Orang Perempuan Bila Emosinya Penat Maka Segala Sikap Perangainya Akan Keluar
“Orang Perempuan, Bila Emosinya Penat, Maka Segala Sikap & Perangainya Akan Keluar.” Mendirikan rumahtangga merupakan keputusan paling besar yang anda perlu lakukan seumur hidup. Ini kerana ianya merangkumi cara hidup anda buat selamanya.
Perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang remeh-temeh. Ianya melibatkan dua insan yang bersetuju untuk sentiasa bersama tidak kira susah atau senang. Termasuklah saling membantu satu sama lain ketika menjaga amanah dari Allah, iaitu anak. Lelaki ini kongsi, Orang perempuan, bila emosinya penat, maka segala sikap dan perangainya akan keluar.
Seorang wanita yang bergelar isteri,
Saya pakai baju macam biasa.
Isteri nampak terus tanya..
“kenapa pakai baju tu?”
Saya tengok baju yang saya pakai. Ya! Saya sedang memakai baju. Apa salah baju ni. Ini kan baju yang biasa saya pakai? Saya tanya diri. Buruk padahnya kalau tanya isteri.
“Oh, takpe. Abang pakai baju lain ek”
‘Takyah lah. Pakai je baju tu’
“Abang ni lelaki. Lelaki yang suami. Banyak perkara yang boleh abang hadapi, tapi abang memang lemah untuk menghadapi isteri. Kalau ada terasa, abang minta maaf. Kalau ada tak cukup, mintalah. Abang akan usaha. Kalau semua tak sempurna, doakan itu pada Tuhan kita”
Isteri perlahan-lahan pegang tangan.
Meletakkan kepala di bahu.
‘Maafkan saya. Saya penat..’
Ya, hanya itu sebenarnya isteri kita. Dia penat.
Orang perempuan, bila emosinya penat, maka segala sikap dan perangainya akan keluar dan membaham suaminya.
Kadang suami mampu diam.
Kadang suami tak faham.
Kadang suami tak tahan, lalu keluar dan tinggalkan.
Sebab itu, kita lah yang kena hadapi mereka. Kita lah yang kena dengar mereka. Kita lah yang kena sabar dan kebal hal ni.
Jika tidak, kaum isteri yang penat inilah yang akan memenuhi ruangan facebook dengan segala keluh kesah.
Sungguh,
Rumahtangga benar ujian. Ujian yang membuatkan suami dan isteri akan sangat dekat dengan Tuhan.
Sangat mendidik dan menghiburkan.
Penulisan Abu Hurairah Asifa
The post “Orang Perempuan, Bila Emosinya Penat, Maka Segala Sikap & Perangainya Akan Keluar.” appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/orang-perempuan-bila-emosinya-penat-maka-segala-sikap-perangainya-akan-keluar/