Ada Isu Yang Lebih Besar Dari Penderaan Kanak Kanak Dalam Kes Gisbh



Ada Isu Yang Lebih Besar Dari Penderaan Kanak-Kanak Dalam Kes GISBH  
Sejak tular berita mengenai kes GISBH, tumpuan masyarakat lebih terarah kepada penganiayaan dan penderaan kanak-kanak.
Tidak kita nafikan, sikap manusia yang menunggang agama dan bertopengkan penampilan Islam melakukan penderaan kanak-kanak adalah sesuatu yang sangat keji.
Mereka tidak sekadar membuat penderaan, tetapi dilaporkan juga kanak-kanak tersebut diajar meliwat dan dipaksa diliwat.
Tetapi di sebalik tumpuan kita terhadap kes penderaan kanak-kanak yang berlaku di GISBH, jangan kita lupa, ada isu yang lebih besar.
Dalam artikel sebelum ini, ada didedahkan apa kaitan GISBH, Rufaqa’ dan Al Arqam.
Apa yang mengikat ketiga-tiga pertubuhan ini adalah ajaran sesat yang diasaskan oleh pengasas Al Arqam, Asha’ari Muhammad.
Walau pun Al Arqam yang diasaskan oleh Asha’ari sudah diharamkan sepenuhnya, namun ajaran sesat tersebut tetap dipertahankan oleh isteri beliau Ummu Jah.
Ummu Jah adalah pengasas kepada Rufaqa’.
Apabila ianya disedari oleh pihak berkuasa, tindakan diambil dan Ummu Jah dipanggil serta Rufaqa’ diharamkan kerana terbukti cuba menghidupkan ajaran sesat yang diasaskan Asha’ari.
Selepas pengharama Rufaqa’, ideologi sesat tersebut tetap dihidupkan semula di dalam GISB yang kemudiannya dijenamakan semula sebagai GISBH.
Persoalannya sekarang adalah mengapakah pengikut ajaran sesat Aurad Muhammadiyah terlalu taksub untuk berpegang kepada ideologi sesat mereka?
Apa Aurad Muhammadiyah Aurad Muhammadiyah diasaskan oleh Syeikh Muhammad As-Suhaimi.
Walau pun beliau telah meninggal pada tahun 1925, tetapi Asha’ari mendakwa As-Suhaimi tidak mati.
Sebaliknya Ashaari mendakwa As-Suhaimi adalah Imam Mahdi yang ghaib buat seketika sebelum kembali untuk memimpin umat Islam.
Asha’ari yang mengqiyaskan As-Suhaimi dengan Ashab al-Kahfi dan Nabi Khidir.
Ciri-Ciri Aurad Muhammadiyah Versi Asha’ari As-Suhaimi, pengasas Aurad Muhammadiah, berjumpa Rasulullah SAW dalam jaga dan menerima Aurad Muhammadiah daripada Baginda Rasulullah SAW di dalam Kaabah. As-Suhaimi tidak mati, tetapi ghaib dan akan muncul semula sebagai Imam Mahdi. Beliau adalah khalifah Rasulullah SAW dan meletakkan setaraf dengan Khulafa’ Al-Rasyidin. Rasulullah SAW, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemui secara jaga (majlis yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka datang untuk mengesahkan sesuatu yang diperlukan oleh pengikut-pengikut Al-Arqam. Umpamanya mengenali siapa yang taat dan siapa yang tidak taat kepada Al-Arqam dan pemimpinnya. Beliau dipercayai kononnya boleh datang menolong apabila diseru namanya. Ashaari dipercayai, selain seorang yang soleh, wali yang mempunyai karamah, dan seorang Mujaddid akhir zaman. Ashaari mendakwa dirinya dari keturunan Bani Tamim. Iaitu satu rumpun dengan keturunan Nabi Muhammad SAW yang memegang panji-panji Al-Mahdi. Ajaran Sesat Yang Memesongkan Aqidah Sangat Merbahaya Bagi kita yang waras fikiran serta serta mempunyai asas agama yang kukuh, sudah tentu akan menolak ciri-ciri Aurad Muhammadiyah versi Asha’ari.
Tetapi jangan kita lupa, ciri-ciri yang ternyata sesat itu bukan sahaja berjaya mempengaruhi golongan marhaein, tetapi juga golongan profesional yang berpendidikan tinggi.
Tidak terhadam oleh akal kita, bagaimana golongan tersebut boleh menerima ciri-ciri sesat tersebut dengan taksub.
Untuk rekod, kes Aurad Muhammadiyah bukannya satu-satu ajaran sesat yang pernah tersebar di negara kita.
Mengapakah pengasas ajaran sesat di negara kita begitu berani menyebarkan ajaran mereka sedangkan kita mempunyai pihak berkuasa yang khusus berkaitan agama?
Sekiranya di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat, penganut ajaran sesat akan diperangi dan dibunuh sekiranya mereka tidak mahu bertaubat.
Bagaimana dengan undang-undang di negara kita?
Oleh kerana pentadbiran agama berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, maka hukuman adalah berbeza.
Namun secara amnya, penyebar serta pengikut ajaran sesat hanya boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 2 tahun atau denda tidak lebih RM3,000!!!
Semurah itukah aqidah umat Islam di negara kita?
Kita sibuk memperkatakan tentang 5 ciri Maqasid Syariah dalam tadbir urus.
Tetapi hukuman kerana mencuri Nescafe lebih berat dari hukuman orang yang merosakkan aqidah umat Islam.
Kita berkempen ke sana sini mengenai 6 Nilai Teras Malaysia Madani.
Namun hukuman ke atas penyeludup diesel jauh lebih berat dari hukuman orang yang merosakkan aqidah umat Islam.
Bukankah agama rasmi negara kita adalah Islam?
Sudah sampai masanya kita memperkasakan undang-undang syariah tanpa ada agenda politik di belakangnya.
Ingat, aqidah adalah batasan yang menentukan keislaman atau kekafiran manusia.
 
