Orang Kampung Memang Tidak Mandi Di Kawasan Ini Sebab Tahu Bahaya Lubuk Makan Orang


“Orang kampung memang tidak mandi di kawasan ini sebab tahu bahaya,” – Lubuk ‘makan orang’. Air Terjun Belukar Bukit di sini, yang terletak kira-kira 20 kilometer dari bandar Kuala Berang merupakan salah satu destinasi perkelahan popular di daerah Hulu Terengganu.
Hamparan pasir memutih, air yang jernih dan kelihatan tenang di permukaan pastinya membuatkan sesiapa sahaja teruja untuk mandi-manda, ditambah pula dengan keindahan alam semula jadi.
Namun di sebalik itu, Air Terjun Belukar Bukit ini bagaikan menyimpan misteri tersendiri dan turut digelar lubuk mati lemas atau ‘tempat makan orang’ kerana hampir setiap tahun pasti ada nyawa yang diragut.
Selamatkan Adik
Terbaru, dalam kejadian Jumaat lalu, seorang lelaki berusia 22 tahun lemas ketika cuba menyelamatkan adik perempuannya berumur 21 tahun yang dihanyutkan air ketika mandi bersama beberapa ahli keluarga lain.
Biarpun dikenali sebagai Air Terjun Belukar Bukit, namun kawasan perkelahan itu dikatakan tidak mempunyai air terjun, dan bagi penduduk setempat, mereka memanggilnya sebagai Lubuk Gala.
Difahamkan, di kawasan air terjun itu adanya satu lubuk dinamakan ‘Lubuk Berhala’ yang dikatakan mempunyai kisah kononnya terdapat berhala berbentuk seekor kucing di dalam lubuk tersebut.
Pusaran air sebesar kawah
Walaupun tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran kisah itu, yang pasti kedalaman air di kawasan itu dipercayai mencecah 10 meter selain di dasarnya berbentuk satu kawah besar.
Seorang penduduk, Maharam Mat Zahari, 35, berkata, kes lemas di kawasan Air Terjun Belukar Bukit bukan kes luar biasa bagi penduduk setempat dan mangsa hanya melibatkan pengunjung luar.
“Orang kampung memang tidak mandi di kawasan ini sebab tahu bahaya. Permukaan air nampak tenang tetapi di bahagian bawah ada pusaran dan arus kuat yang boleh memerangkap mangsa.
“Kes paling menyayat hati melibatkan lima sekeluarga iaitu pasangan suami isteri dan tiga anak perempuan mereka pada Disember 2015. Kali terakhir, Mei 2017 membabitkan seorang pelajar politeknik.
Lama Tidak Mandi
“Sejak itu, agak lama penduduk di sini tidak dikejutkan kejadian lemas sehingga kes terbaru (Jumaat lalu) melibatkan seorang lelaki yang cuba selamatkan adik perempuannya,” katanya kepada Sinar Harian.
Berikutan banyak kejadian lemas, Maharam mencadangkan pihak berkenaan memperbanyakkan papan tanda amaran supaya pengunjung luar lebih jelas tentang risiko yang menanti.
Menurutnya, sebelum ini pihak berkuasa ada memasang tali sebagai langkah keselamatan, tetapi ‘hilang’ berikutan arus deras pada musim tengkujuh.
The post “Orang kampung memang tidak mandi di kawasan ini sebab tahu bahaya,” – Lubuk ‘makan orang’ appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/orang-kampung-memang-tidak-mandi-di-kawasan-ini-sebab-tahu-bahaya-lubuk-makan-orang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nostalgia Makan Dalam Rumah Kampung Di Restoran Kantin Asam Pedas

Nostalgia Makan Dalam Rumah Kampung Di Restoran Kantin Asam Pedas

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 1508 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Jangan kata kat Kuala Lumpur ni korang tak boleh nak makan dalam suasana rumah kampung lama sebab memang ada tempat tu Kali ni Maha nak bawa korang...
Insiden Tanah Longsor Warga Kampung Cimapag Belum Paham Kawasan Rawan Bencana

Insiden Tanah Longsor Warga Kampung Cimapag Belum Paham Kawasan Rawan Bencana

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 408 hits
Sampai hari ini pemerintah desa setempat juga belum mempunyai data akurat untuk area rawan longsor banjir dan musibah lainnya Hal itu pula yang membuat mereka belum memberikan pendidikan maupun pelatihan tentang mitigasi bencana
Pertama Kali Makan Nasi Arab Memang Sedap

Pertama Kali Makan Nasi Arab Memang Sedap

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 1283 hits
Pertama Kali Makan Nasi Arab Memang Sedap Asalamualaikum Salam Sejahtera semua Selamat menempuhi alam tahun baru 2019 yang dalam kiraan beberapa jam lagi kita akan layari kehidupan pada 2019 Agak lewat updated blog banyak kerja yang hendak ...
Makan Roti Pun Boleh Kurus Tips Dari Doktor Ini Bagaimana Pilih Roti Yang Sesuai Untuk Berdiet Rileks Media

Makan Roti Pun Boleh Kurus Tips Dari Doktor Ini Bagaimana Pilih Roti Yang Sesuai Untuk Berdiet Rileks Media

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 770 hits
Ramai yang menginginkan bentuk badan yang ideal tidak kira lelaki atau wanita Namun begitu tidak ramai yang sanggup berdiet atau tidak sedar sebenarnya mereka sedang melakukan diet yang salah Selalu kita lihat roti seringkali menjadi menu u...
Makan Kek Di Fairy Le Ph Nom Nal Sungai Petani Kedah

Makan Kek Di Fairy Le Ph Nom Nal Sungai Petani Kedah

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 1147 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBaru baru ini aku dengan keluarga balik kampung yang terletak di Jitra Kedah Perjalanan dari Kulim ke Jitra kami pastinya akan melalui kawasan Sungai Petani Di perjalanan pulang kami sekeluarga singgah di ...
Dari Semalam Tak Makan Nasi Lagi Kisah Sedih Warga Emas Di Kelantan

Dari Semalam Tak Makan Nasi Lagi Kisah Sedih Warga Emas Di Kelantan

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 459 hits
Sebak melihat keadaan rumah wanita yang sudah dimamah usia ini Dalam usia seperti itu dia masih perlu bekerja mencari rezeki untuk menyara kehidupannya dengan menjual asam keping di pasar Menurut sumber Che Munah Che Man berasal dari Kampun...
11 Tempat Makan Romantik Di Kuala Lumpur Khas Untuk Anda Pilihan Tepat

11 Tempat Makan Romantik Di Kuala Lumpur Khas Untuk Anda Pilihan Tepat

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 1099 hits
Memilih tempat makan yang menarik dan berkualiti sememangnya menjadi pilihan utama bagi mereka yang ingin membawa pasangan keluar makan bersama Kuala Lumpur atau julukan yang lainnya sebagai bandar yang tak pernah tidur sangat kaya dengan t...
Kenapa Lidah Gatal Selepas Makan Nanas Dan Ini Cara Atasinya

Kenapa Lidah Gatal Selepas Makan Nanas Dan Ini Cara Atasinya

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 600 hits
Manis manis nenas memang sedap lagi kalau dimakan sejuk pada hari panas Selain makan secara kosong nenas boleh dibuat lauk pauk seperti gulai lemak nanas ikan masin pajeri nanas acar dan banyak kali Senang kata buah nanas memang universal s...
Berang Kedai Makan Dilabel Hambar Nabila Huda Mohon Maaf

Berang Kedai Makan Dilabel Hambar Nabila Huda Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 580 hits
MOHD HAIKAL ISA nbsp 14 Januari 2019 3 52 PM KUALA LUMPUR Berang dengan dakwaan seorang warganet tentang gerai makan miliknya Waroeng Isabella yang disifatkan se
Bulan Pembersihan Hutang Ukraine Ambil Langkah Berani Menuju Kestabilan Kewangan

How To Fully Secure Your Cloud Accounts And Prevent Data Leaks

Our November Floods Prove That We Need Stronger Sustainability Governance

Sesi Temu Ramah Aysar Hadi Shapri Persiapan Dan Harapan Menjelang Aksi Penuh Cabaran

Roti Telur Tuna Resipi Paling Mudah Sedap Untuk Sarapan Cepat

Perodua Jelaskan Klausa Bateri Ev Patuh Syariah Susulan Kekeliruan Di Media Sosial

Sebelum Musibah Menimpa

Cara Pilih Cermin Mata Ikut Bentuk Muka Panduan Lengkap Untuk Lelaki Wanita


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kemenhaj Tunda Seleksi Ppih Kloter Dan Ppih Arab Saudi Di Provinsi Sumatera Utara Sumatera Barat Dan Aceh

Dapat Ole Ole Dari China

Jbl Bandbox Amplifier Dan Pembesar Suara Berkuasa Ai Yang Serba Baharu

Satu Tabiat Yang Selamatkan Aku

Panas Dari Cambodia Bongkar Realiti Hitam Perangkap Kerja Mewah Sidang Media Ppim 03 12 2025

Drama Perempuan Tidak Ternikah