Op Global Kronologi Kes Gisbh Setakat 29 September




KUALA LUMPUR – Op Global yang dilaksanakan bagi membanteras kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban agama yang dikaitkan dengan GlSB Holdings Sdn Bhd (GISBH) kini memasuki fasa empat.
Sejak Op Global fasa pertama bermula pada awal September, lebih 300 orang termasuk pengurusan tertinggi GISBH ditahan, 572 mangsa diselamatkan serta lapan individu telah dituduh di mahkamah atas 33 pertuduhan.
Berikut adalah kronologi kes yang dikemas kini dari 28-29 September 2024:
28 September
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dalam kenyataan media hari ini berkata pihaknya sedang menyiasat dakwaan dibuat melalui akaun Facebook Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS), mengenai kewujudan pusat kuarantin GISBH di beberapa lokasi dalam dan luar negara.
Beliau berkata, pusat kuarantin itu dipercayai digunakan untuk aktiviti indoktrinasi serta penderaan mental terhadap ahli GISBH yang bermasalah.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Fatwa MKI), hanya akan mengeluarkan pandangan hukum mengenai GISBH dan bukan fatwa.
Beliau berkata, fatwa berkaitan GISBH akan diputuskan oleh setiap negeri di negeri masing-masing.
Selain itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, sebahagian kanak-kanak penghuni rumah amal dikaitkan dengan GISBH, berdepan risiko diisytihar anak wati’ syubhah, iaitu anak yang lahir daripada persetubuhan tidak sah jika tiada pengakuan nasab yang sahih daripada ibu bapa mereka.
Beliau berkata, dalam undang-undang syariah khususnya melalui Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984 menetapkan bahawa, pengiktirafan nasab seseorang anak bergantung kepada status pernikahan ibu dan bapa.
Di Selangor, permohonan polis untuk mereman tujuh individu berusia 18 hingga 55 tahun selama tujuh hari, bagi membantu siasatan berkaitan kes GISBH dibenarkan Mahkamah Majistret Shah Alam, di sini hari ini.
Kesemua mereka dipercayai empat isteri pemimpin kanan GIBSH, dengan seorang daripadanya warga asing serta dua wanita dan seorang lelaki, ditahan di sekitar Rawang, pada Jumaat malam.
Dalam pada itu, Ketua Divisyen Kutipan Lembaga Zakat Selangor (LZS), Mohd Fikri Naim Harun mengesahkan LZS tidak pernah menerima sebarang jenis bayaran zakat daripada GISBH dan anak syarikatnya.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pula berkata, Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil tindakan dengan mengarahkan semua premis GISBH di negeri ini ditutup, serta merampas segala aset syarikat berkenaan.
29 September
Di Selangor, tempoh reman dua individu berumur dalam lingkungan 50-an termasuk seorang dipercayai berperanan sebagai pengendali aliran tunai untuk GISBH yang tamat hari ini, dilanjutkan selama lima hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Shah Alam, di sini.
Di Kelantan, Mahkamah Majistret Machang membenarkan tempoh reman terhadap seorang mudir sebuah sekolah rendah integrasi berusia 66 tahun yang dikaitkan dengan GISBH disambung tiga hari bermula esok bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Dalam pada itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, tiada ahli Pas Kelantan terlibat dengan GISBH atau Al-Arqam, dan menegaskan kedua-dua entiti tersebut adalah berbeza. – Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Source link
The post Op global: Kronologi kes GISBH setakat 29 September appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/op-global-kronologi-kes-gisbh-setakat-29-september/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kronologi Kes Gisbh Setakat Hari Ini

Kronologi Kes Gisbh Setakat Hari Ini

papar berkaitan - pada 22/9/2024 - jumlah : 131 hits
BERNAMAKuala Lumpur Hari ini polis melaksanakan Op Global yang menyaksikan serbuan terhadap 20 rumah amal yang dikaitkan dengan GlSB Holdings Sdn Bhd yang didakwa terbabit dalam kegiatan eksploitasi kanak kanak dan dakwaan doktrin ketaasuba...
Op Global Dedah Anomali Ini Kronologi Kes Gisbh

Op Global Dedah Anomali Ini Kronologi Kes Gisbh

papar berkaitan - pada 21/9/2024 - jumlah : 120 hits
KUALA LUMPUR 20 Sept Pada 11 Sept lepas polis melaksanakan Op Global yang menyaksikan serbuan terhadap 20 rumah amal yang dikaitkan dengan GlSB Holdings Sdn Bhd yang didakwa terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak kanak dan dakwaan doktri...
Gisbh Kronologi Perkembangan Terkini Kes Gisb Holdings

Gisbh Kronologi Perkembangan Terkini Kes Gisb Holdings

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 83 hits
GISBH Kronologi Perkembangan Kes Eksploitasi Agama kanak kanak Global Ikhwan Baru baru ini kecoh mengenai serbuan pihak polis di premis GISB GISBH yang dikatakan mengeksloitasi agama dan kanak kanak Operasi yang dipanggil Operasi Op Global ...
Hiburan Mpox Satu Kes Positif Direkod Pada 16 September Pesakit Kini Sedang Isolasi Stabil

Hiburan Mpox Satu Kes Positif Direkod Pada 16 September Pesakit Kini Sedang Isolasi Stabil

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 72 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan bahawa negara ini merekodkan kes positif mpox yang pertama dan ia merupakan varian clade II Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata pesakit tersebut tiada rekod perjalan...
3 Suspek Kes Liwat Rumah Amal Gisbh Didakwa Esok

3 Suspek Kes Liwat Rumah Amal Gisbh Didakwa Esok

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 68 hits
Tiga suspek itu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban esok KUALA LUMPUR Tiga suspek kes liwat yang ditahan dalam Op Global baru baru ini akan didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban esok Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata tiga in...
Rampasan Op Global Jadi Bukti Tentu Status Akidah Pengikut Gisbh

Rampasan Op Global Jadi Bukti Tentu Status Akidah Pengikut Gisbh

papar berkaitan - pada 22/9/2024 - jumlah : 87 hits
freemalaysiatoday com22 Sep 2024Jakim berkata bahan bukti itu akan dijadikan asas dalam kertas laporan untuk dibincang dan diputuskan Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Ketua Polis Negara Razarudin Husain semalam memaklu...
Kes Gisbh Pas Seru Henti Menghukum Sebelum Keputusan Mahkamah

Kes Gisbh Pas Seru Henti Menghukum Sebelum Keputusan Mahkamah

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 70 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 30 2024 11 19 AMPAS menggesa masyarakat berhenti daripada menghukum kontroversi membabitkan Global Ikhwan Sdn Bhd Holding selagi mana kes berkenaan belum diputuskan mahkamah Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim...
Ada Isu Yang Lebih Besar Dari Penderaan Kanak Kanak Dalam Kes Gisbh

Ada Isu Yang Lebih Besar Dari Penderaan Kanak Kanak Dalam Kes Gisbh

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 50 hits
Ada Isu Yang Lebih Besar Dari Penderaan Kanak Kanak Dalam Kes GISBH Sejak tular berita mengenai kes GISBH tumpuan masyarakat lebih terarah kepada penganiayaan dan penderaan kanak kanak Tidak kita nafikan sikap manusia yang menunggang agama ...
Sbdj Siri 213 Tak Rela Mati Katak

Khadijah Ibrahim Injured In Sabah Road Accident

Create A Luxury Brand Name

12 Kit Ujian Kehamilan Terbaik Paling Tepat

Mahkota The Byelection That Shouldn T Have Been

Doa Memejamkan Mata Mayit

Come Back On Track 2024

Sentuhan Selamat Dan Akta Kanak Kanak 2001


echo '';
5 Isu Utama Pelajar Genius Usia Muda Masuk Universiti Awal

Resepi Sup Ayam Thai Paling Menarik dan Senang Dibuat Rasa Sekali Pasti Terpikat

Cara Undi Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Mingguan Akhir 30 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton

Muzikal Lawak Superstar 2024 Keputusan Markah Mingguan Peserta Musim 4 Kemaskini Setiap Minggu Selepas Live

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Salju Rindu Di Bumi Auckland Tonton


Betul Ke Anak Jadi Degil Sebab Tak Buat Aqiqah Ini Pencerahan Ustaz

Zarina Zainuddin Luah Rasa Rindu Anak Bongsu Kini Di Uitm

Kembali Menjejak Bumi Guangzhou

Penghasilan Bahan Api Dari Biojisim Lignoselulosa

The Joy In Little Things

Cara Mudah Solat Jenazah