Oppo Memperkenalkan A78 5g Dengan Jumlah Penambahan Ram Sehingga 16gb




OPPO mengumumkan pelancaran A78 5G serba baharu di Malaysia pada hari ini. Menampilkan 33W SUPERVOOCTM dan bateri besar 5,000mAh, OPPO A78 5G memyediakan penambahbaikan dalam bateri dan pengecasan untuk menjamin satu pengalaman penuh kebolehpercayaan dan kekal lama. Melalui penambahbaikan dalam kedua-dua perkakasan dan perisian seperti penambahan RAM sebanyak 8GB+8GB, A78 5G membawakan prestasi lancar dengan menyeluruh di samping kamera yang dinaik taraf dan ciri hiburan yang mengasyikkan daripada dwi-stereo pembesar suara. Dirangka dalam reka bentuk bergaya menampilkan OPPO Glow yang ikonik, A78 5G turut dilengkapi dengan ColorOS 13, memberikan ciri yang selesa dan efisien dalam peranti bergaya masa hadapan. 



Prestasi dipercayai yang dirangsang oleh teknologi pengecasanDengan Cas Kilat 33W SUPERVOOCTM , bateri 5,000mAh A78 5G yang tahan lama boleh dicas sehingga 100% dalam masa 67 minit  dan menyediakan sehingga 22.85 jam panggilan telefon pada cas penuh, membantu pengguna bersedia dengan lebih pantas dan lebih kerap tanpa perlu risau tentang isu pengecasan sepanjang hari.

A78 5G juga turut dilengkapi satu siri ciri Penjimatan Kuasa AI Sepanjang Hari untuk membantu pengguna menguruskan prestasi bateri mereka dengan bijak dan meningkatkan hayat bateri secara keseluruhan. Antaranya, mod Penjimatan Kuasa Super yang menjimatkan bateri untuk keperluan kecemasan, manakala Siap Sedia Waktu Malam mempelajari corak tidur pengguna untuk mengehadkan penggunaan kuasa kepada hanya 2% dalam satu malam.


Penambahbaikan fotografi dan pengalaman hiburan yang mengasyikkan

OPPO A78 5G dilengkapi dengan kamera utama 50MP untuk membolehkan pengguna menangkap imej sejernih kristal, beresolusi tinggi, berserta dengan lensa potret diri 2MP dan kamera hadapan 8MP untuk potret berkualiti tinggi. Untuk merakam lebih banyak butiran visual, Imej Ultra Jelas 108MP A78 5G menggunakan algoritma perisian untuk meningkatkan resolusi imej kepada 108MP, memberikan tahap kejelasan yang mengagumkan. A78 5G juga menampilkan satu set ciri pengimejan pintar seperti Perapian Potret AI , Penambahbaikan Adegan AI dan Mod Malam Ultra untuk membantu meluncurkan kreativiti pengguna.

Dengan Dwi-Pembesar Suara Stereo, A78 5G menawarkan pengguna bunyi sekeliling yang lebih mengasyikkan, manakala Teknologi Bunyian Asli Sebenar menyampaikan bunyi optimum yang dilaraskan untuk muzik, video dan permainan video. Dengan Mod Kelantangan Ultra, pengguna juga boleh meningkatkan kelantangan pembesar suara sehingga 200%, memastikan bunyi yang jelas terhasil biarpun dalam persekitaran yang paling bising.

Dari segi visual, Paparan Sarat Warna 6.56-inci dengan kadar segar semula tinggi 90Hz memberikan pengalaman visual yang lancar dan menyelesakan untuk kandungan video dan permainan video. Keselesaan Mata AI Sepanjang Hari juga disertakan untuk memastikan mata pengguna kekal sihat dan selesa dengan perlindungan mata 24/7.