Ada Isu Yang Lebih Besar Dari Penderaan Kanak-Kanak Dalam Kes GISBH  
Di Syorkan Untuk Anda: PRK Mahkota: Jangan Di Lupakan Sumbangan Parti Sekutu Kelantangan Dr Akmal Atau Kelemahan DAP Jadi Punca Kemerosotan Undi Cina Kekalahan Di Mahkota Membuka Ruang Untuk PAS Ambil Alih PN  
Temui Kami: My TV Online Telegram Twitter Facebook Youtube Tiktok The post Ada Isu Yang Lebih Besar Dari Penderaan Kanak-Kanak Dalam Kes GISBH appeared first on My TV ONLINE.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://my-tv.online/2024/10/01/ada-isu-yang-lebih-besar-dari-penderaan-kanak-kanak-dalam-kes-gisbh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Isu Gisbh Sebahagian Kanak Kanak Yang Diselamatkan Di Bin Kan Abdullah

Hiburan Isu Gisbh Sebahagian Kanak Kanak Yang Diselamatkan Di Bin Kan Abdullah

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 113 hits
Difahamkan pihak Polis Diraja Malaysia sudah mengenal pasti sebahagian ibu bapa daripada 329 kanak kanak yang diselamatkan dari rumah amal kendalian syarikat GISB Holdings Sdn Bhd Advertisement Kebanyakan di bin kan Abdullah Menurut Ketua P...
Kanak Kanak Gisbh Berdepan Isu Kesihatan Mental

Kanak Kanak Gisbh Berdepan Isu Kesihatan Mental

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 152 hits
Oleh Syeikh Baran Kementerian Kesihatan mengenal pasti ada kanak kanak yang diselamatkan daripada rumah amal kendalian GISB Holdings Sdn Bhd berdepan isu kesihatan mental dipercayai akibat trauma dihadapi Menurut Timbalan Menteri Kesihatan ...
Ir Razali Kassim Lima Kanak Kanak Mangsa Gisbh Di Rawat Di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah

Ir Razali Kassim Lima Kanak Kanak Mangsa Gisbh Di Rawat Di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 163 hits
TEMERLOH Lima kanak kanak yang ditemui ketika dalam serbuan di dua premis rumah kebajikan bawah kelolan Global Ikhwan Services and Business Holdings kini menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Exco Kerja Raya Pengangkutan dan K...
Kenali Sentuhan Kanak Kanak Selamat Dan Tidak Selamat Bagi Kes Pedofilia Kanak Kanak

Kenali Sentuhan Kanak Kanak Selamat Dan Tidak Selamat Bagi Kes Pedofilia Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 111 hits
Kenali Sentuhan Kanak Kanak Selamat dan Tidak Selamat Jom ketahui apakah itu Sentuhan Kanak Kanak yang selamat dan tidak selamat Mendidik anak anak mengenai sentuhan selamat dan tidak selamat merupakan langkah penting untuk melindungi merek...
Polis Gempur Markas Gisbh Kanak Kanak Tular Dirotan Berjaya Diselamatkan

Polis Gempur Markas Gisbh Kanak Kanak Tular Dirotan Berjaya Diselamatkan

papar berkaitan - pada 22/9/2024 - jumlah : 132 hits
Kanak kanak tular dirotan oleh seorang lelaki dipercayai ahli GISBH telah diselamatkan susulan Op Global yang dijalankan pihak polis sewaktu menggempur markas organisasi berkenaan Markas digempur polis Memetik laporan dari Sinar Harian Ketu...
Op Global Dedah Anomali Ini Kronologi Kes Gisbh

Op Global Dedah Anomali Ini Kronologi Kes Gisbh

papar berkaitan - pada 21/9/2024 - jumlah : 249 hits
KUALA LUMPUR 20 Sept Pada 11 Sept lepas polis melaksanakan Op Global yang menyaksikan serbuan terhadap 20 rumah amal yang dikaitkan dengan GlSB Holdings Sdn Bhd yang didakwa terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak kanak dan dakwaan doktri...
Hiburan Tiada Dokumen Sah Lahir Nasab Kanak Kanak Gisbh Akan Ditentukan Oleh Mahkamah Syariah Negeri

Hiburan Tiada Dokumen Sah Lahir Nasab Kanak Kanak Gisbh Akan Ditentukan Oleh Mahkamah Syariah Negeri

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 212 hits
Melalui laporan nasab kanak kanak GISB Holdings akan ditentukan oleh mahkamah syariah susulan tidak mempunyai dokumen sah lahir daripada pernikahan mengikut syarak Mahkamah syariah tentukan nasab Menurut menteri di Jabatan Perdana Menteri i...
Ppim Tak Pernah Tahu Isu Gisbh Sebelum Ia Didedahkan Nadzim Sinar Harian 21 09 2024

Ppim Tak Pernah Tahu Isu Gisbh Sebelum Ia Didedahkan Nadzim Sinar Harian 21 09 2024

papar berkaitan - pada 21/9/2024 - jumlah : 179 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia menafikan dakwaan yang menuduh pertubuhan bukan kerajaan itu bersekongkol melindungi ahli kumpulan GlSB Holdings Sdn Bhd dan turut mengamalkan ajaran sesat Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan be...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Didie Alias Datang Lawat Amyza Aznan Beri Semangat Rai Hari Jadi Ke 19 Andre Di Wad

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya