Aku Lama Lagi Kat Sini Benjy Kirimkan Nota
“AKU lama lagi kat sini,” itu antara kata-kata pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy pada sekeping nota tulisan tangan dari penjara Penjara Tanjung Gusta Medan, Indonesia yang meminta doa orang ramai.
Benjy yang juga anak Allahyarham seniwati Azean Irdawaty dalam nota itu menyatakan dia memohon kepada semua pihak supaya mendoakan agar kesihatannya bertambah baik bagi membolehkan dia meneruskan kehidupannya di sebalik tirai besi di negara itu yang berbaki 10 tahun lagi.
“Aku lama lagi kat sini, jadi tolong doakan yang kesihatan aku semakin baik. Sebab aku perlu untuk jadi sihat agar dapat meneruskan kehidupan di sini.
“Doakan segala usaha aku untuk pulang dipermudahkan,” tulisnya.
Surat yang bertarikh 15 Disember 2018 itu diserahkan kepada Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi yang melawatnya di penjara itu nbaru-baru ini.
Surat tulisan tangan oleh Benjy yang ditulis buat rakyat Malaysia.
Benjy dikenakan hukuman itu selepas didapati bersalah memiliki 4.5 gram dada jenis methamphetamine.
Benjy ditangkap pegawai Kastam dan Eksais sejuru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu di Deli Serdang, Sumatera Utara pada 18 April tahun lalu.
Dia dijangka dibebaskan pada 2028.
Bercakap mengenai lawatan Seniman, Zed memberitahu Benjy mengalami penyakit asma kronik selain berpotensi untuk terkena batuk kering atau tuberculosis (TB).
Kata Zed, rawatan terhad selain ubat-ubatan yang menelan kos tinggi menyebabkan Benjy terpaksa menanggung derita dan atas dasar kemanusiaan Seniman terpanggil untuk membantu.
Seniman Run 2.0 2019 bakal diadakan pada 16 Februari depan dalam usaha mengumpul dana bagi membantu ahli persatuan itu yang memerlukan.
“Apabila kami berjumpa sahaja dia terus memeluk saya dengan lama kerana menurutnya kami orang pertama dari Malaysia yang melawatnya sejak dipenjarakan tahun lalu.
“Cakap sekejap kemudian dia menangis sambil terbatuk-batuk… Memandangkan dia bukan warganegara Indonesia jadi untuk membeli ubat-ubatan yang sesuai menelan kos tinggi malah pemeriksaan pun dia perlu bayar.
“Alhamdulillah kami sempat membawanya menjalani pemeriksaan dan membeli ubat-ubatan untuknya ketika melawatnya di penjara,” katanya.
Benjy memerlukan sekurang-kurangnya RM1,000 setiap bulan bagi menampung perbelanjaan perubatannya dan Seniman akan cuba sebaik mungkin dalam mengurangkan bebannya itu.
Atas dasar itu juga kata Zed, Seniman akan menganjurkan Seniman Run 2.0 2019 iaitu satu acara berbentuk larian amal bagi mengumpul dana kebajikan yang akan disalurkan kepada ahli-ahli persatuan itu yang kurang bernasib baik dan memerlukan.
Seniman turut melancarkan tabung bantuan buat Benjy.
Malah bersempena dengan larian itu juga, Seniman turut melancarkan Tabung Prihatin Seniman Khas Untuk Benjy bagi mengumpul dana membantu pelakon itu.
“Setiap peserta yang menyertai larian itu akan dikenakan yuran penyertaan dan sebahagian daripadanya kami akan salurkan kepada tabung prihatin Seniman.
“Alhamdulillah setakat ini kami sudah menerima 1,300 penyertaan daripada orang ramai dan menjangkakan angka itu bertambah kepada 3,000 peserta.
“Insya-Allah sebahagian daripada kutipan itu juga kita akan gunakan untuk membantu Benjy membeli ubat-ubatan dan meringkan bebannya di penjara namun bagi faktor keselamatan kami akan menyerahkan wang itu secara bulanan,” jelasnya.
Seniman Run 2.0 2019 akan diadakan pada 16 Februari 2019 di Jalan Raya, Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada pukul 7 pagi bersempena dengan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan.
Permohonan penyertaan boleh dibuat menerusi www.racexasia.com/event/seniman-run 2.0 sebelum 31 Disember ini.
Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/spotlight/sensasi/2018/12/20/benjy/#dG1EV2PKDDB7IY3G.99
The post “Aku lama lagi kat sini” – Benjy kirimkan nota appeared first on MFADHLY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mfadhly.net/2018/12/20/aku-lama-lagi-kat-sini-benjy-kirimkan-nota/