Pengundi Puji Spr Kad Maklumat Pengundian Memudahkan


Kumara Sabapatty
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya membuat semakan peralatan dan peti undi sempena persiapan akhir menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih di Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang, Saujana Impian, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK SEMENYIH – Kad maklumat pengundian yang diperkenalkan julung kali oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Pilihan Raya Kecil Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih hari ini mendapat sambutan positif pengundi.

Batumalai Poongavanam 63, pengundi dari Bandar Rinching Semenyih yang mengalami kesukaran berjalan akibat strok selesai mengundi di SMK Engku Husain Kampung Baru pagi tadi

Beliau gembira kerana tidak perlu membuang masa menunggu lama menyemak butiran daftar undi serta saluran di kaunter.

“Kali pertama SPR hantar kad undi ke rumah dan dalam itu nama penuh nombor kad pengenalan nombor saluran undi dan masa mengundi semuanya lengkap.

“Anak menantu saya juga menegaskan senang untuk saya yang kena strok dan sukar berjalan boleh undi di saluran tanpa berbaris di kaunter dan semak maklumat dengan adanya kad undi SPR.

“Kaedah ini sangat berkesan dan syabas untuk SPR kerana memberikan kemudahan undi yang begitu efisien untuk golongan tua seperti saya,” katanya kepada MalaysiaGazette di SMK Engku Husain pagi tadi.
Batumalai Poongavanam pengundi dari Bandar Rinching Semenyih yang mengalami kesukaran berjalan akibat strok selesai mengundi di SMK Engku Husain Kampung Baru pagi tadi.Beliau berkata, kad pengundi berkenaan mengandungi maklumat pengundian, iaitu pusat mengundi, saluran, bilangan dan masa mengundi.

Katanya, pengundi yang menerima kad itu tidak perlu lagi membuat semakan di barung SPR kerana maklumat yang diperlukan sudah dinyatakan dalam kad berkenaan.

Manakala menurut guru sekolah menengah dari Shah Alam, Asvini Dayarajoo berkata sistem kad pengundi SPR sangat berkesan dan menjimatkan masa mengundi.
Ahsha Dayarajoo selesai mengundi di PDM SMK Engku Husain.“Memang kami sedia maklum mengenai inisiatif baharu SPR ini memperkenalkan kad pengundi kerana sistem ini tidak dilaksanakan pada beberapa pilihan Raya sebelum ini.

“Kali ini saya lebih selesa mengundi kali ini tanpa berbaris panjang dan di saluran lima hanya beberapa saat sahaja saya selesai undi kerana semua maklumat mengenai nombor saluran dan masa mengundi sudah ada dalam kad itu,”katanya.

Katanya sistem ini seharusnya dilaksanakan dari dulu lagi tapi masih belum terlambat untuk dilaksanakan.

Selain beliau adiknya Ahsha Dayarajoo dan ibunya juga mengundi di PDM SMK Engku Husain sekitar 8.30 pagi tadi.

Pengundi sekitar Kampung Baharu Semenyih memilih untuk keluar mengundi di awal pagi sebelum cuaca panas menjelang tengahari ini.

Suasana di pekarangan sekolah berkenaan juga sesak dan pergerakan kenderaan perlahan ekoran hari mengundi bagaimanapun keadaan terkawal tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Anggota polis juga mengawal proses mengundi di SMK Engku Husain yang mempunyai lima saluran mengundi dengan jumlah pengundi berdaftar seramai 2,326 orang yang akan melaksanakan tanggungjawab demokrasi mereka.

Bagi memudahkan pergerakan pengundi kemudahan dua buggy dan juga tiga kerusi roda disediakan untuk pengundi berusia warga emas dan yang memerlukan.

Para petugas SPR juga berjaga jaga dan komited dalam menyediakan segala maklumat serta bimbingan sehingga mereka selesai mengundi dan beredar selamat dari pusat mengundi itu.

PRK di DUN Semenyih yang diadakan selepas penyandangnya Bakhtiar Mohd Nor ,57, meninggal dunia akibat serangan jantung pada 11 Januari lalu menyaksikan pertandingan empat penjuru.

Calon-calon yang bertanding adalah Muhammad Aiman Zainali (PH), Zakaria Hanafi (BN), Nik Aziz Afiq Abdul (PSM) dan Kuan Chee Heng (Bebas). – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/pengundi-puji-spr-kad-maklumat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Spr Ada Maklumat Langsung Kesalahan Kamu Pengerusi Spr Najib

Spr Ada Maklumat Langsung Kesalahan Kamu Pengerusi Spr Najib

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 340 hits
FMT Reporters PETALING JAYA Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya yang membuat laporan polis terhadap Najib Razak berhubung dakwaan kesalahan pilihan raya pada pilihan raya kecil sebelum ini mempunyai maklumat langsung mengenainya kata Azhar Har...
Spr Benar Pengundi Pakai Baju Tertera Slogan

Spr Benar Pengundi Pakai Baju Tertera Slogan

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 321 hits
SPR benar pengundi pakai baju tertera slogan Dikemas kini 48 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 20 Feb 2019 8 14PM midd
Ph Edar Hamper Dan Surat Tawaran Pprt Ini Bukan Rasuah Pengundi Ke Spr Viralhancing

Ph Edar Hamper Dan Surat Tawaran Pprt Ini Bukan Rasuah Pengundi Ke Spr Viralhancing

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 331 hits
HAMPER DAN SURAT TAWARAN RUMAH PPRT PH RASUAH PENGUNDI SPR BUAT TAK TAHU SAHAJA AGAKNYA Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Eajdi Dusuki memuat naik sekeping foto yang menunjukkan jentera kempen piilihan raya Pakatan Harapan di Sem...
Foto Tolong Ajar Saya Pangkah Hati Anak Abah Respon Warga Twitter Kat Gambar Pengerusi Spr Buat Ramai Terhibur

Foto Tolong Ajar Saya Pangkah Hati Anak Abah Respon Warga Twitter Kat Gambar Pengerusi Spr Buat Ramai Terhibur

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 1472 hits
Tolong Ajar Saya Pangkah Hati Anak Abah Respon Warga Twitter Kat Gambar Pengerusi SPR Buat Ramai Terhibur Gara gara memuat naik gambar bersama anak di Twitter tweet Peguam Azhar Harun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya jadi usikan dan gurau...
Ini Foto Anak Gadis Pengerusi Spr Yang Buat Netizen Tak Senang Duduk Siap Panggil Abah Lagi

Ini Foto Anak Gadis Pengerusi Spr Yang Buat Netizen Tak Senang Duduk Siap Panggil Abah Lagi

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 4737 hits
Gara gara memuat naik gambar bersama anak perempuannya di Twitter tweet Peguam Azhar Harun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya jadi usikan dan gurauan pengguna media sosial Tweet tersebut telah mendapat 104 retweets dan 709 likes Foto terseb...
Spr Larang Sebarang Bentuk Jamuan

Spr Larang Sebarang Bentuk Jamuan

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 358 hits
Semalam Setiausaha Agong BN terima surah SPR melarang sebarang bentuk jamuan sepanjang tempoh kempen Oklah kita terima Azhar Haron ni mungkin buta perut takde akal suruh orang buat program air dan mee hoon pun tak boleh bagi Tapi yang pelik...
Spr Siasat Bahan Kempen Provokasi Di Prk Semenyih

Spr Siasat Bahan Kempen Provokasi Di Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 259 hits
SPR siasat bahan kempen provokasi di PRK Semenyih nbsp Dikemas kini 50 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 21 Feb 2019 8
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids