Orang Melayu Akan Tolak Jika Hapus Maklumat Kaum Dari Daftar Pemilih Spr


Kow Gah Chie 

   Sebarang tindakan untuk menghapuskan maklumat kaum pengundi di dalam daftar pemilih pilihan raya tidak akan menyatukan rakyat Malaysia, khususnya pada peringkat awal pelaksanaannya

Pensyarah Universiti Malaya Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata ini disebabkan langkah itu akan ditanggapi sebagai cubaan kerajaan PH untuk menghakis hak keistimewaan dan pengaruh orang Melayu dalam politik.

"Idea memadamkan butiran kaum dalam daftar pemilih akan mengundang penolakan orang Melayu yang dilihat sebagai menafikan hak-hak istimewa Melayu dalam perlembagaan.

"Tindakan itu akan ditanggapi sebagai sebahagian daripada agenda politik Pakatan Harapan untuk mengurangkan pengaruh orang Melayu dalam politik," katanya melalui pesanan teks kepada Malaysiakini.

Selanjutnya, beliau berkata idea itu akan ditolak dan PH akan ditanggapi sebagai tidak sensitif.
"Ia susah untuk dicapai dan akan mencipta banyak penolakan terhadap urus tadbir PH kerana idea ini dianggap tidak sensitif," katanya.

"Tindakan tersebut tidak akan membantu untuk menyatukan rakyat Malaysia, khususnya pada peringkat awal ia diperkenalkan," katanya lagi.

Agihan kerusi, rancang strategi pilihan raya
Awang Azman mengulas kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun yang berkata SPR akan mengkaji jika terdapat keperluan untuk menghapuskan maklumat kaum pengundi dalam daftar pemilih.

Ketika wawancara dengan stesen radio perniagaan BFM pada Selasa lalu, Azhar ditanya mengenai tanggapan untuk membuang pengenalan berdasarkan kaum supaya dapat mengurangkan ucapan dan janji yang bersifat perkauman.

"Kami telah membincangkan perkara ini dalam masa yang lama sekiranya maklumat kaum perlu dimasukkan ke dalam kad pengenalan dan kini sudah tentu pula kami perlu menghadapi persoalan jika butiran kaum perlu dilupuskan dari daftar pemilih pilihan raya," jawab Azhar.

Pada masa ini, parti-parti politik daripada kedua-dua belah pihak menggunakan maklumat kaum yang ada di dalam daftar pemilih pilihan raya untuk agihan kerusi di antara sekutu parti-parti politik mereka dan merancang strategi pilihan raya.

Mengulas lanjut hal ini, Awang berkata: "Tidak mungkin untuk menghapuskan maklumat kaum dalam daftar pemilih kerana kerajaan perlu mengiktiraf kepelbagaian etnik di Malaysia".

Masukkan data sosioekonomi
Sementara itu, pengkaji sains politik Wong Chin Huat juga bersetuju penyingkiran maklumat kaum tidak banyak membantu wacana mengurangkan politik perkauman.

"Ia adalah baik tetapi kesannya untuk tidak menggalakkan politik perkauman mungkin terhad," katanya.

Beliau menggalakkan SPR untuk belajar dari rakan sejawatannya di Jerman, yang memasukkan data sosioekonomi pengundi dalam daftar pemilih pilihan rayanya.

"Kita hanya boleh membuat kaum/ etnik kurang relevan dengan membuat bahagian bukan kaum lebih relevan.

"Jika kita mempunyai data tentang peratusan B40 (golongan berpendapatan rendah - 40 peratus daripada penduduk), pemilikan rumah, pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi, maka parti politik dan anggotanya akan mempunyai lebih banyak isu untuk menjadi kepedulian selain daripada isu kaum dan agama.

