Pemeriksaan Mata Terbaik Di Optom Eyecare Bangi
Assalamualaikum
Hye korang, semalam qaseh ada pergi satu kedai cermin mata ni di Bangi di Optom Eyecare Bangi. Seperti yang korang tahu, qaseh memang tak pakai cermin mata sepenuh masa tapi ada waktunya qaseh pakai juga bila mengadap gajet lagi-lagi untuk berblog, biasanya bila pergi kedai cermin mata ni akan ada pemeriksaan mata yang selalunya staff akan check power mata kita je kan
Tapi bila di Optom Eyecare Bangi ni qaseh impress sangat sebab ia lain dari kedai cermin mata yang biasa qaseh pergi sebab Optom Eyecare Bangi ni dia lebih mementingkan kepada servis klinikal dari menjual segala spek yang ada, walaupun pelanggan datang untuk buat cermin mata je, tapi mereka tetap akan buat pemeriksaan mata
Apa tu klinikal servis ? Maksudnya disini paling mementingkan pemeriksaan mata, kondisi mata kita bukan sekadar check power rabun atau pun silau sahaja tapi akan ada pemeriksaan untuk saraf mata dari bahagian depan dan juga belakang mata, dari situ kita boleh lihat lah saluran darah dalam mata kita ni cantik or ada masalah lain, haaaa
Jadi, ada 4 step pemeriksaan mata yang qaseh lalui, jangan risau ye, tak sakit langsung hehe so perlu ke qaseh pakai cermin mata sebenarnya ? Dari pemeriksaan ni, diorang boleh tahu samaada korang ada kencing manis, resdung , darah tinggi, katara, selaput mata, mata merah dan masalah-masalah mata yang lain, memang details sangat gais
Biasa nak pergi check di hospital agak makan masa dan kena setup appointment dulu tapi kat sini mudah, pantas dan memang dari pakar.
4 Step Pemeriksaan Mata Yang Perlu Dilalui
Mesin Autorefcractor - qaseh tak tahu sangat lah ayat-ayat klinikal ni tapi untuk first step ni untuk check power dan silau mata kita, so far mata qaseh bahagian kanan mata 125 tinggi sikit dari belah kiri 75, silau pulak 50, so far qaseh takde masalah pun sebab mata kiri menyeimbangkan penglihatan mata qaseh so tak ditahap yang teruk dan memerlukan cermin mata sebenarnya
Mesin Phoropter - Second step untuk check sama ada qaseh ada masalah rabun dekat atau jauh, semua step simple je, just duduk di kerusi dan ikut je arahan consultan, second step ni pun qaseh lulus dengan jayanya, ada part lampu dimalapkan then tengok je di skrin, akan dipaparkan beberapa huruf, nombor untuk menguji mata kita ada masalah rabun dekat atau jauhMesin Diagnostic - Haa third step ni biasa takde di kedai cermin mata yang lain, yang ni untuk tengok saraf mata kitadi bahagian hadapan, boleh check sama ada kita ada selaput atau mata merah penyakit kencing manis, glaukoma yang akan menyebabkan buta. Sebelum ni tak pernah check mata macam ni so wow berdebar jugak tengok resultMesin Slit Lamp - Last step untuk saraf mata di bahagian belakang mata pula, alat ni boleh tengok struktur mata kita seperti kornea, iris dan lensa. Melalui alat ni, boleh check samaada kita ada masalah mata katarak atau pun tidak Lastly jom tengok result ! Alhamdulillah so far saluran darah mata qaseh sangat cantik, takde masalah lain yang berkaitan, tapi andainya korang di uji dan mengalami masalah teruk, pakar mata disini akan bagi surat untuk korang rujuk ke hospital, jangan main-main dengan pancaindera kita yang sangat bernilai ni ye dan jangan tangguh-tangguh untuk check !
Nah tu step secara ringkas yang qaseh kongsi ikut pengalaman qaseh sendiri, untuk penjelasan lanjut korang kena datang sendiri lah ye, bab cas harga memang akan di cas tapi berpatutan, selepas tu baru korang akan di beri cadangan cermin mata yang sesuai mengikut kondisi mata korang.
Saya Nak Cermin Mata Yang Sempurna Di Wajah Saya !!! (Cermin Mata Khas - BeSpoke)
Satu lagi kelebihan bila membuat cermin mata di Optom Eyecare Bangi ni, korang boleh custom cermin mata korang sendiri, nak yang perfect di wajah taknak nampak pelik atau besar sangat, atau kecik sangat, atau taknak nampak kembang bila pakai tudung ? Korang jugak boleh pilih warna, frame, dan sebagainya
Untuk customize ni, staff akan menggunakan alat/satu apps khas untuk mengukur bentuk kepala, telinga, hidung dan wajah korang, dari situ ukuran cermin mata akan mengikut spect yang betul dan tepat, so qaseh pun try la juga, saje ambil pengalaman, hanya ada di Optom Bangi je tau
Kaki pun berbeza ada yang plastik separuh, besi penuh, getah dan sebagainya, boleh pilih warna berbeza, nak frame macamana mengikut pilihan korang sendiri.
Antara cermin mata custom , korang nak warna warni pun boleh :p
Cermin Mata Terbaik Untuk Anak - Anak
Selain tu ada pilihan yang sangat bagus untuk anak-anak, biasa anak-anak ni sangat lasak ye, so kat sini cermin mata boleh lentur (fleksible) dan ia tiada skru, boleh dibuka dengan senang, (macam klip) for kids ada tali di belakang , sesuai untuk bersukan
Oh ya, lagi satu jika anak-anak ada masalah juling, Optom Bangi pun ada terapi khas untuk masukkan balik mata yang juling, more info kena datang kedai okay
Jenis Kanta dari standard hingga ke premium
Bab bujet / harga ni mesti nak tahu kan, kat sini korang boleh bagitahu berapa bujet korang dan boleh pilih kanta macam mana yang korang nak atau perlukan
Lens coating terdiri dari 3, bermula dengan standard clear sahaja, (intermedate / pertengahan) ada dua jenis - blue light protection dan changeable colour, ketiga premium (semua fungsi ada) diorang akan suggest mengikut keperluan setelah buat pemeriksaan mata dan mengikut budjet pelanggan sendiri
Changeable colour atau transitions lens ni bila waktu panas ia akan bertukar warna gelap, transitions lens ada 7 warna, grey, graphite green, brown, amethys, sapphire, emerald green dan amber. Untuk bujet kecik ada lens lain tetap akan jadi gelap cuma lambat sikit dan ada warna grey sahaja, brdasarkan pemeriksaan mata, mereka akan tengok lah sama ada perlu tak guna transition lens ni
Pelbagai Cermin Mata Berjenama Juga
Bagi yang punya bujet lebih dan nak nampak bergaya juga kat sini ada beberapa jenama yang korang boleh pilih. Ada yang bertatah kan batu Swarovski lagi tau, haaa pilih je hehe yang pasti semua cermin mata disini sangat berkualiti
For more info :
i. Optom Eyecare. No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan.(Berdekatan Marrybrown)🕰️BUKA SETIAP HARI🕰️9AM-8PM
ii. GPS: https://goo.gl/maps/KFs6hsbfRa3551Gj9
iii. IG & page Optom Eyecare Bangi: www.instagram.com/optombangiwww.facebook.com/optombangi
*👁️🗨️PM DIRECT*wasap.my/601111479093📞01111479093
Oh ye! Jangan lupa jawab soalan ni kalau nak dapatkan UV420 LENS ni. Terhad untuk 1000 penyertaan pertama je tau. So cepat-cepat jawab survey ni ok.http://optom.com.my/survey/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.qasehdalia.com/2021/04/pemeriksaan-mata-terbaik-di-optom-eyecare-bangi.html