Operasi Waktu Puncak Bas Henti Henti Tren Dipanjangkan


KUALA LUMPUR, 1 MEI: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), pengendali perkhidmatan rel bandar dan bas henti-henti serta perkhidmatan Rapid Ferry, akan beroperasi mengikut waktu normal dari 6 pagi sehingga tengah malam mulai Isnin ini.
Langkah itu susulan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini bahawa kerajaan memutuskan untuk membuka semula sektor ekonomi secara berperingkat mulai 4 Mei tertakluk kepada syarat serta prosedur yang ketat.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana (Operasi), Muhammad Nizam Alias berkata sehubungan itu, bagi menggalakkan amalan jarakan sosial di dalam tren dan bas, perjalanan waktu puncak dipanjangkan dari 7 pagi hingga 11 pagi pada sebelah pagi dan 4 petang hingga 7 malam pada sebelah petang bagi semua perkhidmatan.
“Ini bermakna kekerapan tren yang lebih tinggi pada waktu-waktu ini,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kekerapan waktu puncak pagi dan petang untuk LRT Laluan Kelana Jaya adalah tiga minit dan bagi LRT Laluan Ampang/Sri Petaling enam minit manakala perkhidmatan MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang mempunyai kekerapan waktu puncak empat minit dan perkhidmatan monorel pula beroperasi dengan kekerapan enam minit.
Muhammad Nizam berkata pihaknya akan menempatkan staf tambahan untuk mengawal penumpang di pintu masuk stesen dan di platform bagi memastikan jarakan sosial di dalam tren.
“Ini adalah sesuatu yang amat mencabar. Kami mohon agar semua penumpang memberikan kerjasama rapat dengan staf kami dalam menjalankan tugas mereka. Kuasa untuk meneruskan usaha memutuskan rantaian penularan Covid-19 adalah di tangan orang ramai dan para pengguna perkhidmatan pengangkutan awam. Anda mesti bersedia melakukan jarakan sosial secara sukarela dan menyokong satu sama lain,” katanya.
Beliau juga berkata tren dan bas akan memiliki tanda-tanda khas untuk membantu urusan jarakan sosial dan bagi mendapatkan jarak yang sesuai, tren akan menampung 50 peratus penumpang daripada kapasiti penuh untuk rel dan 30 peratus untuk bas.
Para penumpang tren, bas dan feri dinasihati agar sentiasa memakai penutup hidung dan mulut selain mengamalkan penjagaan kesihatan peribadi khususnya mencuci tangan dengan pensanitasi tangan yang akan diletakkan di semua stesen LRT, MRT, monorel dan BRT, hab bas serta pangkalan feri.
Muhammad Nizam berkata kerja-kerja membasmi kuman di dalam tren dan bas kendalian Prasarana serta feri, termasuk di stesen dan hab bas, akan diteruskan.
Beliau berkata staf yang bertugas khususnya kapten bas, anggota polis bantuan dan kakitangan stesen akan turut diperiksa suhu badan masing-masing sebelum dibenarkan memulakan kerja.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/05/operasi-waktu-puncak-bas-henti-henti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid19 Waktu Baharu Pusat Panggilan Pusat Pengurusan Operasi Negara

Covid19 Waktu Baharu Pusat Panggilan Pusat Pengurusan Operasi Negara

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 384 hits
WAKTU BAHARU PUSAT PANGGILAN PUSAT PENGURUSAN OPERASI NEGARA MKN BERMULA 20 APRIL 2020Sebarang pertanyaan lanjut mengenai PKP boleh hubungi 03 88882010 COVID19 StayAtHome MovementControlOrder PerintahKawalanPergerakan KitaMestiMenangJabatan...
Pulau Pinang Kaji Cadangan Benar Operasi Restoran Nasi Kandar Waktu Sahur

