Orang Yang Ada Alergik Serius Tidak Boleh Disuntik Dengan Vaksin Covid 19
ORANG YANG ADA ALERGIK SERIUS TIDAK BOLEH DISUNTIK DENGAN VAKSIN COVID-19 | Pihak berkuasa kesihatan Amerika memberi amaran kepada orang RAMAI yang mempunyai sejarah alergi serius tidak boleh diberi vaksin Covid-19 oleh Pfizer / BioNTech. Pihak berkuasa kesihatan di sana sekarang sedang menyiasat sama ada kedua-dua kes alergi pada hari pertama vaksinasi berkaitan dengan vaksin yang diberikan.
Pengarah perubatan Badan Kesihatan British (NHS) Stephen Powis berkata pada khamis lalu, bahawa amaran itu dikeluarkan sebagai langkah berjaga-jaga dan namun 2 orang yang mengalami reaksi alergi akibat suntikan vaksin covid-19 kini telah sembuh.
Sementara itu Pfizer dan BioNTech mengatakan mereka bekerjasama dengan penyiasat kesihatan di UK untuk memahami setiap kes dan penyebabnya
Badan Pengawasan Produk Dadah dan Kesihatan Britain (MHRA) mengatakan bahawa orang yang mempunyai reaksi alergi yang teruk terhadap vaksin, ubat-ubatan atau makanan tidak boleh disuntik dengan vaksin Covid-19. Vaksinasi juga harus dilakukan hanya di tempat yang mempunyai peralatan resusitasi.
Amaran sedemikian adalah perkara biasa. Sejumlah vaksin yang telah diedarkan secara meluas di masyarakat juga mempunyai amaran reaksi alergi dan doktor mengetahui perkara ini.
Dua orang sebelum ini dilaporkan mengalami reaksi alahan setelah diberi vaksin Covid-19 adalah kakitangan NHS yang mempunyai riwayat alahan teruk dan melakukan suntikan adrenalin seperti EpiPen. Kedua-duanya mengalami reaksi alahan yang serius tetapi kemudian pulih setelah dirawat.
Stephen Evans, Profesor Pharmacoepidemiology di London School of Hygiene & Tropical Medicine, mengatakan pihak berkuasa kesihatan melakukan perkara yang betul. Namun, orang ramai tidak perlu bimbang.
Ashish Jha, Dekan Pusat Pengajian Kesihatan Awam di Universiti Brown, menasihati orang yang mempunyai sejarah alergi terhadap vaksin, ubat-ubatan atau makanan untuk menangguhkan pemberian vaksin Covdi-19 sementara menunggu untuk menyiasat dua kes alahan yang telah berlaku.
Bermula 8.12.2020 Amerika akan melakukan kempen vaksinasi Covid-19 menggunakan vaksin yang dibuat oleh Pfizer / BioNTech setelah MHRA meluluskan penggunaannya untuk tujuan kecemasan. Tidak diketahui berapa ramai warga Britain yang disuntik dengan vaksin itu sejak Selasa lalu. Walau bagaimanapun, kerajaan Britain mensasarkan untuk menyediakan 800,000 dos vaksin pada fasa pertama vaksinasi Covid-19.
Fizer dan BioNTech mengatakan bahawa dalam ujian klinikal fasa III, tidak ada aspek keselamatan yang serius dari vaksin Covid-19. Lebih daripada 42,000 orang telah menerima dua dos vaksin Covid-19 semasa ujian klinikal.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dianarashid.com/2020/12/orang-yang-ada-alergik-serius-tidak.html