Ot95 Tidak Mengaku Tahinya Walaupun Dia Yang Berak


RESPONS 

OT95 terus psywar orang.
BARU lepas dengar wawancara eksklusif Nazri Kahar dengan Dr Mahathir Mohamad (OT95) menerusi Astro Awani. Saya dengar setelah wawancara itu sudah berlangsung 15 minit. Isu-isu 15 minit pertama terlucut. 
Dalam tempoh 40 minit, ada beberapa isu dibangkitkan merupakan perulangan apa yang telah ditegaskan berkali-kali sebelum ini. Cuba ditimbulkan oleh Nazri untuk mengetahui apakah OT95 konsisten dengan pendiriannya atau ada perubahan ekoran perkembangan terbaru politik di era pandemik ini.



Antara yang ditanya, ialah mengenai hubungan dengan Anwar Ibrahim di mana Anwar seperti sudah berpatah arang berkerat rotan dengannya apabila beberapa kali disakiti dan dikecewakan olehnya.
Menurutnya beliau tidak ada masalah dengan Anwar jauh sekali menghalang Anwar menjadi PM. Mengenai kerjasama dengan Anwar, katanya Anwar telah menolaknya untuk bekerjasama. 
Ditanya apakah benar beliau menghalang Anwar daripada menjadi PM, beliau tidak mengaku dan menafikan beliau menghalang. Katanya, beliau sokong sesiapa sahaja yang mempunyai sokongan. Bagaimana pun katanya dia tengok Anwar tidak mendapat sokongan. 
Keyakinan itu mencerminkan apa yang terdampar di hatinya.
Mengenai peristiwa 25 Februari 2020, detik dimana tumbangnya kerajaan PH, OT95 dan kerajaan itu rasmi tumbang apabila beliau meletak jawatan tanpa memberi tahu sepatah pun kepada majlis presiden PH, beliau menegaskan tindakan itu dibuat kerana prinsip. 
Menurutnya apabila kerajaan PH sudah jatuh kerana berpecah apabila Azmin keluar daripada PKR dan Muhyiddin pula membawa keluar Bersatu, jadi kerajaan PH sudah tidak ada majoriti maka beliau kena meletak jawatan. Keputusan itu ada kerana prinsip. 
Sayang Nazri tidak tanya apakah keputusan itu telah dibawa kepada pengetahuan majlis presiden PH atau pun tidak atau sebenarnya ia adalah taktiknya?
OT95 tidak mendedahkan kenapa beliau berbuat begitu. Tidakkah sebelum itu beliau bercadang untuk menubuhkan kerajaan perpaduan (Unity Government) yang membabitkan semua parti. Bukankah apabila pelannya itu ditolak baru dia meletak jawatan?  
Dan apakah peletakan jawatan itu sebagai strategi untuk membolehkan beliau dilantik menjadi PM di bawah kerajaan perpaduan itu. Kerana sebelum itu beliau memberi tahu beliau mendapat dukungan semua pihak untuk membentuk kerajaan perpaduan. Ia gagal dan tidak jadi apabila idea beliau itu tidak dipersetujui oleh DAP, Amanah dan PKR. 
Akibat kegagalan itu menyebabkan Muhyiddin dan Azmin mengemukakan pelan baru dengan berpakat dengan Umno dan Pas untuk menindih dan topple OT95. Bukahkah sebelum itu Umno dan Pas mahukan parlimen dibubarkan bukan pembentukan kerajaan baru, tetapi alih-alih menyatakan sokongan kepada Muhyiddin sebagai PM? 
Di sinilah perangkap iaitu pelan B yang dirancang oleh Muhyiddin bersama Azmin dan mendapat sokongan Umno dan Pas itu menggagalkan impian OT95 untuk jadi PM sekali lagi. Jelas bahawa peletakan jawatannya itu adalah sebagai taktik dan strategi bukannya kerana prinsip. Dalam kata lain OT95 kena main kali ini. 
OT95 kekal dengan egoisnya. Sebagai seorang yang egois OT95 beliau tidak sedia menjelas akan kegagalan dan kekecewaan itu dan berselindung disebalik prinsip. Prinsip apa?
Dalam wawancara itu tadi juga beliau menjawab apakah mungkin beliau akan menjalani kerjasama dengan Muhyiddin. Cara beliau menjawab ia membayangkan sudah ada rangka kerjasama dengan Muhyiddin atau PN. 

Ini dapat difahami apabila beliau berkata, sekiranya kena dengan syarat-syaratnya. Kata-kata itu adalah kata-kata politik yang menggambarkan akan berlaku kerjasama, hanya tunggu masa sahaja. Kerjasama itu mungkin akan terjadi sebaik sahaja parti barunya Pejuang diluluskan pendaftaran dimana beliau akan membawa Pejuang ke dalam PN untuk berhadapan dengan PH dalam Piraum kelak. 

Dua perkara yang menjelaskan OT95 seorang yang lupa atau hanya tahu menuduh seseorang tanpa merenung dirinya sendiri. Misalnya dia kata Donald Trump adalah perosak ekonomi dunia. Ewah.. ewah, dia lupa bahawa dia juga lebih kurang dengan Trump juga, seorang perosak. Kalau Trump merosakan ekonomi dunia, dia pula merosakan senario politik Malaysia.

Seperkara lagi beliau menunjukkan rasa jengkel kepada Aung San Suu Kyi kerana menekan Rohingya. Dia kesal kerana dahulu Aung San Suu Kyi memperjuangkan hak asasi tetapi bila berkuasa menekan Rohingya. Sikap Aung San Suu Kyi itu juga sama dengannya. 

Semasa mula bersama PH, bukan main lagi berkata lunak, tetapi bila sesudah berkuasa enggan melepaskan kuasa menurut perjanjian. Keegoisan dan kebongkakan itulah menyebabkan kerajaan PH tersembam makan tanah. [wm.kl.10:08 pm 25/11/2020]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/11/ot95-tidak-mengaku-tahinya-walaupun-dia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadi Trending Gara Gara Dapat Perlakuan Beda Gibran Mengaku Siap Dihukum

Jadi Trending Gara Gara Dapat Perlakuan Beda Gibran Mengaku Siap Dihukum

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 306 hits
Nama putra sulung Presiden Joko Widodo Gibran Rakabuming Raka kembali menjadi sorotan Pasalnya publik membandingkan dengan ormas FPI soal perlakuan pemerintah terhadap kerumunan massa yang ditimbulkan Menanggapi hal tersebut Gibran mengaku ...
Umno Sindir Pas Mengaku I Sinar Perjuangan Mereka

Umno Sindir Pas Mengaku I Sinar Perjuangan Mereka

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 384 hits
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyindir Pas berhubung i Sinar oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja iaitu inisiatif pengeluaran Akaun 1 secara bersasar Menerusi hantaran di Facebooknya pagi ini bekas Ahli Parlimen ...
Penoreh Getah Tidak Mengaku Salah Lakukan Ugutan Jenayah Terhadap Ibu Kandung

Penoreh Getah Tidak Mengaku Salah Lakukan Ugutan Jenayah Terhadap Ibu Kandung

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 240 hits
KUALA KANGSAR Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar atas tuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap ibu kandungnya minggu lalu Tertuduh Fadzir Mohd Zamhari 48 yang masih bujang membuat pengakuan tidak ...
Penyanyi Popular Mengaku Jadi Duta Produk Kosmetik Datuk Seri

Penyanyi Popular Mengaku Jadi Duta Produk Kosmetik Datuk Seri

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 241 hits
Heboh di laman sosial baru baru ni ada Individu yang bergelar Datuk Seri ditangkap kerana mengedar dadah bernilai RM5 juta
Syafii Mendewakan Yang Mengaku Keturunan Nabi Adalah Perbudakan Spiritual

Syafii Mendewakan Yang Mengaku Keturunan Nabi Adalah Perbudakan Spiritual

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 284 hits
Tokoh Muhammadiyah Ahmad Syafii Maarif atau Buya Syafii menyoroti sikap masyarakat yang kerap mengelu elu kan seseorang yang merasa sebagai keturunan Nabi Muhammad SAW Mantan Ketum PP Muhammadiyah ini menganggap sikap seperti itu sebagai pe...
Lelaki Mengaku Dirinya Nabi Dan Mempunyai Mukjizat Larikan Diri Gara Gara Takut Dibunuh

Lelaki Mengaku Dirinya Nabi Dan Mempunyai Mukjizat Larikan Diri Gara Gara Takut Dibunuh

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 359 hits
LILONGWE Shepherd Bushiri yang mengaku dirinya sebagai nabi dan mempunyai mukjizat telah melarikan diri ke Malawi selepas dibebaskan dengan ikat jamin di Afrika Selatan
Artis India Ini Mengaku Selalu Dodoikan Anak Dengan Zikir Hasbi Rabbi

Artis India Ini Mengaku Selalu Dodoikan Anak Dengan Zikir Hasbi Rabbi

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 327 hits
Sebuah video yang dimuatnaik oleh Rahman tular malam tadi di laman twitter Rakaman berdurasi 50 saat itu memaparkan beberapa individu dalam sebuah rancangan bual bicara di sebuah stesen televisyen Tamil di India Namun apa yang menarik perha...
2 Beradik Bunuh Member Sebab Berak Merata

2 Beradik Bunuh Member Sebab Berak Merata

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 206 hits
Dua beradik yang mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan polis pada Rabu 18 November 2020 Candra 23 dan Calvin 19 disyaki membunuh mangsa Fran yang baru sahaja mendirikan rumah tangga kerana didorongi ...
Trump Tak Nak Mengaku Kalah

Trump Tak Nak Mengaku Kalah

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 349 hits
Washington Seminggu selepas hari pengundian Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang tewas kepada Joe Biden masih tidak menunjukkan tanda mengaku kalah Malah presiden itu masih berada di Rumah Putih dan memuat naik hantaran ...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Difference Between Pickleball And Badminton

Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet