia 69 tahun itu dilaporkan ditemui penduduk kampung kira kira jam 6 30 petang seb...
Warga Emas Positif Covid 19 Larikan Diri Ketika Petugas Kesihatan Tiba Di Rumah Telah Ditemui

Warga Emas Positif Covid 19 Larikan Diri Ketika Petugas Kesihatan Tiba Di Rumah Telah Ditemui

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 231 hits
Seorang warga emas dilaporkan melarikan diri dari rumahnya di Kampung Kuala Tongod Kinabatangan ketika kakitangan kesihatan datang untuk membawanya ke hospital kerana positif Covid 19 Memetik laporan BH Online warga emas berusia 69 tahun it...
Suka Tengok Anak Hanis Zalikha Petah Berbahasa Inggeris Ini Tipnya Lagi Awal Usia Anak Lagi Cepat Anak Belajar

Suka Tengok Anak Hanis Zalikha Petah Berbahasa Inggeris Ini Tipnya Lagi Awal Usia Anak Lagi Cepat Anak Belajar

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 210 hits
Belajar pelbagai bahasa sebenarnya dapat meningkatkan kepekaan IQ dan meningkatkan tumpuan atau fokus kanak kanak Ibu bapa mana yang tak mahu anak kuasai lebih dari satu bahasa Sebolehnya nak anak anak pandai sekurang kurangnya 2 bahasa Nam...
Lelaki Lari Dari Polis Langgar Mati Warga Emas Bawah Pengaruh Dadah

Lelaki Lari Dari Polis Langgar Mati Warga Emas Bawah Pengaruh Dadah

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 235 hits
Polis menahan seorang lelaki yang memecut keretanya untuk mengelak daripada ditahan sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki warga emas dalam kejadian di Jalan Perak di George Town hari ini Tindakan agresif lelaki yang berumur 46 tahun ...
Msf Siasat 96 Kes Dera Warga Emas Pada 2020

Msf Siasat 96 Kes Dera Warga Emas Pada 2020

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 223 hits
SINGAPURA Sebanyak 96 kes penderaan melibatkan warga emas yang tidak lagi berdaya untuk melindungi diri mereka sendiri disiasat oleh Khidmat Perlindungan Golongan Dewasa Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga pada tahun lalu Sungguhpun...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage