Gisbh Kronologi Perkembangan Terkini Kes Gisb Holdings


GISBH : Kronologi & Perkembangan Kes Eksploitasi Agama & kanak-kanak Global Ikhwan (GISB Holdings)
Baru-baru ini kecoh mengenai serbuan pihak polis di premis GISB @ GISBH yang dikatakan mengeksloitasi agama dan kanak-kanak.
Operasi yang dipanggil Operasi Op Global itu turut dibantu 287 individu iaitu rakan strategik daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kimia Malaysia bagi membanteras kegiatan jenayah itu.
Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi butiran lanjut dan perkembangan terkini mengenai kes GISB @ GISBH tersebut.
Baca juga:
Semakan Status Halal JAKIM Logo Halal Luar Negara Doa Sambutan Maulidur Rasul  Pengenalan GISB Holdings @ GISBH @ Ikhwan GISB @ GISBH adalah singkatan kepada nama syarikat Global Ikhwan Sdn. Bhd dan Global Ikhwan Services and Business Holdings.
Ia merupakan syarikat Bumiputera Islam yang diasaskan sejak dari tahun 2000 lagi oleh Allahyarham Ustaz Ashaari Muhammad (bekas pemimpin Al-Arqam yang telah diharamkan kerajaan).
Kini, Datuk Haji Nasiruddin Mohd Ali merupakan Pengerusi Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif di GISB Holdings.
Antara anak syarikat GISBH ialah Ikhwan TV, Rangkaian, Bakeri GISB, Restoran dan Ketering; Industri GISB, Harta dan Pembangunan GISB; Perundangan & Perkhidmatan GISB; dan GISB Medicare.
Kredit: GISBH Menurut laman web rasmi mereka, rangkaian perniagaan GISBH sekarang berada di 16 buah negara dan mempunyai premis perniagaan sebanyak 412 buah.
Sumber: Youtube Ikhwan TV / Korporat Video : Profail GISB Holdings 2024 Produk & Perkhidmatan GISB @ GISBH GISBH menyediakan produk dan perkhidmatan keperluan masyarakat Islam khususnya yang halal lagi suci.
Antaranya seperti pelbagai jenis roti dan bun, produk bakeri, mee kuning, kuey teow, bihun, produk sejuk beku, sos dan kicap, air minuman, jus, air buahan, minyak masak dan sebagainya.
Kredit: GISBH Latar Belakang Operasi Op Global Pada Rabu lalu (11 September 2024), pihak polis menjalankan serbuan kepada 18 premis premis di Selangor melibatkan 7 daerah manakala 2 lagi premis dikesan di Negeri Sembilan berkaitan dengan siasatan eksloitasi agama dan kanak-kanak.
Seramai 171 orang  terdiri tenaga pengajar, penjaga asrama dan pengerusi pusat pengajian telah ditahan. Individu ditahan terdiri 66 lelaki dan 105 perempuan berusia 17 hingga 64 tahun.
Manakala 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara 1 dan 17 tahun diselamatkan dalam serbuan tersebut disyaki menjadi mangsa eksplotasi, pengabaian dan penganiayaan di premis dipercayai milik sebuah kumpulan berkenaan. Sejumlah 201 daripadanya adalah kanak-kanak lelaki dan 201 pula kanak-kanak perempuan.
Setakat ini, pihak polis telah membuka lapan kertas siasatan mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611]; Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [792]; Akta Antipemerdangan Orang dan Antipenyeludupan Migram 2007 [Akta 670] Kanun Keseksaan [Akta 574] dan undang-undang lain yang sedang berkuat kuasa.
MODUS OPERANDI
Mengikut kenyataan dari Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, modus operandi yang dilakukan GISB @ GISBH, mangsa-mangsa diajar, dididik meliwat dan seterusnya mangsa diliwat oleh penjaga dan (mangsa juga) dipaksa untuk meliwat penghuni kanak-kanak yang lain.
Selain itu, mangsa-mangsa yang tidak sihat juga tidak dibenarkan untuk mendapat rawatan di klinik sehingga keadaannya kritikal. Apa yang lebih menjijikkan ada petugas-petugas yang menyentuh tubuh badan mangsa yang sakit dengan alasan kononnya untuk mengamalkan perubatan bagi merawat sakit.
Mangsa kanak-kanak juga digunakan dengan meminta simpati orang ramai untuk memberi sumbangan. Mereka ini juga ada yang dicederakan dengan menggunakan objek panas atas alasan mereka degil dan tidak mendengar arahan.
Bahkan dari siasatan, ada 3 hingga 5 orang kanak-kanak berusia lima tahun dicederakan lengannya dengan sudu panas kerana mereka melakukan kesalahan.
Kredit: BERNAMA @beritaalhijrah114 Polis hari ini menyerbu 18 premis milik Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, seramai 402 kanak-kanak berusia antara tujuh bulan hingga 17 tahun telah diselamatkan polis dalam serbuan yang dijalankan pagi tadi.
♬ original sound – Berita AlHijrah – Berita AlHijrah Bentuk Penderaan Dalam Rumah Kebajikan Pelbagai bentuk penderaan fizikal telah dilakukan sejak 10 tahun yang lalu di dalam rumah kebajikaan naungan syarikat berkenaan. Dikatakan empat laporan polis dibuat oleh ahli keluarga penghuni rumah kebajikan tersebut.
Berikut antara bentuk penderaan dilakukan rumah kebajikan tersebut seperti diceritakan sumber:
Tangan dibakar, disuruh mencabut rumput sehingga penuh plastik hitam. Kanak-kanak lelaki diliwat dan kemudian dipaksa meliwat rakan mereka. Anak-anak dipisahkan daripada ibu bapa, hanya dibenarkan berjumpa dua kali seminggu. Pasangan suami isteri perlu ikut jadual ditetapkan jika ingin bersama. Mereka yang ingin berkahwin tidak boleh pilih, pasangan ditetapkan oleh pengurusan tertinggi syarikat. Selepas berkahwin, tidak dibenarkan tinggal bersama dan diasingkan. @pukasmalaysia Pengakuan GISBH Kaya Dengan Scam Rumah Amal Mokhtar mengakui bahawa GISBH menyuruh ahli-ahli GISBH mendaftar NGO dan Yayasan untuk menubuhkan 120 buah rumah amal di seluruh Malaysia. Mereka menempatkan anak-anak GISBH di sana dan pada masa yang sama mereka dakwa itu ialah anak yatim dan asnaf miskin untuk meminta derma. Setiap tahun mereka mendapat puluhan juta derma daripada pelbagai pihak. Mereka juga menyuruh kanak-kanak ini menipu status mereka sebagai yatim jika ditanya oleh orang luar. Walhal mereka adalah anak ahli GISBH yang mak bapak masih hidup dan menjadi hamba kerja GISBH. Mokhtar mengakui perbuatan itu salah dan pihak kerajaan perlu siasat jenayah scam ini. #PusatKajianAjaranSesat #bangkitislam #GISB #alarqam #banterasajaransesat #malaysia #indonesia #singapura #brunei #thailand #fyp #fypシ #fypシ゚viral #YTJT
♬ original sound – Pusat Kajian Ajaran Sesat – Pusat Kajian Ajaran Sesat Perkembangan Terkini Kes GISBH [18 September 2024] Seorang ahli kumpulan GISBH, Mohamad Riza Makar, 39, mengaku tidak bersalah dihadapan Majistret, Ahmad Afiq Hasan di Mahkamah Majistret Putrajaya atas tuduhan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan terhadap seorang wanita.
Berdasarkan pertuduhan tersebut, lelaki tersebut menakutkan secara jenayah dengan mengatakan ‘kami tahu dekat mana rumah suami dan keluarga’ ke atas wanita berusia 25 tahun di tempat letak kenderaan Galeria, Presint 4 di sini kira-kira jam 10 malam, pada 9 September lalu.
Perkataan itu diucapkan atas niat hendak menyebabkan kegentaran supaya bekas ahli GISBH itu untuk menarik balik laporan polis.