Rekaan bergaya dan tahan lasakOPPO A78 5G menampilkan reka bentuk yang memukau dan dihiasi dengan cecincin yang gemerlapan di sekeliling modul kamera dan dihiasi dengan corak lampu bersinar yang memanjang ke plat belakang, mewujudkan sensasi pancaran cahaya yang berkilauan. Proses ikonik OPPO Glow juga diterapkan pada plat belakang untuk menghasilkan rupa penuh kilauan dengan kemasan matte bebas cap jari.



A78 5G tersedia dalam dua warna menyegarkan: Glowing Purple dan Glowing Black. Dengan berat sekadar 188g dan berukuran hanya 7.99 mm dalam ketebalan, telefon ini berpenampilan anggun dan menyediakan cengkaman selesa dalam apa jua keadaan. 

Untuk memberikan pengguna ketenangan fikiran dalam penggunaan seharian telefon, setiap A78 5G telah melalui lebih dari 320 ujian kualiti dengan teliti dan lebih dari 130 ujian daya tahan ekstrem untuk memastikan peranti ini kalis kepada percikan air, calar, hakisan, dan sebarang kesan haus serta lusuh kebiasaan yang lain.

Perkakasan yang dipertingkatkan dan ColorOS 13 mencipta pengalaman lancar yang sebenar Platform MediaTek Dimensity 700 menyediakan prestasi 5G yang berkuasa pada A78 5G dengan Pemproses Octa-Core yang efisien. Dengan konfigurasi 8GB RAM dan 128GB ROM, A78 5G menyediakan banyak memori dan ruang storan untuk kegunaan harian serta menyokong penambahan kad SD sehingga 1TB. Teknologi Penambahan RAM OPPO juga boleh meningkatkan lagi jumlah RAM sehingga 8GB (untuk versi 8GB RAM), memberikan pengalaman yang lebih lancar apabila berbilang aplikasi digunakan pada masa yang sama.

Melalui ColorOS 13, pengguna A78 5G juga akan menikmati kecekapan dan keselamatan yang dipertingkatkan pada telefon mereka. Ini adalah termasuk ciri seperti FlexDrop untuk multitugas yang lebih cekap dan Terjemahan Tiga Jari dengan Google Lens untuk menterjemah teks dalam kawasan terpilih pada tangkapan skrin. Apabila bercakap tentang privasi, Perlindungan Maklumat Foto membolehkan pengguna memadamkan metadata foto dan video dengan pantas untuk mengelakkan data peribadi sensitif daripada dibocorkan secara tidak sengaja.

Ketersediaan dalam PasaranOPPO A78 5G akan boleh didapati dalam Glowing Purple dan Glowing Black dari 14 Januari di Malaysia. Model akan dijual pada harga RM1099 di semua My OPPO Space, Kedai Jenama OPPO, Kedai Dalam Talian Rasmi OPPO, Kedai Dalam Talian Sah OPPO, Rakan Kongsi Kedai Rangkaian, rakan kongsi E-dagang dan rakan telekomunikasi seperti Maxis dan U-mobile. Bagi pengguna Celcom dan Digi, A78 5G hanya akan tersedia mulai 7 Feb dan seterusnya. Pelanggan yang membuat pembelian di Kedai Jenama OPPO akan turut menerima sebuah OPPO Band percuma bernilai RM159. Untuk info lanjut mengenai A78 5G, sila lawati https://www.oppo.com/my/smartphones/series-a/a78-5g/ 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kanvasdakwat.blogspot.com/2023/01/blog-post.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pangeran Harry Ungkap Berapa Jumlah Militan Taliban Yang Dibunuhnya Di Afghanistan

Pangeran Harry Ungkap Berapa Jumlah Militan Taliban Yang Dibunuhnya Di Afghanistan

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 103 hits
Harry awalnya bertugas di Afghanistan sebagai pengawas lalu lintas udara dari 2007 hingga 2008 kemudian menerbangkan helikopter serbu pada 2012 2013
Bantuan Khas Bernas 2023 Semakan Tarikh Jumlah Bayaran

