Optom Bangi Klinik Rawatan Khas Pemeriksaan Kesihatan Mata Dan Terapi Penglihatan
Optom Bangi : Klinik Rawatan Khas Pemeriksaan Kesihatan Mata Dan Terapi Penglihatan | Assalamualaikum and hai korang. Sehari dua ni KakYa nampak status facebook sahabat blogger Kbba9 duk bercerita tentang cermin mata di Optom Bangi. Ramai yang pung pang pung pang bercerita sakan mengenai Optom Bangi. Bila KakYa terjah ke facebook dan website Optom Bangi, baru KakYa tahu rupa rupanya Optom Bangi bukan sekadar kedai cermin mata biasa tau tetapi ianya klinik rawatan khas pemeriksaan mata dan terapi penglihatan juga.
Wah menarik betul dan buat KakYa jadi teruja nak tahu lebih detail. Ya la KakYa ni kan dalam golongan insan rabun dan bercermin mata, bila orang cakap bab cermin mata memang KakYa nak tahu lebih detail. Orang rabun ni, bila cakap bab cermin mata memang dia suka. Tak gitu gang gang cermin mata.
Sebagai seorang pengguna cermin mata sejak sekolah menengah lagi, KakYa suka bila ada kawan kawan berkongsi cerita mengenai cermin mata. Tambah tambah lagi bila ada yang berkongsi cerita mengenai servis dan perkhidmatan terbaik yang di tawarkan oleh sesebuah kedai cermin mata.
Beberapa rakan blogger yang pergi ke Optom Bangi baru baru ni, duk bercerita mengenai servis dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Optom Bangi memang terbaik. Rata rata diaorang yang pergi ke sana berpuas hati dengan servis dan layanan yang diberikan oleh kakitangan Optom Bangi.
Servis Yang Di Tawarkan Oleh Optom Bangi KakYa ada baca kat blog Qaseh Dalia, beliau impress sangat bila menjejakkan kaki kat Optom Bangi ni tau. Ini kerana menurut Qaseh, Optom Bangi berlainan sangat daripada kedai cermin mata yang dia pernah pergi sebelum ni.
Biasa kalau pergi kedai cermin mata, kita lebih kepada nak beli cermin mata dan nak check power cermin mata jer kan, tapi kat Optom Bangi ni lebih mementingkan servis klinikal berbanding menjual cermin mata.
KakYa pon tak pasti servis klinikal tu macam mana tapi ikut pembacaan KakYa kat blog Qaseh dan di facebook Optom Bangi, servis klinikal merangkumi semua aspek pemeriksaan mata antaranya chek power mata, rabun dan juga silau, chek kondisi mata kita, pemeriksaan saraf mata depan dan juga belakang serta pemeriksaan mata yang lain juga
Dari setiap pemeriksaan yang di buat, diaorang akan tahu samaada kita ni ada kencing manis, darah tinggi, katarak, selaput mata atau masalah berkaitan mata yang lain.
Wah! Bagus sangat ni, melalui pemeriksaan menyeluruh cam gini boleh la kita tahu apa masalah mata dan juga kesihatan diri kita. Memang berbaloi baloi la pergi Optom Bangi ni kan?
Kelebihan Cermin Mata Bespoke (Custom Made) Satu lagi yang buat KakYa teruja bukan sikit sikit tapi teruja banyak adalah mengenai cermin mata bespoke. Pertama kali ni KakYa dengar mengenai cermin mata bespoke ni sebenarnya
Bespoke atau bahasa senang sikit orang sebut cermin mata khas untuk mata kita. Cermin mata custom made untuk diri kita la senang citer. Sapa tak nak kan, bila ada servis custom made cermin mata cam gini. KakYa pon nak buat jugak la nanti.
Kekadang bila buat cermin mata, ada yang tak kena dengan wajah kita, ada yang terlebih besar dan ada yang tak terletak elok, senget dan sebagainya. KakYa pon pernah mengalami masalah ni bila nak buat cermin mata.
Kekadang duk kat dalam kedai cermin mata berjam jam sebab mencari yang betul betul kena dengan mata dan selesa bila pakai. Ya la kan cermin mata kan nak pakai lama. Kenalah pilih yang betul betul sesuai denan kita.
Bila ada yang buat cermin mata custom made seperti Optom Bangi ni, sangat sangatlah memudahkan bagi kami insan berkaca mata untuk custom made sendiri cermin mata yang kami suka.
Aplikasi yang digunakan untuk custom made cermin mata. Wah canggih la!
Di Optom Bangi, korang boleh custom made sendiri cermin mata korang ikut suka korang nak macam mana. Pihak Optom Bangi akan menggunakan satu aplikasi yang dapat mengukur bentuk muka, hidung, telinga dan kepala korang dan ukuran yang diperolehi adalah sangat tepat bagi mendapatkan saiz cermin mata yang sesuai dengan bentuk muka korang. Korang boleh pilih sendiri cermin mata yang korang suka mengikut saiz yang diperolehi
Pelbagai Pilihan Cermin Mata Di Optom BangiTerdapat pelbagai pilihan cermin mata dengan pelbagai jenama yang boleh korang pilih di Optom Bangi antaranya Bonia, Nike, Oakley, Ray Ban, Adidas, Revlon dan pelbagai jenama lain lagi. Korang boleh pilih mana satu yang sesuai dengan korang dan harga yang ditawarkan amatlah berpatutan.
Jangan Lupa Singgah Optom BangiKakYa pasti korang pon macam KakYa jugak kan? Teruja bila dapat tahu servis menarik yang disediakan Optom Bangi. Kalau korang nak merasai sendiri pengalaman chek mata korang jangan segan segan terjah terus Optom Bangi kat alamat tertera di bawah.
Optom Eyecare. No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan.(Berdekatan Marrybrown)
Ok selain kat Bangi, ada satu lagi cawangan Optom ni kat Kedah. Kalau korang berada di Kedah korang bolehlah berkunjung ke Optom mengikut alamat tertera di bawah. Jangan lupa terjah tau.
Optom Eyecare No 17-Gf, Taman Bandar Baru Mergong, 05150 Alor Setar, Kedah Darul AmanTel : 011-10641167
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lebih detail, sila layari laman tertera;
Website : https://optom.com.my/Instagram : www.instagram.com/optombangiFb: www.facebook.com/optombangi
Kredit Gambar: Blogger Qaseh Dalia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akifimtiyaz.com/2021/04/optom-bangi-klinik-rawatan-khas-pemeriksaan-kesihatan-mata-dan-terapi-penglihatan.html