Hukuman seksyen ini akan memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit salah.
Daripada jaminan RM30,000, makhamah bersetuju untuk mengurangkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dengan tertuduh tidak boleh mendekati pengadu serta perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan sehingga sebutan kes itu pada 18 Oktober ini.
Kredit: Malay Mail Dalam masa yang sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin bin Husain juga memaklumkan bahawa sebanyak 740 rakaman percakapan telah dilaksanakan berhubung siasatan ke atas GISBH menerusi Op Global pada fasa pertama dan kedua.
Daripada jumlah yang direkodkan, 30 adalah rakaman percakapan pengadu, saksi (216), mangsa (392) dan suspek (102).
Jumlah kumulatif kertas siasatan yang telah dibuka bagi Fasa 1 dan 2 adalah sebanyak 33 kertas siasatan.
Siasatan kini berada di fasa kedua bermula pada 11 September selepas fasa pertama dimulakan 2 September lalu.
Kata beliau lagi, sebanyak 10 kertas siasatan dibuka pada Fasa 1 iaitu masing-masing enam di Selangor dan Negeri Sembilan (4), manakala Fasa 2 melibatkan 23 kertas siasatan iaitu 16 di Selangor, Negeri Sembilan (2), Perlis (1) dan Kuala Lumpur (1).
Intipati Penting Sidang Media Ketua Polis Negara – 17 September 2024
PDRM membekukan 96 akaun bank membabitkan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) dianggarkan bernilai lebih RM581,000, mengikut Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA). Seramai 392 kanak-kanak yang diselamatkan dalam serbuan menerusi Op Global pada 11 September lalu selesai menjalani proses saringan kesihatan. Hasil pemeriksaan, wujudnya elemen jenayah seperti penderaan fizikal dan emosi, pengantunan kanak-kanak, buruh kanak-kanak, pengabaian serta kekurangan zat makanan. Sebahagian kanak-kanak ini sudah di bin kan dengan Abdullah disebabkan perkahwinan awal tidak didaftarkan. Seramai 149 kanak-kanak berusia antara setahun sehingga 10 tahun diberi perintah jagaan sementara mengikut Seksyen 25(2) Akta Kanak-Kanak 2001 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di empat lokasi selamat. Baki 243 mangsa masih ditempatkan di Pulapol akan dipindahkan ke pusat jagaan sementara secara berperingkat. Agong Titah Siasatan Terperinci Isu GISBH
LIVE: SIDANG MEDIA KETUA POLIS NEGARA [17 September 2024] Kini sedang berlangsungnya Sidang Media Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain di Mes Pegawai Kanan, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.
Tonton di Facebook Live Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) melalui pautan berikut: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/551225770843478/
Kenyataan Akhbar GISBH [11 September 2024] Pada 11 September 2024, Syarikat Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) telah mengeluarkan sebuah kenyataan rasmi terhadap tuduhan-tuduhan terbabit.
Dalam kenyataan tersebut, mereka menyifatkan tuduhan didikan meliwat dan diliwat melibatkan kanak-kanak di rumah amal kendalian mereka sebagai satu tuduhan yang berat dan boleh menimbulkan prasangka serta fitnah.
Sumber :Facebook GISB HOLDINGS SDN BHD Sumber:
Laman web GISB Holdings, Berjiwa dan Membahagiakan. gisbh.com Facebook GISB HOLDINGS SDN BHD Facebook PUKAS Malaysia Facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/gisbh/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=gisbh