Pulau Pinang Kaji Cadangan Benar Operasi Restoran Nasi Kandar Waktu Sahur

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 716 hits
Majlis Bandaraya Pulau Pinang akan mengkaji cadangan beberapa pengusaha nasi kandar di bahagian pulau untuk menjalankan operasi penghantaran makanan pada waktu sahur dalam tempoh perintah kawalan p0ergerakan berkuat kuasa Datuk Bandar MBPP ...
Waktu Operasi Perkhidmatan Pengangkutan Awam Sepanjang Bulan Ramadan

Waktu Operasi Perkhidmatan Pengangkutan Awam Sepanjang Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 389 hits
KENYATAAN MEDIA MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA 23 APRIL 2020 Mulai 24 April 2020 perkhidmatan pengangkutan awam di bawah kendalian Keretapi Tanah Melayu Berhad dan Prasarana Malaysia Berhad akan beroperasi dari jam 6 00 pagi hingga 10 00 pag...
Waktu Operasi Mesin Atm Kini Dihadkan Sehingga 8 Malam Sahaja

Waktu Operasi Mesin Atm Kini Dihadkan Sehingga 8 Malam Sahaja

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 325 hits
Waktu operasi mesin ATM di seluruh negara kini disingkatkan lagi dari ham 8 pagi sehingga 8 malam Pengumuman waktu operasi baharu ini diumumkan oleh menteri kanan Datuk Seri Ismail Sabri hari ini Langkah pengurangan waktu operasi ini diambi...
Grab Umum Waktu Operasi Baru Sehingga 12 Tengah Malam Untuk Grabfood Sehingga 11 Malam Untuk Grabcar

Grab Umum Waktu Operasi Baru Sehingga 12 Tengah Malam Untuk Grabfood Sehingga 11 Malam Untuk Grabcar

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 454 hits
Grab hari ini telah memulakan waktu operasi baru selari dengan pembukaan beberapa sektor ekonomi di beberapa buah negeri Perubahan baru ini memberikan kesan terhadap operasi GrabFood GrabMart dan juga GrabCar selain GrabExpress Untuk GrabEx...
Georgetown Operasi Bas Rapid Penang Beroperasi Penuh

Georgetown Operasi Bas Rapid Penang Beroperasi Penuh

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 406 hits
Perkhidmatan Bas Rapid Penang yang kekerapannya dikurangkan sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac lalu beroperasi sepenuhnya mulai hari ini kata Ketua Operasi Rapid Bus Sdn Bhd Ahmad Shabuddin Abdullah Menurutnya...
Lewatkan Sahur Waktu Berbuka Makan Dulu Kurma Insya Allah Susu Mama Tak Drop

Lewatkan Sahur Waktu Berbuka Makan Dulu Kurma Insya Allah Susu Mama Tak Drop

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 340 hits
Bukan saja ibu mengandung ibu yang menyusu badan juga ada cabaran tertentu terutama dalam menjalani ibadah berpuasa Biasanya apa yang selalu difikirkan adalah risau kekurangan susu badan seperti hari biasa Walaupun ibu menyusu tergolong dal...
Waktu Bayar Fidyah Bagi Orang Tua Orang Sakit Yang Tidak Mampu Puasa

Waktu Bayar Fidyah Bagi Orang Tua Orang Sakit Yang Tidak Mampu Puasa

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 470 hits
Bila dan bagaimana cara bayar fidyah bagi orang tua dan orang sakit yang tiada harapan sembuh Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau Semoga bermanfaat Orang yang sakit...
9 Template Jokes Bulan Puasa Yang Nggak Lekang Oleh Waktu Udah Nemu Bercandaan Begini Belum

9 Template Jokes Bulan Puasa Yang Nggak Lekang Oleh Waktu Udah Nemu Bercandaan Begini Belum

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 582 hits
Jokes ini bakal selalu muncul setiap tahun tapi tetap aja nggak ada bosen bosennya Selamat berpuasa ya
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025

Makan Malam Di Dapur Tomyam Kempas Indah

Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri

Januari 23 2025