Bahayakah Jika Urat Mata Menjadi Merah 5 Penyakit Ini Mungkin Puncanya


 


Mata atau urat mata merah bukan sahaja akan menyebabkan ketidakselesaan, rasa sakit yang datang sekali dengannya juga akan membuatkan kita sukar untuk melakukan aktiviti harian.
Walau bagaimanapun, apakah yang menyebabkan mata menjadi merah? Adakah disebabkan masa di hadapan skrin yang terlalu lama atau tanda penyakit?


Mata yang berwarna merah atau bloodshot eyes merupakan satu kondisi ringan yang tidak perlu dirisaukan. Tetapi, jika ia berlaku sekali dengan sakit mata dan masalah penglihatan, ini mungkin tanda penyakit yang serius.
Mengapa urat mata saya berwarna merah?
Sebenarnya, ada banyak perkara yang menyebabkan mata menjadi merah dan sakit. Sebagai contoh:

1. Alahan menyebabkan sakit mata
Cuba ingat kembali kali terakhir anda keluar rumah. Adakah anda terdedah dengan terlalu banyak debunga, habuk dan debu? Jika ya, ini mungkin punca di sebalik sakit mata yang anda alami.
Sama jugalah jika anda tersalah makan dan terkena reaksi alahan. Simptom alahan seperti mata gatal dan kemerah-merahan selalunya akan berlaku sekali dengan simptom lain seperti hidung tersumbat, kerap bersin dan sebagainya.
Jika anda diserang alahan, doktor akan memberikan ubat dan juga titisan mata untuk merawat alahan yang anda alami. Lama-kelamaan, mata anda akan menjadi normal setelah alahan anda surut.
2. Urat mata merah disebabkan salur darah pecahPernah tak anda bangun pagi dan dapati bahagian putih pada mata anda mempunyai tompok berwarna merah?
Kondisi ini dikenali dengan nama subconjunctival hemorrhage dan selalunya berlaku tanpa membahayakan mata anda.
Punca sebenar subconjunctival hemorrhage tidak diketahui. Tetapi, ia boleh berlaku disebabkan batuk atau bersin yang teruk, terlalu lama memandang skrin atau selepas anda mengami muntah yang teruk.
Kadangkala, ia juga boleh berpunca disebabkan luka akibat menggosok mata terlalu kuat atau kemasukan objek asing ke dalam mata.
Walau bagaimanapun, kondisi ini selalunya akan pulih dengan sendirinya dalam masa beberapa hari. Namun, jangan sesekali abaikannya jika urat mata merah ini menyakitkan dan menyebabkan perubahan penglihatan.

3. Sakit mata disebabkan mata kering
Sukar nak melelapkan mata ketika tidur? Rasa mata macam berpasir dan sensasi ini makin teruk pada waktu malam?
Jika jawapan anda kepada kedua-dua soalan ini adalah ya, anda mungkin sedang mengalami mata kering!
Ramai orang mengalami mata kering dan ia bukanlah sesuatu yang serius. Selalunya, mata kering berlaku disebabkan cuaca yang sejuk, kering dan berangin.
Ia juga boleh berlaku kepada pemakai kanta lekap dan kepada mereka yang bekerja di hadapan komputer dalam satu tempoh masa yang panjang.
4. Mata merah disebabkan iritasiMata rasa gatal-gatal dan pandangan menjadi kabur?
Ini merupakan salah satu tanda iritasi pada bahagian mata. Kadangkala, kita tidak sedar ada ‘sesuatu’ yang masuk ke dalam mata kita.
Rawatan yang akan diberikan oleh doktor mungkin bergantung kepada penyebab iritasi tersebut. Walau bagaimanapun, anda mungkin perlu lebih berhati-hati jika memakai kanta lekap.
Jangkitan mata yang berlaku disebabkan pemakaian kanta lekap boleh menjadi serius sekelip mata. Malah, ia boleh bertukar menjadi ulser jika tidak dirawat dengan segera.
5. Pink eye atau conjunctivitis
Seperti namanya, pink eye akan menyebabkan bola mata menjadi merah. Selalunya, conjunctivitis berlaku pada sebelah mata dan akan merebak ke sebelah lagi dalam masa beberapa hari.
Selain itu, mereka yang menghidap pink eye juga akan kerap rasa pedih dan gatal-gatal pada kawasan mata.
Conjunctivitis merupakan penyakit mata yang mudah berjangkit. Oleh sebab itu, elakkan berkongsi tuala jika anda atau ahli keluarga anda menghidap penyakit mata ini.
Perlukah anda berjumpa doktor jika menghidap pink eye? Sudah tentu! Doktor akan memberikan ubat-ubatan mengikut jenis conjunctivitis yang anda alami.
Jangan berlengah lagi, jumpa doktor secepat mungkin!Walaupun urat mata merah selalunya tidak memerlukan perhatian daripada doktor, namun ada kondisi tertentu yang perlu diperiksa oleh pakar secepat mungkin.
Malah, doktor juga menggalakkan anda untuk melakukan pemeriksaan jika anda tidak yakin tentang penyakit yang anda alami.
Kebanyakan sakit mata mempunyai simptom yang hampir sama. Oleh sebab itu, sukar untuk kita sebagai orang biasa untuk menentukan sama ada kondisi tersebut berbahaya ataupun tidak.
Bak kata pepatah, jangan sampai nasi menjadi bubur. Mata merupakan salah satu deria yang amat bernilai. Oleh sebab itu, jangan sesekali pandang remeh apabila mata menjadi merah atau sakit.
Selain itu, perhatikan juga simptom berikut:
Mata merah menyala.Mata merah tapi sebelah sahaja.Bengkak pada kawasan kelopak mata.Sakit pada bola mata.Perubahan dari segi penglihatan.Lebih sensitif terhadap cahaya.Semua simptom di atas merupakan tanda penyakit mata yang serius. Berjumpalah doktor dengan kadar yang segera untuk mengenal pasti apakah penyakit sebenar di sebalik simptom yang anda alami.


sumber : disini



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.syamimisaad.com/2021/04/bahayakah-jika-urat-mata-menjadi-merah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Hal Unik Yang Mungkin Cuma Terjadi Di Depok Dari Lagu Di Lampu Merah Hingga Hoaks Babi Ngepet

6 Hal Unik Yang Mungkin Cuma Terjadi Di Depok Dari Lagu Di Lampu Merah Hingga Hoaks Babi Ngepet

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 290 hits
Bahkan sampai dijuluki Florida nya Indonesia karena kejadian aneh pernah ditemukan di kota yang satu ini Mana nih anak Depok D
Beberapa Wilayah Bali Masih Zona Merah Prokes Harus Diperketat

Beberapa Wilayah Bali Masih Zona Merah Prokes Harus Diperketat

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 288 hits
Ia mengatakan berdasarkan laporan dari Satgas Nasional Penanganan Covid 19 Provinsi Bali menjadi wilayah dengan kabupaten kotanya paling banyak berstatus zona merah di Indonesia Kabupaten kota yang dimaksud antara lain Kabupaten Buleleng Ka...
Bpom Pastikan All Out Bantu Pengembangan Vaksin Merah Putih

Bpom Pastikan All Out Bantu Pengembangan Vaksin Merah Putih

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 269 hits
Kami sudah menerbitkan tools pengembangan vaksin di lembaga riset dan kami menyambut baik bahwa progres sudah berjalan dan tentu kita harus bersabar kata Penny saat meninjau perkembangan vaksin Merah Putih di PT Bio Farma Bandung
Keunikan City Of Roses Bunga Mawar Merah Jambu Mekar Di Bulan Suci Ramadan

Keunikan City Of Roses Bunga Mawar Merah Jambu Mekar Di Bulan Suci Ramadan

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 276 hits
Terletak di Arab Saudi bandar Taif merupakan pusat tumpuan pelancong yang terkenal di dunia Dilabel sebagai Al Ta if The City of Roses bandar ini juga menjadi pilihan orang ramai sebagai tempat kebudayaan masyarakat tempatan Tarikan umumnya...
Semua Sekolah Di Zon Merah Di Sarawak Diarah Tutup Ketua Menteri Sarawak

Semua Sekolah Di Zon Merah Di Sarawak Diarah Tutup Ketua Menteri Sarawak

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 309 hits
Kesemua sekolah yang berada di zon merah COVID 19 di Sarawak diarah tutup selama 14 hari bermula esok 20 April 2021 Arahan penutupan sekolah ini diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg pada sidang media ...
Lana Nordin Kongsi Resipi Daging Masak Merah Ala Thai Kuih Bakar Kegemaran Suami

Lana Nordin Kongsi Resipi Daging Masak Merah Ala Thai Kuih Bakar Kegemaran Suami

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 478 hits
Bila dah masuk minggu kedua berpuasa pasti ramai yang sudah berkira kira dan mula menyediakan persiapan untuk hari raya Macam Lana Nordin ni Panjang senarai kelengkapan raya yang disediakan untuk suaminya Daud Mckienzie Itu nak beli ini per...
Epidemiolog Soal Klaim Ppkm Tekan Zona Merah Palembang Kematian Justru Naik

Epidemiolog Soal Klaim Ppkm Tekan Zona Merah Palembang Kematian Justru Naik

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 294 hits
Kepala Dinkes Palembang Fauzia mengungkapkan keberhasilan PPKM mikro di kota itu dibuktikan dengan tidak ada lagi zona merah dan oranye di lingkup rukun tetangga Bagi dia menjadi petunjuk keberhasilan menekan penyebaran virus corona
Telekung Merah Pemberian Terakhir Arwah Iqbal Kepada Ibu

Telekung Merah Pemberian Terakhir Arwah Iqbal Kepada Ibu

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 387 hits
GEORGETOWN Seorang ibu tidak menyangka mesej bergambar yang dihantar anak lelakinya melalui aplikasi WhatsApp adalah yang terakhir perbualan antara mereka berdua Noraini Jaafar 54 berkata anak keduanya itu menghantar gambar menu berbuka pua...
Mesin Jahit Korsleting Rumah Di Tambora Diamuk Si Jago Merah

Mesin Jahit Korsleting Rumah Di Tambora Diamuk Si Jago Merah

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 255 hits
Satu unit rumah di kawasan padat penduduk Gang Cahaya Jalan Duri Selatan Tambora Jakarta Barat diamuk si jago merah pada Jumat dini hari Kebakaran itu diduga dipicu korsleting pada mesin jahit
Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Govt Urges More Corporate Aid For Putra Heights Gas Explosion Victims

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Ratu Naga Surrenders Herself To Mcmc In Anthem Mix Up Row Clears The Air Over Her Honest Mistake


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Anggota Polis Parah Tertembak Diri Sendiri

Menteri Pendidikan Tinggi Ke Turkiye Dan Arab Saudi

Dia Nak Kacau Felda Pula Sebab Tempat Melayu Kenyataan Di Atas Adalah Fitnah

Dituduh Fake Bersama Peminat Fazura Anggap Lumrah Sebagai Selebriti