Ooooo Kerja Kasaq Dulu Dulu Patut La Kasaq Juga Kelaku Hikayat Mb Kedah





Keputusan SPM saya kurang baik berbanding best student kelas saya Dr Fatimah Hj Mat Amin. Dia 15 (P1) saya 27 (P2). Tetapi saya bersyukur kerana keputusan itu pun telah melebihi usaha saya sendiri. Saya kurang mengayuh, berharap kepada lajak sahaja. Di laluan berbukit saya tuntun saja...

Saya diberhentikan daripada sekolah berasrama penuh pada pertengahan tingkatan empat, diberi peluang menyambung persekolahan di SM Sik. Ada satu saja kelas aliran sains, pelajar lebih kurang 30 orang.

Saya lebih banyak 'bersastera' belajar tentang kehidupan di luar daripada kurikulum subjek asas di sekolah. Saya berkawan dengan brader penjual burger depan sekolah, Abg Art roti canai murtabak di Pekan Sik, Tajul tauke Family Fried Chicken (Dato' Mohd Tajuddin Abdullah), dan ramai peniaga pasar malam.

Ada subjek yang tidak dapat masuk kepala sama sekali seperti matematik tambahan (Cikgu Suaidi Saad) dan fizik. Yang saya ingat tentang fizik hanyalah Cikgu Hajjah Noraini. Kimia pulak saya ingat Cikgu Zainal Abidin (Cikgu Non) dan Biologi saya ingat Cikgu Hj Yusof Desa (Allahyarham).

Saya minat subjek geografi dan Cikgu Miskin Raboo, isterinya Cikgu Hjh Jamnah Pairan (BM). Sir Prasad mengajar bahasa Inggeris, Ust Abdul Hapis (Ust Ramli Hj Ibrahim) mengajar Agama Islam. Cikgu Azizah, Cikgu Asri ( matematik moden) Cikgu Hjh Najmi, Cikgu Ghazali Hashim (Allahyarham)... semua cikgu ada jasa masing-masing.

Semasa cuti penggal untuk ke tingkatan lima, saya ikut rakan sekampung bekerja awak-awak bot bilis di Taman Intan Sg Petani. Saya bertahan 2 minggu sahaja tidur berak atas bot bilis. Awak-awak bot bilis ramai yang hisap ganja dan main kad. Saya takut merosakkan diri jika lebih lama di situ, saya minta berhenti. Tolak duit yang dah pinjam $50, baki tinggal $34. Sehari -$7.00 saja.

Kemudian saya jadi buruh binaan di Tanah Liat, menumpang rumah sewa kawan di Kubang Semang. Berjalan kaki menyusur landasan keretapi dengan Hamid Panjang, jadi capkang membancuh simen, angkut bata, tarik timba simen naik ke tingkat dua sebuah banglo cina. Umur saya 16 tahun.

Hari Ahad cuti, saya ikut taukey cina itu ke kilang, angkut sampah dan cuci setor. Dia jadi vendor kilang pakaian sukan jenama Rebook, bawa balik pakaian siap untuk dimasukkan ke dalam bungkusan. "Ini barang untuk hantar luar negeri saja ooo." kata taukey. Saya menitik air liur teringinkan track suit berjenama itu.

Saya masuk semula ke tingkatan lima agak lambat kerana asyik bekerja jadi buruh. Sewaktu di tingakatan lima, saya ikut pula Zaharin budak kelas lima sastera bekerja dengan Tajul (Dato' Tajuddin Abdullah) pada hari Isnin, Rabu, Khamis dan Jumaat berniaga ayam goreng.

Jam 4 petang sudah beroperasi di pasar malam - Sik, Kupang, Bukit Selambau, Yan dan Jeniang. Jam 12 baru sampai ke rumah sewa. Masa mana saya belajar hal-hal dalam buku sekolah? Mungkin suku saja alam persekolahan saya berada di sekolah. Selebih saya mencelupkan diri dalam semua persekitaran di luar. Ramu serba serbi, jadi serba boleh sekadar serba sikit.

Saya masuk belajar semula di tingkatan enam di Sek Men Derma, Kangar Perlis. Itu saja kelayakan terbaik SPM saya. Kali ini lebih fokus tetapi tidak 100%.

Dunia luar sekolah saya alih kepada aktiviti ko-kurikulum pula - sukan olahraga, ragbi, forum remaja, nasyid, ketua pengawas asrama, surau, mengenal budaya dan berkawan rakan pula. Ada satu hari saja sepanjang hampir dua tahun di tingkatan enam itu saya tidak tertidur dalam kelas - 21 April 1993. Tarikh tunggal itu kekal dalam ingatan menjadi sejarah.

STPM saya cukup makan saja untuk masuk U. Saya tidak pernah cemerlang dalam subjek apa sekalipun, semuanya biasa-biasa saja melainkan subjek Bahasa Melayu yang saya kekal dapat 'A' sewaktu SPM dan STPM. Selain BM, saya kuasai sedikit subjek geografi, sejarah dan pengajian am. Ekonomi setakat lulus Principle E saja.

Di universiti pun saya aktif berpersatuan, memimpin pertubuhan dan kelab mahasiswa, banyak aktiviti luar bilik kuliah. Semua kertas kursus lulus, tidak corot tidak juga top. Kursus Statistik dan Kaedah-kaedah Penyelidikan (Dr Tiun Ling Ta) saja saya terpaksa mengulang di semester 3, bersama ramai pelajar lain. Itu kes biasa. Akhirnya bergraduasi juga.

