Georgetown Operasi Bas Rapid Penang Beroperasi Penuh


Perkhidmatan Bas Rapid Penang yang kekerapannya dikurangkan sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu, beroperasi sepenuhnya mulai hari ini, kata Ketua Operasi Rapid Bus Sdn Bhd Ahmad Shabuddin Abdullah.


Menurutnya bermula hari ini, semua 240 bas Rapid Penang akan mula beroperasi sepenuhnya di semua laluan, dengan waktu operasi telah ditetapkan antara 5.30 pagi hingga 11 malam setiap hari, selaras dengan Pelaksanaan Strategi Pemulihan Berperingkat Pulau Pinang, yang bermula hari ini sehingga 13 Mei.

“Perkhidmatan bas Rapid Penang akan beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) di mana bilangan penumpang dalam sesebuah bas telah dikurangkan, untuk tujuan jarakan sosial. Bas besar dengan panjang 12 meter hanya akan ambil jumlah 23 penumpang manakala bas 10 meter hanya akan muat 19 penumpang,” katanya kepada pemberita, selepas mengadakan tinjauan di terminal bas Rapid Penang di Weld Quay, di sini hari ini.



Beliau juga menasihati semua penumpang agar memakai pelitup muka, ketika menggunakan perkhidmatan bas dan mengikut arahan notis tempat duduk yang perlu dikosongkan di tempat duduk dan juga tempat berdiri.

Jelasnya, sekiranya terdapat bilangan penumpang yang beratur untuk menggunakan bas lebih dari ditetapkan, pemandu bas akan meminta penumpang, menunggu bas yang seterusnya.

“Kami akan menggunakan tempoh seminggu ini untuk memantau bilangan penumpang yang menggunakan perkhidmatan bas, dan sekiranya bilangan penumpang tidak begitu banyak, bilangan bas yang beroperasi mungkin akan dikurangkan pada minggu seterusnya,” katanya.

Menurutnya, semua pemandu bas wajib melakukan pemeriksaan suhu badan sebelum mereka memulakan tugas setiap hari, dan hanya pemandu yang sihat dan lulus saringan kesihatan sahaja dibenarkan memandu bas.

“Kami juga akan melakukan cucian dalaman dan disinfeksi untuk membasmi kuman setiap hari, terutama di kawasan yang sering diguna dan disentuh penumpang,” katanya.

Bagaimanapun Ahmad Shabuddin berkata, semua laluan ‘Congestion Alleviation Transport’ (CAT) dan ‘Central Area Transit’ Majlis Bandaraya Pulau Pinang, tidak akan beroperasi sehingga dimaklumkan kelak. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/05/georgetown-operasi-bas-rapid-penang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kebenaran Miti Beroperasi Pada Kadar Kapasiti Penuh Mama Mula Bekerja Harini

Kebenaran Miti Beroperasi Pada Kadar Kapasiti Penuh Mama Mula Bekerja Harini

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 648 hits
Semalam MITI Ada announce Kebenaran MITI Beroperasi Pada Kadar Kapasiti Penuh maka Mama pun mulalah bekerja harini Ini pengumuman melalui FB MITI Bila tengok di facebook tu ramai juga yang kurang bersetuju Macam macam komen ada di post tu d...
Parlimen Wajar Jadi Sektor Dibenar Operasi Penuh Kata Mp

Parlimen Wajar Jadi Sektor Dibenar Operasi Penuh Kata Mp

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 318 hits
MALAYSIAKINI Selepas beberapa sektor ekonomi dibenarkan beroperasi sepenuhnya MP Lembah Pantai Fahmi Fadzil berkata parlimen wajar membenarkan parlimen untuk turut beroperasi juga Parlimen sepatutnya dijadikan sektor yang dibenarkan beroper...
Operasi Waktu Puncak Bas Henti Henti Tren Dipanjangkan

Operasi Waktu Puncak Bas Henti Henti Tren Dipanjangkan

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 316 hits
KUALA LUMPUR 1 MEI Prasarana Malaysia Berhad pengendali perkhidmatan rel bandar dan bas henti henti serta perkhidmatan Rapid Ferry akan beroperasi mengikut waktu normal dari 6 pagi sehingga tengah malam mulai Isnin ini Langkah itu susulan p...
Bas Ekspres Di Sabah Akan Mula Beroperasi Pada Esok 12 Mei 2020

