Operasi Sar Insiden Jambatan Pulau Pinang Diteruskan Lagi Pagi Ini




GEORGE TOWN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebuah kereta bersama pemandunya yang terhumban ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang, awal pagi semalam disambung semula pukul 7 pagi hari ini.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1 ACP Rosman Ismail berkata operasi SAR yang ditamatkan kira-kira pukul 7 petang semalam dan bermula pagi ini dengan kekuatan kira-kira 30 pegawai dan anggota Pasukan Polis Marin dengan kerjasama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang.

 “Selain itu, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) turut terlibat dalam operasi hari ini dan sebanyak 5 buah bot masing-masing 2 dari Polis Marin dan JBPM serta sebuah dari APMM,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

 Menurutnya, operasi SAR hari ini diperluaskan di kawasan 40 meter persegi radius berbanding 25 meter persegi radius semalam bagi mencari kereta jenis utiliti sukan Mazda CX-5 yang terhumban itu.



 “Selain itu, 4 anggota pasukan penyelam Polis Marin turut menyelam bagi mencari kereta dan pemandunya,” katanya.

 Rosman berkata, operasi SAR dihentikan pada pukul 7 petang semalam berikutan keadaan cuaca yang semakin gelap sebelum disambung semula pagi ini.

 “Kami harap operasi SAR hari ini berjalan lancar dan dapat menemui kereta berkenaan,” katanya. Dalam kemalangan pukul 2.54 pagi itu, sebuah kereta terhumban ke dalam laut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai, dekat sini awal pagi semalam.

Pemandu kereta yang terhumban ke dalam laut itu adalah seorang lelaki dikenali sebagai Moey Yun Peng berusia 20 tahun dan merupakan pelajar sebuah kolej swasta. - Bernama

Kereta terhumban ke laut selepas kemalangan di Jambatan Pulau Pinang


GEORGETOWN: Sebuah kereta dipercayai terhumban ke laut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di Kilometer 4 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai di sini, awal hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai, Azlan Hassan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.54 pagi yang memaklumkan berlaku kemalangan membabitkan dua kenderaan dengan sebuah daripadanya terhumban ke laut.

Beliau berkata, sepasukan pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dari BBP Perai yang tiba di lokasi kejadian mendapati sebuah kenderaan jenis Toyota Vios dengan pemandunya berusia 20-an mengalami kecederaan ringan akibat kemalangan berkenaan.

"Sebuah lagi kereta yang terbabit dalam kemalangan itu dilaporkan terjatuh ke dalam laut namun pihak kami belum dapat memastikan jenis kenderaan dan status mangsa dalam kereta itu,” katanya di sini, hari ini.

Azlan berkata operasi mencari dan menyelamat kenderaan serta mangsa yang terjatuh ke dalam laut itu dijalankan oleh anggota bomba bersama dengan pasukan Polis Marin.

Sementara itu seorang pemancing di kawasan tiang bawah Jambatan Pulau Pinang yang mahu dikenali sebagai Azrul, 30-an, sedang memancing bersama dua rakan sebelum melihat sebuah kereta terhumban ke dalam laut lalu tenggelam.

Beliau bersama dua rakan cuba mencari mangsa namun tidak menemui sesiapa.

"Waktu kereta itu terjatuh memang kami nampak tapi tak sempat perasan jenis kenderaan. Kami cuba cari mangsa dengan menyuluh guna lampu picit namun tidak menjumpai sesiapa di tempat kereta terjatuh," katanya.

Beliau berkata, mereka memaklumkan kejadian itu kepada Polis Marin yang membuat rondaan di kawasan berkenaan. - BERNAMA

© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2019/01/operasi-sar-insiden-jambatan-pulau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Dalam Pasukan Sar Sibuk Mencari Suv Lelaki Ini Terjun Dari Jambatan Kedua Pulau Pinang Sambil Bersiaran Live

Video Dalam Pasukan Sar Sibuk Mencari Suv Lelaki Ini Terjun Dari Jambatan Kedua Pulau Pinang Sambil Bersiaran Live

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 833 hits
Gempar lelaki terjun dari jambatan kedua Pulau Pinang sambil bersiaran live Seorang lelaki mencuri perhatian orang awam pasukan SAR petugas keselamatan dan media dengan aksi gempar di jambatan kedua P Pinang Dalam kesibukan pasukan mencari ...
Kereta Terhumban Akhirnya Dijumpai Berhampiran Tiang Ke 34 Jambatan Pulau Pinang