Kita dibina oleh jalan yang kita lalui, apa yang kita tekuni dan kita sambil lewakan. Semua itu adalah mata pelajaran untuk menempuh dan membina masa depan. Serba serbi serba boleh serba sikit pun mampu jadi bekal hidup yang baik walaupun tiada deretan A pada sijil peperiksaan.

Jika ada deretan A juga bersama pengalaman lain tentulah lebih baik. Tapi deretan A sahaja tanpa adunan rempah ratus dari luar kelas serba sikit itu akan menjadikan kita gagal memahami istilah 'bodoh-bodoh' dalam konteks ia diungkapkan. Lalu kita menjadi pandai-pandai dalam dunia kita sendiri saja.

Adik-adik yang dapat result SPM kelmarin saya ucapkan selamat menempuh kehidupan. Keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan harus berhubung jalin dengan kehidupan sebenar.

Kepada yang kurang cemerlang, jangan putus asa, SPM bukan penamatnya, ia baru bermula. Kita masih punya waktu menganyam masa depan kita sepanjang laluan. Belajar adalah proses sepanjang hayat, bukan di sekolah sahaja. Cuma dalam dunia hari ini, kita perlu pantas, tidak boleh culas, bukan sekadar bangun tapi bingkas!

Akhir sekali, Allah swt lah yang menyusun hidup kita, menentukan segalanya, kita hanya menjalani dengan ihktiar usaha dan doa...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/ooooo-kerja-kasaq-dulu-dulu-patut-la.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Yang Pertama Dulu Boleh Menjadi Yang Terakhir

Apa Yang Pertama Dulu Boleh Menjadi Yang Terakhir

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 282 hits
APA YANG PERTAMA DULU BOLEH MENJADI YANG TERAKHIR Assalammualaikum wbt Cuma Allah swt pertama dan utama sampai nyawa kita tiada Hingga alam ini menjadi debuan halus bertebaran Selain itu selebihnya boleh sahaja bersilih ganti kedudukannya K...
Nostalgia Permainan Tetris Zaman Dulu

Nostalgia Permainan Tetris Zaman Dulu

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 556 hits
Nostalgia Permainan Tetris Zaman Dulu Bila Fiza tengok anak Fiza bermain permainan video Tetris secara online di tetiba Fiza teringat zaman Fiza kanak kanak dulu Berebut dengan adik beradik yang lain tau semata mata untuk bermain permainan ...
Dah Rancang Rai Ulang Tahun Perkahwinan Pertama Tapi Arwah Pergi Dulu Dengan Baby

Dah Rancang Rai Ulang Tahun Perkahwinan Pertama Tapi Arwah Pergi Dulu Dengan Baby

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 220 hits
Kami tidak sempat meraikan ulang tahun perkahwinan pertama dan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan kami rancang meraikan di rumah sahaja namun arwah pergi dijemput llahi terlebih dahulu kata Leftenan Muhammad Iqmall Muhamad Sukri Isterin...
Lebai 90 Juta Sepatutnya Dah Jadi Kluster Mahkamah Sejak Dulu Lagi

Lebai 90 Juta Sepatutnya Dah Jadi Kluster Mahkamah Sejak Dulu Lagi

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 185 hits
MOHD MUKHLIS MOHD SYARIFLebai 90 juta sudah sepatutnya jadi kluster Mahkamah dari dulu lagi The only reason kenapa mereka tak jadi kluster mahkamah adalah sebab mereka pandai main dua kolam dan ada orang berhasrat untuk berkuasa selama lama...
Kalau Benar Mahu Agong Campurtangan Jatuhkanlah Mahiaddin Lebih Dulu

Kalau Benar Mahu Agong Campurtangan Jatuhkanlah Mahiaddin Lebih Dulu

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 213 hits
Rasa meluat rakyat kepada kegagalan PN sebagai kerajaan seterusnya disertai keinginan untuk mendapat kerajaan dan Perdana Menteri baharu kini boleh dikata sudah berada di tahap paling maksima yang tidak pernah berlaku sebelum ini Ia sehingg...
Masa Rampas Kuasa Dulu Guan Eng Dah Susun Elok Sebab Tu Lockdown Kali Pertama Lancar Kali 2 Dan Ke 3 Macamerba

Masa Rampas Kuasa Dulu Guan Eng Dah Susun Elok Sebab Tu Lockdown Kali Pertama Lancar Kali 2 Dan Ke 3 Macamerba

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 215 hits
Mana bantuan untuk M40 hadapi PKP Najib soal Putrajaya June 2 2021 Najib Razak berkata seluruh negara dikenakan lockdown kecuali 95 142 syarikat yang dibenarkan beroperasi PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak menempelak Putrajaya...
Mahu Seperti Dulu Dulu

Mahu Seperti Dulu Dulu

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 285 hits
Assalammualaikum wbtMAHU SEPERTI DULU DULUAda yang masih bolehAda yang sudah tidak bolehPerubahanYa perubahan yang berlakuAtas banayk persepakatanMahu seperti dulu duluSiapa yang tidak mahuPasti ramai yang mahuNanti duluMahu seperti yang du...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt