Orang Nak Memancing Dia Sibuk Pula Kat Sini


'Orang nak memancing, 'dia' sibuk pula kat sini'


Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Gambar-gambar yang digunakan juga hanyalah sekadar hiasan sahaja. Selamat membaca.

AKU nak berkongsi pengalaman aku yang gila memancing menggunakan bot di sekitar kawasan WAP di Westport, Pelabuhan Klang. Sepanjang aku berkunjung ke sana, dua kejadian seram berlaku. 
Tahun 2000, WAP Westport Pelabuhan Klang
Hari yang dijanjikan telah pun tiba. Aku berdebar-debar menanti masa untuk bertolak ke Jeti Pulau Pindah. Sebaik saja tiba di destinasi, kami bertiga pun menurunkan barang pancing dari bonet kereta. Itu merupakan pengalaman pertama aku turun laut memancing menaiki bot. 
Jadi, abang aku pun pergi mendapatkan tuan punya bot yang bernama Pak Mat. Sekitar tahun 2,000, Pak Mat ni berniaga di Jeti Pulau Indah dan turut menawarkan perkhidmatan menyewa bot. 
Wakatu itu jam menunjukkan pukul 9 malam. Selepas kami bertiga memuatkan barangan pancing dalam bot, kami pun bertolak menuju ke area jeti Star Cruise dan memancign di kawasan itu untuk warm up joran. Perjalanan mengambil masa setengah jam memandangkan enjin bot berkuasa kecil. 
Selepas puas warm up, kami pun terus memasuki kawasan WAP di Westport. Lokasi yang dipilih ialah sekitar kantin Westport. Berdekatan dengan kantin tersebut pula terdapat sebuah kuil Hindu. So, kami pun melabuhkan sauh dan meneruskan aktiviti memancing. 
Masa itu waktu dah menunjukkan jam 1 pagi. Dalam leka menunggu ikan membelek umpan udang kitorang, tiba-tiba member aku, si Ali, membebel

"Ni yang tak best ni. Orang nak memancing, dia pula sibuk kat sini." 
Bila terdengar bebelan si Ali, abang aku pun bertanya. 
"Kenapa kau cakap macam tu, Ali?" 
"Cuba kau pusing pandang ke arah aku ni Ayie." 
Sebab masa itu si Ali ni memancing menghadap ke arah kuil Hindu. Aku dengan abang aku menghadap ke arah WAP, tempat bot berlabuh. So aku masa tu malaslah nak pusing. Aku biarkan abang aku saja yang pusing untuk melihat. 
Sebaik saja abang aku pusing, dia terus toleh memandang aku dan senyap saja. Aku pun buat bodoh saja. Kemudian dia bersuara dan bercakap dengan aku. 
"Jomlah kita gerak cari port lain."
Belum sempat aku nak cakap, tiba-tiba joran aku direntap oleh ikan. Aku mulalah bertarung. Di dalam sibuk aku menjinakkan ikan, aku melihat si Ali sedang menarik sauh naik, manakala abang aku pula sedang menghidupkan enjin bot. Apa lagi, aku pun naik anginlah. 
"Boleh tak korang tunggu jap?! Aku nak naikkan ikan!" 
Abang aku senyum saja. "Tak apa, kitorang tunggu ko naikkan ikan sebelum aku pulas throttle engine ni." 
Lebih kurang tiga minit kemudian, aku berjaya naikkan ikan tadi. Memang rezeki aku, aku dapat ikan senangin beratnya lebih kurang 1.8 kilogram. Kemudian aku pun jeritlah, "Moh lah!" 
Tapi abang aku kata, "Cuba kau tengok kat kuil itu. Apa yang kau nampak?" 
Aku pun terkejutlah, rupa-rupanya ada kelibat seorang lelaki bermata merah berpakaian sami India dengan memegang serampang tiga mata berdiri di atas air dan berjalan ke arah kitorang. Lalu abang aku suruh aku duduk dan betulkan posisi dalam sampan sebelum dia memecut keluar dari kawasan itu dan terus ke Jeti Star Cruise. 
Aku memang tergamam dengan apa yang aku lihat. Tetapi abang aku dengan si Ali betul-betul relaks. Diorang tenangkan aku. Diorang kata, agaknya benda itu tak bagi kitorang memancing di tempat dia. 
Tahun 2003, WAP Westport
Setelah semua sampai di Jeti Pulau Indah, kami load barang ke dalam bot dan bertolak ke WAP Westport. Masa aku sampai di tempat itu, waktu menunjukkan jam 9 malam. Seperti biasa kami memancing di luar WAP dulu. Sekitar jam 11 malam, abang aku bercakap dengan si Ali yang dia nak masuk ke bawah WAP dan parking di sebelah kapal kontena. 
Ali dengan seorang lagi rakan setuju, tetapi aku membantah sebab di bawah WAP itu gelap dan panas. Tanpa mempedulikan aku, abang aku terus masuk ke bawah WAP dan merapatkan sampan betul-betul dekat dengan kapal pengangkut kontena. 
Masa di bawah itu, jelas kedengaran pekerja sedang memunggah kontena masuk ke dalam kapal tersebut. Aku pasrah dan mula layan mancing. Hasilnya not bad. Dapatlah ikan tanda saiz besar tapak tangan. Tiba-tiba aku ternampak abang aku dok melayan ikan di belakang sampan

"Wei Ali! Meh sini. Kau tengok ikan apa ni. BEsarnya. Saiz dalam 3-4kg." jeritnya pada Ali.  
Tiba-tiba Ali cakap, "Wei, apsal ikan ni pelik?". 
So apa lagi, aku dengan rakan yang seorang lagi pun tengoklah ikan itu. Rupa-rupanya ikan itu macam ada rambut pula di atas kepalanya. Kami berempat terdiam. Tiba-tiba kapal itu membunyikan hon

Aku menjerit "Woi! Kapal ni nak gerak. Keluarlah!" 
Masing-masing mengelabah tarik dan gulung tali pancing. Si Ali dok sibuk melepaskan tali yang diikat pada tiang dan abang aku pula sibuk start enjin bot. Malangnya enjin pula tak boleh hidup. Kami cuba berdayung keluar dari bawah WAP dan menjauhkan diri dari kipas kapal. Hampir 15 kaki jarak dari tempat kami berlabuh, barulah enjin boleh dihidupkan semula. 
Sebaik saja kami melepaskan diri dari WAP, tak semena-mena enjin kapal tadi dihidupkan. Ombak yang terhasil jangan cakaplah, memang mega beb! Mujurlah kami semua sempat keluar. Kalau tidak, entah apalah nasib. Apa yang menjadi persoalan, ikan apakah itu? Kesemua kami dapat melihat dengan jelasnya ikan itu. 
Sumber: Mr Trader

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2018/12/orang-nak-memancing-dia-sibuk-pula-kat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aku Berjaya Dapat 6a Tapi Tak Sempat Nak Tunjuk Kat Abah Luahan Sedih Dari Hati Seorang Anak Yang Rindukan Ayahnya

Aku Berjaya Dapat 6a Tapi Tak Sempat Nak Tunjuk Kat Abah Luahan Sedih Dari Hati Seorang Anak Yang Rindukan Ayahnya

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 686 hits
Sebak membaca luahan kerinduan seorang anak terhadap bapanya yang telah meninggal dunia seminggu selepas beliau selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Menengah Insan yang selalu berada di sampingnya itu tidak pernah berputus asa mela...
Nak Gembirakan Anak Anak Musim Cuti Sekolah Ini Bawa Je Mereka Pergi Ke Sini

Nak Gembirakan Anak Anak Musim Cuti Sekolah Ini Bawa Je Mereka Pergi Ke Sini

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 380 hits
Pejam celik pejam celik kita sudah pun hampir ke bulan terakhir 2018 Bulan Disember ini adalah masa terbaik untuk kita menghabiskan saki baki cuti tahunan dengan melakukan aktiviti bersama anak anak kerana ia adalah musim cuti sekolah Sekir...
Aku Lama Lagi Kat Sini Tolong Doakan Kesihatan Aku Untuk Bertahan Di Sini Benjy

Aku Lama Lagi Kat Sini Tolong Doakan Kesihatan Aku Untuk Bertahan Di Sini Benjy

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 444 hits
Aku lama lagi kat sini tolong doakan kesihatan aku bertambah baik sebab aku perlu jadi sihat untuk bertahan di sini Doakan segala usaha aku untuk pulang dipermudahkan demikian nota yang ditulis oleh pelakon Benjy Benjy atau nama sebenar Kah...
Tak Tahan Suami Setiap Hari Nak Cium Kat Celah Tu Isteri

Tak Tahan Suami Setiap Hari Nak Cium Kat Celah Tu Isteri

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 2232 hits
Posted By admin 19th December 2018 dunia perkahwinan ini sangat indah jika mampu dan bertanggungjawab serta jatuh hukum wajib pada seseorang maka beliau perlu berkahwin namun asam garam dalam perkahwinan kadang kadang agak pelik tetapi tak ...
Aku Lama Lagi Kat Sini Benjy Kirimkan Nota

Aku Lama Lagi Kat Sini Benjy Kirimkan Nota

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 308 hits
AKU lama lagi kat sini itu antara kata kata pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy pada sekeping nota tulisan tangan dari penjara Penjara Tanjung Gusta Medan Indonesia yang meminta doa orang ramai Benjy yang juga anak Allahyarham seni...
Anak Menangis Nak Menyusu Ibu Pula Nak Bersolat Mana Satu Lebih Utama Solat Atau Menyusukan Anak

Anak Menangis Nak Menyusu Ibu Pula Nak Bersolat Mana Satu Lebih Utama Solat Atau Menyusukan Anak

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 541 hits
Situasi anak menangis nak menyusu ibu pula kalut nak bersolat adalah perkara biasa di kalangan ibu menyusu beranak kecil Dilema sungguh para ibu sebabnya kalau teruskan bersolat jadi tak khusyuk pula sebab anak akan meraung menangis selagi ...
Lia Nak Jadi Kebanggaan Anak Negeri

Lia Nak Jadi Kebanggaan Anak Negeri

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 233 hits
JIKA diteliti belum ada lagi nama pelakon kelahiran Sabah yang benar benar berjaya memahat nama kukuh sebaris nama handalan dalam industri perfileman tempatan Oleh itu Lia Natalia yang berasal dari Tawau berazam menjadi pelakon pertama keba...
Pro Kontra Bagi Puting Kosong Pada Anak Terpulanglah Papa Mama Nak Bagi Atau Tak

Pro Kontra Bagi Puting Kosong Pada Anak Terpulanglah Papa Mama Nak Bagi Atau Tak

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 370 hits
Bila anak menangis atau merengek rengek antara cara paling mudah digunakan mama dan papa untuk menenangkan si manja adalah dengan memberi puting kosong Mula mula beri pada waktu malam sahaja tetapi lama kelamaan si kecil jadi ketagih dan mu...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024