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gisb Gisbh Kes Eksploitasi Agama Kanak Kanak Terkini

Gisb Gisbh Kes Eksploitasi Agama Kanak Kanak Terkini

papar berkaitan - pada 12/9/2024 - jumlah : 81 hits
GISB GISBH Kes Eksploitasi Agama kanak kanak Perkembangan Terkini Baru baru ini kecoh mengenai serbuan pihak polis di premis GISB GISBH yang dikatakan mengeksloitasi agama dan kanak kanak Operasi yang dipanggil Operasi Op Global itu turut d...
Kes Gisbh 13 Kanak Kanak Disyaki Mangsa Liwat

Kes Gisbh 13 Kanak Kanak Disyaki Mangsa Liwat

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 69 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 13 2024 11 03 AMSeramai 13 penghuni rumah kebajikan yang bernaung di bawah syarikat Global Ikhwan Service and Business Holding dipercayai menjadi mangsa liwat selepas 172 daripada 392 mangsa eksploitasi berke...
Kes Gisbh Dr Maza Dakwa Jakim Lambat Bertindak

Kes Gisbh Dr Maza Dakwa Jakim Lambat Bertindak

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 67 hits
Malaysiakini nbsp Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia lambat bertindak terhadap isu penyelewengan akidah membabitkan Global Ikhwan Service and Business Holding Mohd Asri mendakwa isu berkaitan GISBH...
Ayda Jebat Kongsi Perkembangan Terkini Anak Kedua Ramai Geram Tengah Badan Semangat Aali Bambamnya

Ayda Jebat Kongsi Perkembangan Terkini Anak Kedua Ramai Geram Tengah Badan Semangat Aali Bambamnya

papar berkaitan - pada 9/9/2024 - jumlah : 56 hits
Penyanyi Ayda Jebat jarang jarang berkongsi kisah anak keduanya Aali Mateen yang kini semakin membesar Namun perkongsian penyanyi itu di Instagramnya baru baru ini menarik perhatian ramai Menerusi entri itu wajah si comel Aali Mateen yang k...
Jakim Diarah Jumpa Gisb Holdings Tak Berkompromi Soal Akidah

Jakim Diarah Jumpa Gisb Holdings Tak Berkompromi Soal Akidah

papar berkaitan - pada 8/9/2024 - jumlah : 85 hits
HarapandailyJabatan Perdana Menteri melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia tidak akan berkompromi dalam isu berkaitan akidah umat Islam kerana ia perkara asas yang seharusnya dipelihara setiap masa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk ...
3 Suspek Kes Liwat Rumah Amal Gisbh Didakwa Esok

3 Suspek Kes Liwat Rumah Amal Gisbh Didakwa Esok

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 44 hits
Tiga suspek itu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban esok KUALA LUMPUR Tiga suspek kes liwat yang ditahan dalam Op Global baru baru ini akan didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban esok Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata tiga in...
Kes Bayi 8 Bulan Maut Siasatan Polis Bongkar Taska Rupanya Sudah 4 Tahun Beroperasi Tanpa Lesen

Kes Bayi 8 Bulan Maut Siasatan Polis Bongkar Taska Rupanya Sudah 4 Tahun Beroperasi Tanpa Lesen

papar berkaitan - pada 7/9/2024 - jumlah : 79 hits
Seorang bayi berusia lapan bulan dilaporkan meninggal dunia di sebuah taska di Kelemak Alor Gajah Melaka semalam Bayi itu sebelumnya telah dibawa ke hospital oleh ibu bapanya selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri kira kira 9 1...
Kes Sembunyi Kematian 4 Individu Dipenjara 20 Bulan Di Melaka

Kes Sembunyi Kematian 4 Individu Dipenjara 20 Bulan Di Melaka

papar berkaitan - pada 7/9/2024 - jumlah : 74 hits
Meor Riduwan Meor Ahmadbhnews bh com myEmpat tertuduh dengan diiringi polis dibawa ke lokap mahkamah selepas prosiding kes selesai di Mahkamah Majistret 2 Ayer Keroh hari ini Foto NSTP Meor Riduwan Meor AhmadMELAKA Empat individu dijatuhi h...
Ringgit Closes Higher Ahead Of Tonight S Fed Announcement

Wanita Kemboja Maut Dihempap Pokok Ketika Berniaga

Ringgit Opens Slightly Lower Against Us Rises Vs Other Major Currencies

Buat Buat Bodoh Lebih Senang Dapat Perhatian

Sains Rangkaian Dan Penggunaannya Dalam Bidang Pertanian

Berjumpa Sahabat Lama Numismatik Di Muzium Negara Kuala Lumpur

Cops On Hunt For Inmate Who Fled Sungai Buloh Hospital

Sepiring Celebrates 9 Years Of Uniting Malaysians Through Authentic Local Flavours


echo '';
Biodata 30 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral


Generate Unique Brand Names

Sesekali Belanja Anak Anak Fruit

Pencarian Bakat Penulis Muda

Filem Reeza Gtr

Tip Masak Ketam Telur Masin Sedap Tak Guna Banyak Bahan

Perubahan Gred Sspa Senarai Jawatan Disatukan Ditukar