Kereta Terhumban Akhirnya Dijumpai Berhampiran Tiang Ke 34 Jambatan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 527 hits
Lokasi kereta yang terhumban ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang Ahad lalu telah ditemui pada jam 4 petang hari ini Menurut polis kenderaan Mazda CX 5 terbabit ditemui 15 meter daripada tiang 34 jambatan itu Difahamkan gerakan operasi ...
Misi Menaikkan Kenderaan Suv Yang Jatuh Dari Jambatan Pulau Pinang Gagal Ini Punca Kenapa Cubaan Pertama Tidak Berjaya

Misi Menaikkan Kenderaan Suv Yang Jatuh Dari Jambatan Pulau Pinang Gagal Ini Punca Kenapa Cubaan Pertama Tidak Berjaya

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 4143 hits
PULAU PINANG 21 Jan Percubaan pertama untuk membawa naik kenderaan SUV Mazda CX5 yang terjunam ke dalam laut kira kira pukul 6 30 petang ini gagal selepas satu tali yang digunakan tidak dapat memegang kenderaan tersebut Ketika ini dua penye...
Sejak 2010 5 Kes Tercampak Dari Jambatan Pulau Pinang

Sejak 2010 5 Kes Tercampak Dari Jambatan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 249 hits
Sejak 2010 5 kes tercampak dari Jambatan Pulau Pinang Dikemas kini 32 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 21 Jan 2019 6
Suv Terhumban Dari Jambatan Pulau Pinang Ditemui

Suv Terhumban Dari Jambatan Pulau Pinang Ditemui

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 384 hits
Pasukan mencari dan menyelamat melakukan operasi berdekatan Jambatan Pulau Pinang 21 January 2019 Foto oleh Opalyn MokGEORGE TOWN 21 Jan Kenderaan utiliti sukan Mazda CX 5 yang terhumban ke dalam laut selepas terlibat kemalangan dengan sebu...
Selepas Suv Dalam Laut Gempar Lelaki Cuba Aksi Bunuh Diri Di Jambatan Pulau Pinang

Selepas Suv Dalam Laut Gempar Lelaki Cuba Aksi Bunuh Diri Di Jambatan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 703 hits
GEORGE TOWN Dalam kesibukan pasukan mencari dan menyelamat menjalankan kerja kerja menaikkan kenderaan SUV yang terlibat dalam kemalangan hingga terjunam ke laut di Jambatan Pulau Pinang seorang lelaki mencetuskan gempar apabila melakukan a...
Video Detik Detik Bagaimana Kereta Suv Boleh Terhumban Ke Dalam Laut Di Jambatan Pulau Pinang Rupanya Ini Yang Terjadi

Video Detik Detik Bagaimana Kereta Suv Boleh Terhumban Ke Dalam Laut Di Jambatan Pulau Pinang Rupanya Ini Yang Terjadi

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 1070 hits
GEORGE TOWN 20 Jan Sebuah kereta terhumban ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di kilometer 4 0 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai di sini awal hari ini Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Perai Azlan...
Rakaman Dashcam Sebelum Kereta Dipercayai Terbabas Ke Dalam Laut Di Jambatan Pulau Pinang

Rakaman Dashcam Sebelum Kereta Dipercayai Terbabas Ke Dalam Laut Di Jambatan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 456 hits
Video dari dashcam yang menunjukkan kemalangan di KM 4 0 Jambatan Pulau Pinang awal pagi Ahad Kereta Vios dilihat dipandu dalam keadaan melulu dan merempuh SUV Mazda CX5 putih Pihak bomba sehingga kini masih mencari kenderaan dipercayai ter...
Misteri Tiang 56 Buaya Putih Jambatan Pulau Pinang

Misteri Tiang 56 Buaya Putih Jambatan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 1064 hits
Foto Sofi RGBTak ramai generasi muda penduduk utara yang mengetahui kisah Urban Legend tentang pembinaan Jambatan ini Ketika awal pembinaan sekitar tahun 80 an Dikatakan pembinaan jambatan ini memerlukan ritual pemujaan Buaya Putih Bernama ...
Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Consultant

Slot168 Top 10 By Dawna Happy168 Life Slot168 25 2568


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Resepi Kerabu Nangka Muda Stail Kenduri Di Kedah

Pakej Haji Swasta Premium 2025 Bersama Mkm Ticketing Travel Tours

Guru Membuat Kerja Sambilan Merosakkan Institusi Pendidikan Negara

Special Offer Kepada Non Muslim

The Role Of Tankless Water Heaters In Contemporary Home Design

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order