"Ini mungkin jika daftar pemilih pilihan raya pada masa depan dapat memadankan data sosioekonomi yang lebih baik," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/orang-melayu-akan-tolak-jika-hapus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bpn Prabowo Sebut Un Beban Siswa Tkn Jokowi Tolak Hapus

Bpn Prabowo Sebut Un Beban Siswa Tkn Jokowi Tolak Hapus

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 362 hits
Wakil Ketua Badan Pemenangan Nasional Prabowo Sandiaga Eddy Soeparno menilai UN kendati sudah berjalan baik tapi menambah beban Karenanya perlu dicari alternatif
Kubu Jokowi Duga Wacana Sandiaga Hapus Un Untuk Curi Suara Pemilih Pemula

Kubu Jokowi Duga Wacana Sandiaga Hapus Un Untuk Curi Suara Pemilih Pemula

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 186 hits
Juru Bicara Tim Kampanye Nasional Ace Hasan Syadzily menilai wacana Calon Wakil Presiden nomor urut 02 Sandiaga Uno menghapuskan Ujian Nasional hanya untuk kepentingan Pemilu Dia menduga Sandiaga ingin mencuri suara dari pemilih pemula yang...
Spr Ada Maklumat Langsung Kesalahan Kamu Pengerusi Spr Najib

Spr Ada Maklumat Langsung Kesalahan Kamu Pengerusi Spr Najib

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 335 hits
FMT Reporters PETALING JAYA Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya yang membuat laporan polis terhadap Najib Razak berhubung dakwaan kesalahan pilihan raya pada pilihan raya kecil sebelum ini mempunyai maklumat langsung mengenainya kata Azhar Har...
Pengundi Puji Spr Kad Maklumat Pengundian Memudahkan

Pengundi Puji Spr Kad Maklumat Pengundian Memudahkan

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 394 hits
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya membuat semakan peralatan dan peti undi sempena persiapan akhir menjelang Pilihan Raya Kecil N 24 Semenyih di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang Saujana Impian Selangor foto SYAFIQ AMBAK SEMENYIH K...
Pesantren Lirboyo Keluarkan Maklumat Agar Santri Alumni Pilih Jokowi Ma Ruf

Pesantren Lirboyo Keluarkan Maklumat Agar Santri Alumni Pilih Jokowi Ma Ruf

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 229 hits
Maklumat tersebut disampaikan dalam bentuk video dan surat edaran yang ditandatangani oleh Pengasuh Pondok Pesantren Lirboyo KH M Anwar Manshur dan Ketua Umum Pengurus Pusat Himpunan Alumni Santri Lirboyo KH Abdulloh Kafabih Mahrus
Amerika Minta Jerman Sekat Huawei Atau Perkongsian Maklumat Di Antara Mereka Akan Dikurangkan

Amerika Minta Jerman Sekat Huawei Atau Perkongsian Maklumat Di Antara Mereka Akan Dikurangkan

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 223 hits
Ketegangan yang berlaku di antara Huawei dan kerajaan Amerika Syarikat nampaknya masih lagi belum reda Terbaru negara Uncle Sam itu memberi amaran kepada kerajaan Jerman untuk menyekat teknologi Huawei di negara mereka atau perkongsian makl...
Angka Kecelakaan Di Jakarta Naik 10 Persen Didomonasi Kaum Milenial

Angka Kecelakaan Di Jakarta Naik 10 Persen Didomonasi Kaum Milenial

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 248 hits
Data statistik enam tahun terakhir angka kecelakaan itu meningkat 10 persen menjadi 36 595 dan rata rata bahwa salah satu penyebab kematian terbesar itu dari kecelakaan dan dari korban itu kebanyakan milenial jadi 61 persen Korban mulai usa...
Jangan Menidakkan Kaum Adam Sebagai Ketuamu Sharnaaz Ahmad

Jangan Menidakkan Kaum Adam Sebagai Ketuamu Sharnaaz Ahmad

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 282 hits
Memuat naik pelbagai status luahan hati di akaun Instagram masing masing rata rata netizen menyifatkan rumah tangga pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sedang bergolak Baru baru ini status Sharnaaz bersempena Hari Wanita Sedunia juga me...
Maklumat Pengajaran

Maklumat Pengajaran

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 277 hits
CARA MUAT TURUN Tekan CLIK SINI kemudian right clik save gambar tersebut post ad EMK untuk muat turun saiz yang berkualiti KBKK untuk muat turun saiz yang berkualiti KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH untuk muat turun saiz yang berkualiti KECERDASAN...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda