Lewatkan Sahur Waktu Berbuka Makan Dulu Kurma Insya Allah Susu Mama Tak Drop
Bukan saja ibu mengandung, ibu yang menyusu badan juga ada cabaran tertentu terutama dalam menjalani ibadah berpuasa. Biasanya apa yang selalu difikirkan adalah risau kekurangan susu badan seperti hari biasa.
Walaupun ibu menyusu tergolong dalam golongan yang diberi keringanan atau rukhsah puasa, ada beberapa perkara yang ibu perlu faham dan boleh cuba lakukan untuk menjayakan penyusuan di bulan Ramadan ini.
Tip yang dikongsikan oleh Kaunselor Laktasi, Puan Nad Masrom melalui pengalamannya sendiri mungkin boleh membantu ibu menyusukan bayi tanpa sebarang masalah walaupun corak pemakanan sedikit berubah dalam tempoh sebulan ini.
ARTIKEL MENARIK [Mama Menyusu Risau Cepat Lapar Dan Susu Drop, Makan Rolled Oat Ketika Sahur]
TIP BERPUASA BAGI IBU MENYUSU:
1. Waktu sahur, ambil makanan yang berat seperti nasi, atau karbohidrat kompleks seperti oat, beras perang, etc yang dapat memberi rasa kenyang lebih lama. Berusahalah untuk sahur pada masa yg lewat seperti dianjurkan supaya ibu tak terlalu lapar.
2. Selepas sahur (sebelum masuk subuh), boleh memerah untuk sesi pertama. Dan sekiranya ada masa lagi sebelum azan, minumlah segelas air suam selepas memerah.
3. Sesi memerah lakukan macam biasa jika mommies bekerja. Dalam waktu bekerja ni (3-4 jam sekali).
4. Bila balik rumah, sekiranya betul-betul tak larat, boleh berikan EBM kepada baby (dengan bantuan suami atau orang lain).
5. Masuk waktu berbuka, makanlah kurma dahulu kerana kurma memberikan tenaga yang lebih cepat.
ARTIKEL MENARIK [Susu+Kurma Blend Maintain Tenaga Ibu Menyusu Ketika Puasa. Sesuai Di Ambil Waktu Sahur]
6. Minum air yang mencukupi pada waktu malam. Minum segelas-segelas tetapi kerap, bukan sekaligus berliter-liter.
Bawa botol air sentiasa (sambil tengok tv/letak tepi katil) supaya mommies ingat sentiasa untuk minum. Ini adalah penting untuk pastikan bekalan air dalam badan mommies mencukupi sewaktu berpuasa keesokan hari.
7. Dan mommies boleh memerah pada waktu malam untuk bekalan stok keesokan hari.
Dan ingatlah mommies tentang satu perkara: kalau susu mommies DROP sebenarnya bukanlah disebabkan faktor mommies berpuasa tu.
Tapi disebabkan mommies rasa letih terutama bila baru nak mula berpuasa dan menyebabkan hormon oksitosin (salah satu hormon susu) juga drop.
Jadi sangat penting untuk mommies kekal bertenaga, bersahur, minum air yang mencukupi sepanjang malam & kurangkan pengambilan makanan-makanan yang akan mengurangkan air dalam badan seperti; kafein, makanan yang terlalu berminyak, dan makanan pedas.
Sumber: FEED by Ummi Najla
The post Lewatkan Sahur & Waktu Berbuka Makan Dulu Kurma. Insya-Allah Susu Mama Tak Drop appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/lewatkan-sahur-waktu-berbuka-makan-dulu-kurma-insya-allah-susu-mama-tak-drop/