Bantuan Khas Bernas 2023 Semakan Tarikh Jumlah Bayaran

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 380 hits
KENYATAAN MEDIA PENYALURAN BANTUAN KHAS RM10 JUTA KEPADA PESAWAH Bantuan Khas Padiberas Nasional Berhad berjumlah RM10 juta bagi tahun 2022 akan disalurkan secara berperingkat kepada pesawah Pemberian diumumkan Menteri Pertanian dan Keterja...
Ppkm Dicabut Jumlah Wisman Ke Bali Ditargetkan Capai 4 Juta Kunjungan Di 2023

Ppkm Dicabut Jumlah Wisman Ke Bali Ditargetkan Capai 4 Juta Kunjungan Di 2023

papar berkaitan - pada 2/1/2023 - jumlah : 210 hits
Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Sandiaga Uno menyampaikan pergantian tahun menjadi momentum kebangkitan pariwisata Indonesia seiring dicabutnya status PPKM Dia pun menargetkan kunjungan wisatawan mancanegara ke Bali pada 2023 mencapa...
Kim Jong Un Perintahkan Lipat Gandakan Jumlah Senjata Nuklir

Kim Jong Un Perintahkan Lipat Gandakan Jumlah Senjata Nuklir

papar berkaitan - pada 2/1/2023 - jumlah : 80 hits
Pernyataan Kim ini dilontarkan setelah Pyongyang dua kali melakukan uji coba sistem roket dengan kemampuan nuklir pada akhir pekan
Btr Fasa 1 Jumlah Bayaran Kategori Bujang Keluarga

Btr Fasa 1 Jumlah Bayaran Kategori Bujang Keluarga

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 208 hits
Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim Bantuan Tunai Rakyat akan dipercepatkan dari bulan Mac kepada Januari 2023 Rata rata penerima bantuan sebelum ini menunggu tarikh bilakah wang akan disalurkan kepada peneri...
Ekonomi Australia Kukuh Walau Jumlah Pekerjaan Turun Mendadak

Ekonomi Australia Kukuh Walau Jumlah Pekerjaan Turun Mendadak

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 177 hits
BENDAHARI Australia Jim Chalmers berkata ekonomi negara itu berada dalam kedudukan kukuh walaupun terdapat penurunan mengejut dalam jumlah pekerjaan lapor Xinhua Menurut data tenaga buruh Disember yang diterbitkan oleh Biro Perangkaan Austr...
Usai Ppkm Dicabut Jumlah Penumpang Krl Meroket 11 Juta

Usai Ppkm Dicabut Jumlah Penumpang Krl Meroket 11 Juta

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 222 hits
Jumlah penumpang kereta rel listrik Commuterline Jabodetabek telah menembus 11 juta orang Lonjakan jumlah penumpang tersebut terjadi saat memasuki pekan ketiga Januari 2023 usai PPKM dicabut
1 2 Juta Warga China Hilang Jangan Hairan Jumlah Meningkat Kepada 2 Juta 3 Tahun Lagi Ppim Samudera My 16 01 2023

1 2 Juta Warga China Hilang Jangan Hairan Jumlah Meningkat Kepada 2 Juta 3 Tahun Lagi Ppim Samudera My 16 01 2023

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 106 hits
PETALING JAYA 16 Januari 2023 Jika isu rakyat China hilang di Malaysia ini tidak dibendung jangan hairan 3 tahun akan datang jumlah yang hilang dah meningkat jadi 2 juta orang demikian kenyataan daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia Ke...
Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia

More Than Genetics How Life Experiences Shape Our Health

E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Kelebihan Berpuasa Hari Putih

Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

Ppim Sedia Bantu Cari Penyelesaian Harian Metro 17 05 2024



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


Apa Aku Buat Sekarang Ni

Pas Showing It Should Lead Pn Says Analyst

Article 153 Of The Federal Constitution Does Not Bar Opening Uitm To Non Bumiputera

Infinix Gt 20 Pro Antara Golongan Pertama Telefon Pintar Di Seluruh Dunia Yang Menyokong Pubg Mobile Dalam 120fps

Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Kdn Fc Berputih Mata Di Laman Sendiri