Optom Eyecare Bangi Klinik Optometri Dan Pakar Cermin Mata
OPTOM EYECARE Bangi , Klinik Optometri dan Pakar Cermin Mata
Assalamualaikum ! Kerja didepan komputer setiap hari memang akan effect ke mata . Lisa pon dah kena pakai cermin mata, tapi tak sampai tahap yang teruk lagi la .. hanya silau yang tak sampai 100 . Bercakap tentang cermin mata, lepas Lisa baca pengalaman Qaseh buat pemeriksaan mata di OPTOM EYECARE , Klinik Optometri dan Pakar Cermin Mata Bangi .. rupanya lebih elok kalau kita pilih kedai cermin mata yang siap buat Optometri . Serius baru tahu, sebab biasanya pergi kedai cermin mata hanya check power je .
Service di OPTOM Eyecare Bangi
OPTOM Eyecare Bangi ni dia lebih mementingkan kepada servis klinikal dari menjual segala spek yang ada, walaupun pelanggan datang untuk buat cermin mata je, tapi mereka tetap akan buat pemeriksaan mata . Apa tu klinikal servis ? Maksudnya disini paling mementingkan pemeriksaan mata, kondisi mata kita bukan sekadar check power rabun atau pun silau sahaja tapi akan ada pemeriksaan untuk saraf mata dari bahagian depan dan juga belakang mata, dari situ kita boleh lihat lah saluran darah dalam mata kita ni cantik or ada masalah lain . Lisa ingatkan untuk budak sahaja yang perlu buat klinikal service ni , sebab masa little boy buat cermin mata .. kena buat test bagai dan rujukan dari doc sebab budak dibawah umur memang kena buat check mata menyeluruh dulu.
4 STEP PEMERIKSAAN DI OPTOM EYECARE BANGI . Sebelum buat cermin mata , korang kena lalui 4 langkah berikut :-
Mesin Autorefcractor - First step ni untuk check power dan silau mata kita .Sebelum check mata , pemeriksaan basik iaitu check power dan silau mata . Tekap dagu then nampakla balon dalam tu ha.. lebih kurang macam tu la. Lisa power tu takda la truk sangat , hanya silau je .. silau dalam bawah dari 100 lagi . OK la tak perlu pakai cermin mata sebenarnya , tapi kalau berjalan bawah terik matahari or malam mmg kena pakai ..penat mata kalau tengok benda bercahaya ni .
Mesin Phoropter - Second step untuk check sama ada ada masalah rabun dekat atau jauh, semua step simple je, just duduk di kerusi dan ikut je arahan consultan, ada part lampu dimalapkan then tengok je di skrin, akan dipaparkan beberapa huruf, nombor untuk menguji mata kita ada masalah rabun dekat atau jauh.
Mesin Diagnostic - Step ketiga ni biasa takde di kedai cermin mata yang lain, yang ni untuk tengok saraf mata kitadi bahagian hadapan, boleh check sama ada kita ada selaput atau mata merah penyakit kencing manis, glaukoma yang akan menyebabkan buta
Mesin Slit Lamp - Last step untuk saraf mata di bahagian belakang mata pula, alat ni boleh tengok struktur mata kita seperti kornea, iris dan lensa. Melalui alat ni, boleh check samaada kita ada masalah mata katarak atau pun tidak
Jika result korang di uji dan mengalami masalah teruk, pakar mata disini akan bagi surat untuk korang rujuk ke hospital, jangan main-main dengan pancaindera kita yang sangat bernilai ni ye dan jangan tangguh-tangguh untuk check
Custome Made Cermin Mata Khas - BeSpokeBentuk wajah semua orang berlainan , ada yang oval , bulat , petak .. korang yang mana satu ? Bukan semua frame sesuai untuk wajah kita ye . Lebih lagi macam yang bertudung ni ,, kalau boleh buat custome made lagi bagus . Nahh .. Satu lagi kelebihan bila membuat cermin mata di Optom Eyecare Bangi ni, korang boleh custom cermin mata korang sendiri, nak yang perfect di wajah taknak nampak pelik atau besar sangat, atau kecik sangat, atau taknak nampak kembang bila pakai tudung ? Korang jugak boleh pilih warna, frame, dan sebagainya
Untuk customize ni, staff akan menggunakan alat/satu apps khas untuk mengukur bentuk kepala, telinga, hidung dan wajah korang, dari situ ukuran cermin mata akan mengikut spect yang betul dan tepat. Rasanya setakat ni Lisa pergi tak pernah tahu pula boleh custome made macam ni . Menarik.. hanya dai OPTOM Eyecare Bangi je ni .
Kaki pun berbeza ada yang plastik separuh, besi penuh, getah dan sebagainya, boleh pilih warna berbeza, nak frame macamana mengikut pilihan korang sendiri.
Jenis Kanta dari standard hingga ke premium
Bab bujet / harga ni mesti nak tahu kan, kat sini korang boleh bagitahu berapa bujet korang dan boleh pilih kanta macam mana yang korang nak atau perlukan. Lens coating terdiri dari 3, bermula dengan standard clear sahaja, (intermedate / pertengahan) ada dua jenis - blue light protection dan changeable colour, ketiga premium (semua fungsi ada) diorang akan suggest mengikut keperluan setelah buat pemeriksaan mata dan mengikut budjet pelanggan sendiri
Changeable colour atau transitions lens ni bila waktu panas ia akan bertukar warna gelap, transitions lens ada 7 warna, grey, graphite green, brown, amethys, sapphire, emerald green dan amber. Untuk bujet kecik ada lens lain tetap akan jadi gelap cuma lambat sikit dan ada warna grey sahaja, brdasarkan pemeriksaan mata, mereka akan tengok lah sama ada perlu tak guna transition lens ni
Pelbagai pilihan Cermin Mata Berjenama. Bagi yang punya bujet lebih dan nak nampak bergaya juga kat sini ada beberapa jenama yang korang boleh pilih. Ada yang bertatah kan batu Swarovski lagi tau, haaa pilih je hehe yang pasti semua cermin mata disini sangat berkualiti
PENDAPAT LISA
Banyak ilmu dan info yang Lisa baru tahu disana , teringin juga nak pergi ke OPTOM EYECARE BANGI ni . Boleh la check mata sekali dan buat cermin mata secara detail . Tak sabar nak pergi sana . Korang yang berdekatan boleh terus pergi kesana tau , jangan main asal je nak buat cermin mata . Sayangi mata anda okayhh....
Info selebihnya :
Optom Eyecare No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan.(Berdekatan Marrybrown)BUKA SETIAP HARI9AM-8PM
GPS: https://goo.gl/maps/KFs6hsbfRa3551Gj9
IG & page Optom Eyecare Bangi: website : http://www.optom.com.my Instagram : www.instagram.com/optombangiFacebook : www.facebook.com/optombangi
👁️🗨️PM DIRECTwasap.my/601111479093📞01111479093
*FREE 1000 UV420 LENS 👁️🗨️JAWAB SURVEY*http://optom.com.my/survey
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ciksepet.com/2021/05/optom-eyecare-bangi-klinik-optometri.html