Suka Tengok Anak Hanis Zalikha Petah Berbahasa Inggeris Ini Tipnya Lagi Awal Usia Anak Lagi Cepat Anak Belajar


Belajar pelbagai bahasa sebenarnya dapat  meningkatkan kepekaan/IQ dan meningkatkan tumpuan atau fokus kanak-kanak.

Ibu bapa mana yang tak mahu anak kuasai lebih dari satu bahasa. Sebolehnya nak anak-anak pandai sekurang-kurangnya 2 bahasa. Namun ada Ibu bapa yang mengelak daripada menggunakan banyak bahasa kerana risau akan mengelirukan anak-anak mereka sekiranya menggunakan banyak bahasa  serentak. Bagaimana caranya nak ajar anak lebih dari satu bahasa? Ikuti perkongsian ini
Kalau tengok IG saya suka tengok lG Hanis Zalikha. Bukan tengok dia. Tapi seronok tengok anak dia.

Petah dan comel berkeletah.
Budak besar-besar ni, selain pipi, kepetahan diorang pun boleh jadi aset. Kan? Lagi pulak bila muka Melayu tapi speaking. Comel je!
Dulu bermimpi juga nak anak-anak saya speaking London macam Peppa Pig tu. Tapi apakan daya, cubaan sering gagal bertahan. Kadang tu, adalah 10 minit cuba speaking. Lepas tu dah tercakap Melayu balik.
Tak keliru ke budak-budak kejap cakap BM, kejap cakap BI? Jawapannya yang saya dapat dari sebuah ensiklopedia tentang otak,

TAK, KALAU :
🧠 Kita ajar dwibahasa sebelum usia anak 12 tahun
🧠 Kita bercakap 11 juta patah perkataan setahun untuk satu bahasa. Ini untuk dapatkan tahap petahlah!
🧠 Strategi yang betul.
Kalau kejap BM, kejap BI, kejap speaking Ghombau, kejap speaking Ganu, rasanya jiran sebelah dengar pun confuse.
Kenapa umur 0-12 tahun?
Sebab, waktu tu, bahagian otak yang bernama Wernick & Broca sangat aktif. Wernick & Broca adalah bahagian otak yang aktif berhubung, bila kita cuba cakap pelbagai bahasa. Especially dwibahasa.
WERNICK adalah bahagian otak yang bekerja untuk bantu kita memahami maksud sesuatu ayat.
BROCA area pula digunakan semasa bercakap. Ia akan membantu menjana arahan untuk menyusun ayat.
Tu sebab kita tengok anak yang dah biasa dwibahasa dari kecik, diorang jadi senang nak belajar bahasa lain. Bahagian otak yang 2 ni dah aktif dari kecik.
Kalau dah lepas 12 tahun baru nak belajar, boleh aje. Cuma bahagian otak ni dah tak seaktif masa kecik. Macam nak lentur buluh bila dah jadi rebung. Keras sikit.
Nak ikut accent tu yang paling susah. Nak cakap Perancis, keluar nahu Ganu.
Allahu.
Jadi, kalau ada anak bawah 12 tahun ni, jangan putus asa. Teruskan usaha. Biasakan 2 bahasa dulu. Dah power nanti, tambahlah bahasa apa-apa, insya Allah ok.
STRATEGI NAK ANAK PETAH SPEAKING.
1️⃣ Strategi OPOL.
OPOL bermaksud, ‘One Parent, One Language’.
Kena buat keputusan, siapa nak cakap BM, siapa nak cakap BI. Tak apalah level BI kita tak setinggi Oxford. Tapi cubalah jangan campur-campur.
2️⃣ ML@H
Yang ini biasa diguna oleh orang yang duduk luar negara.
Anak kat sekolah dan dengan kawan-kawan cakap English / Arab/ bahasa komuniti.
Tapi kita kat rumah je bertutur Bahasa Melayu. Contoh.
3️⃣ T&P (Time & Place)
Dalam seminggu tu, kita boleh pilih hari apa untuk kita isytiharkan ‘Speaking Day’.
Contohnya hari Jumaat je ke. Atau setiap hari, waktu bermain bersama (bonding time) je kita ‘speaking’.
Kalau anak korang dah terer nanti, insya Allah cerah peluang mereka nak belajar luar negara. Seterusnya pulang bawa jodoh orang luar negara. Tiber.
Selamat mencuba!
Kredit:Wawa Shauqi (Penulis Keibubapaan)

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Suka Tengok Anak Hanis Zalikha Petah Berbahasa Inggeris, Ini Tipnya. Lagi Awal Usia Anak, Lagi Cepat Anak Belajar appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/suka-tengok-anak-hanis-zalikha-petah-berbahasa-inggeris-ini-tipnya-lagi-awal-usia-anak-lagi-cepat-anak-belajar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hisap Jari Sebenarnya Buat Anak Cepat Belajar Tenangkan Diri Sampai Masa Dia Lepaskan

Hisap Jari Sebenarnya Buat Anak Cepat Belajar Tenangkan Diri Sampai Masa Dia Lepaskan

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 349 hits
Tabiat bayi menghisap jari adalah semulajadi dan dah berlaku seawal dalam kandungan lagi Proses ini normal kerana cara ini bayi belajar menyusu Menghisap jari juga dianggap salah satu cara kanak kanak meneroka badannya sendiri dan juga memb...
Patutlah Anak Suka Resipi Siakap Stim Sos Tiram Ni Memang Sedap

Patutlah Anak Suka Resipi Siakap Stim Sos Tiram Ni Memang Sedap

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 219 hits
Sedapnya Ikan Siakap Stim ni Bagi yang kurang berselera makan atau tak tahu nak masak apa menu yang dikongsi oleh saudari Bahiah Saripuddin ni antara yang mudah sedap dan membuka selera Bahan bahan yang digunakan juga cukup mudah Malah peng...
Popia Berinti Crab Stick Mayonis Guna 4 Bahan Je Sedap Anak Anak Suka

Popia Berinti Crab Stick Mayonis Guna 4 Bahan Je Sedap Anak Anak Suka

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 288 hits
Duduk rumah dah tak tahu nak buat apa lagi untuk dihidangkan pada anak anak ibu boleh cuba buat resipi popia berintikan jejari ketam Tak susah pun hanya rebus sekejap jejari ketam gaul dengan mayonis siap Bila dah goreng cicah pula dengan s...
Nadiem Merdeka Belajar Dirancang Berdasarkan Kebutuhan Anak Sebagai Pelajar

Nadiem Merdeka Belajar Dirancang Berdasarkan Kebutuhan Anak Sebagai Pelajar

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 193 hits
Menurut Nadiem semangat Merdeka Belajar itu pada dasarnya memiliki esensi memberikan kebebasan kepada anak untuk menggeluti bidang disukai
Anak Susah Fokus Kejap Belajar Kejap Main Kena Tahu Sebab Dulu Bukan Terus Marah

Anak Susah Fokus Kejap Belajar Kejap Main Kena Tahu Sebab Dulu Bukan Terus Marah

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 417 hits
Anak ni tak susah nak fokus tapi dia senang ubah fokus Kejap dia belajar kejap dia main kejap dia main games Kenapa macam ni ya Bagi ibu bapa yang ada anak susah nak fokus jangan risau Ada penyelesaiannya Bagaimanapun mesti kena tahu sebabn...
Kekal Cantik Usia 52 Sheril Aida Bahagia Di Samping 4 Anak Amp 2 Cucu

Kekal Cantik Usia 52 Sheril Aida Bahagia Di Samping 4 Anak Amp 2 Cucu

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 459 hits
Wajah cantik manisnya masih seperti dulu sewaktu menjadi finalis Pencarian Dewi Remaja 1985 86 edisi pertama yang dijuarai oleh Tengku Anis Tengku Ismail Wanita tinggi lampai ini dikenali peminat sebagai penyanyi wanita yang memiliki tersen...
Resipi Mudah Kudapan Petang Anak Anak Pasti Suka

Resipi Mudah Kudapan Petang Anak Anak Pasti Suka

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 304 hits
Bila musim PKP begini mak mak pasti pening nak sediakan makanan kudapan untuk anak anak Jangan risau buat sahaja resipi cornsosej cheese ini yang sangat mudah Budak budak pasti suka kudapan yang ada cheese kan Resipi ini hasil perkongsian s...
Roti Jala Coklat Inti Pisang Ni Sangat Sedap Comfirm Anak Anak Suka

Roti Jala Coklat Inti Pisang Ni Sangat Sedap Comfirm Anak Anak Suka

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 397 hits
Idea bagus buat roti jalan coklat inti pisang dan padankan dengan sos coklat memang mantap sedapnya Kepada pengemar coklat rugi kalau tak cuba resipi ni Cara buat lebih kurang Cuma tambah inti pisang dan coklat untuk sos dan perasanya Untuk...
Tak Sabar Nok Tunggu Awok Besar Mawar Rashid Mahu Anak Petah Cakap Kelantan Siam Indonesia

Tak Sabar Nok Tunggu Awok Besar Mawar Rashid Mahu Anak Petah Cakap Kelantan Siam Indonesia

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 290 hits
Melihat anak membesar di depan mata sememangnya saat paling membahagiakan bagi semua ibu Begitu juga bagi pelakon dan usahawan Mawar Rashid yang tidak sabar melihat dua anaknya membesar dengan sihat Malah kata Mawar lagi menerusi Instagramn...
Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Polis Awasi Peserta Himpunan Anti Rasuah Berarak Ke Dataran Merdeka

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Teknik Grounding Yang Berkesan Langkah Demi Langkah

Rakyat Korea Utara Sanggup Bergaduh Kerana Najis

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows

Sarapan Di Pasar Larkin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Tambahan Hari Rehat Perkukuh Profesionalisme Warga Bomba

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Student Rally A Wake Up Call For The Madani Regime But Is Anwar Listening

Belajar Bahasa Utara Status Dalam Keluarga

Lirik Lagu Untuk Semua Jiwa Hun Haqeem Ft Noki