Bas Ekspres Di Sabah Akan Mula Beroperasi Pada Esok 12 Mei 2020

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 449 hits
Tiket bas ekspres boleh dibeli secara atas talian di aplikasi Easy Book ataupun di kaunter Terminal Bas Inanam seperti biasa Sumber Presiden Majlis Pengusaha Pengusaha Bas Ekspres Sabah Bas ekspres di Sabah akan mula beroperasi pada esok 12...
Sektor Ekonomi Yang Dibenarkan Beroperasi Pada Pkp Fasa 1 2 3 Boleh Beroperasi Pada Kapasiti Penuh Mulai Esok Miti

Sektor Ekonomi Yang Dibenarkan Beroperasi Pada Pkp Fasa 1 2 3 Boleh Beroperasi Pada Kapasiti Penuh Mulai Esok Miti

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 507 hits
KUALA LUMPUR 28 April Kerajaan bersetuju untuk membenarkan sektor ekonomi yang telah dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 1 2 dan 3 meningkatkan kapasiti beroperasi sepenuhnya dan beroperasi tanpa sekatan masa meng...
Hampir Seluruh Aktiviti Perniagaan Di Temerloh Kembali Beroperasi Dengan Waktu Operasi Yang Ditentukan

Hampir Seluruh Aktiviti Perniagaan Di Temerloh Kembali Beroperasi Dengan Waktu Operasi Yang Ditentukan

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 579 hits
Di Temerloh juga kini hampir seluruh aktiviti perniagaan kembalik beroperasi seperti biasa tetapi dengan waktu operasi yang telah ditentukan oleh pihak MPT Jadi peniaga dibenarkan untuk buka kedai kembali tetapi harus patuhi semua SOP yang ...
Kedai Gunting Rambut Masih Tidak Boleh Beroperasi

Kedai Gunting Rambut Masih Tidak Boleh Beroperasi

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 357 hits
PUTRAJAYA Kerajaan masih belum membenarkan kedai gunting rambut dibuka buat masa ini walaupun terdapat gesaan daripada ramai pihak Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia susulan terdapat beberapa laporan di Jepun ...
Pemerintah Izinkan Semua Moda Transportasi Beroperasi Besok Dengan Batasan Kriteria Penumpang

Pemerintah Izinkan Semua Moda Transportasi Beroperasi Besok Dengan Batasan Kriteria Penumpang

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 261 hits
Menteri Perhubungan Budi Karya Sumadi mengatakan semua moda transportasi direncanakan kembali beroperasi mulai Kamis besok namun dengan pembatasan kriteria penumpang Menurut Budi Kementerian Perhubungan ditugaskan untuk menjabarkan Permenhu...
Menhub Izinkan Transportasi Umum Beroperasi Lagi Hotman Aduh Kita Ini Mau Ke Mana

Menhub Izinkan Transportasi Umum Beroperasi Lagi Hotman Aduh Kita Ini Mau Ke Mana

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 234 hits
Pengacara kondang Hotman Paris Hutapea mempertanyakan wacana Menteri Perhubungan Budi Karya Sumadi yang mengizinkan transportasi umum beroperasi kembali di tengah pandemi virus corona atau covid 19 Hotman mengaku tidak mengerti ke arah mana...
7 Tempat Simpan Duit Raya Anak Yang Terbaik

Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Grief Understanding The Journey After Loss In Life

Learn Sign Language Unlocking The World Of Visual Communication

Pet Care For Ameraucana Chickens From Hatchlings To Happy Hens

Jamal Harap Sri Pahang Fc Terus Kekal Beraksi Dalam Saingan Liga Malaysia Pada Musim Depan

Frightening Panther Assault Leaves Lorry Driver Severely Injured Near Seremban

Pimpinku Ke Jannah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terjah Rumah Orang Untuk Beraya

Logo Smk Bukit Rangin Trace Logo

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta

Pulangnya Ayahanda Ke Rahmatullah

Tips Menjadikan Kotak Perfume Anda Lebih Premium Elegan

Panduan Memilih Kotak Air Freshener Yang Sesuai Untuk Produk Anda