Ooo Depa Mogok Pasai Caj Buang Sampah Nak Naik Sampai 700



GEORGETOWN: Lebih 50 syarikat pembersihan swasta di negeri ini mengancam melancarkan mogok sekiranya kerajaan negeri enggan berunding berhubung peningkatan caj pembuangan sampah di Pulau Burung, Seberang Perai Selatan yang akan dinaikkan hampir 700 peratus oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).
Pengerusi Badan Bertindak Pemilik-Pemilik Lori Kenderaan Jenis Roll On Roll Off (RORO), Arif Ibrahim berkata, mogok itu akan dilancarkan selama 15 hari bermula 15 hingga 31 Disember depan dan impak akibat mogok itu dijangka amat buruk bagi Pulau Pinang.
“Jika kerajaan negeri masih tidak mahu berbincang, kami akan laksanakan mogok selama 15 hari, ahli kami ada 100 buah lori dengan 500 trip perjalanan setiap hari.
“Bayangkan jika kami mogok, berapa tan sampah-sampah tidak akan dikutip, jika mengikut perkiraan kami 23 tan sampah akan terbiar dan cukup untuk memenuhi kawasan Komtar,” katanya ketika mengadakan demonstrasi aman di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini.
Demonstrasi aman itu menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir sejam di kawasan Komtar selepas lebih 20 buah lori sampah diparkir di pekarangan Komtar sebagai tanda bantahan kepada kerajaan negeri.
Bantahan daripada pemilik-pemilik syarikat pembuangan sampah swasta itu merupakan kali kedua diadakan selepas dianjurkan 11 November lalu di perkarangan bangunan MBSP, Seberang Perai.
Menurut Arif, pihaknya menuntut kerajaan negeri menangguhkan segera cadangan MBSP untuk menaikkan kadar pembuangan sampah di Pulau Burung dengan mengenakan bayaran RM70 setiap satu tan sampah dibuang ke tapak pelupusan.
“Kadar itu terlalu tinggi kerana sebelum ini, caj untuk satu lori yang boleh memuatkan lebih tiga tan sisa pepejal kami kenakan sebanyak RM180 sahaja kepada pelanggan iaitu dari Bertam di Kepala Batas menuju ke tempat pelupusan sampah di Pulau Burung.
“Kenaikan caj yang dicadangkan ini dibuat tanpa perbincangan dengan pihak kami, jadi kami tuntut kerajaan negeri untuk campur tangan,” katanya.
Selain itu Arif berkata, pihaknya turut menuntut pemasangan sistem posisi sejagat (GPS) di lori-lori RORO ditangguh kerana menyebabkan privasi syarikat pembuangan sampah terganggu.
“Sebagai contoh, sekiranya ada kakitangan yang meneliti pergerakan lori syarikat, maka mereka boleh membocorkan maklumat kepada pihak lain untuk mendapatkan imbuhan. Kami bimbang jika perkara ini berlaku menyebabkan senarai pelanggan boleh diambil oleh syarikat lain,” katanya. – UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/11/ooo-depa-mogok-pasai-caj-buang-sampah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Muncul Spekulasi Nak Berpisah Priyanka Chopra Buang Surname Nick Jonas Di Twitter

Hiburan Muncul Spekulasi Nak Berpisah Priyanka Chopra Buang Surname Nick Jonas Di Twitter

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 220 hits
Aktres Bollywood terkenal tiba tiba sahaja menjadi bualan hangat pengguna media sosial apabila dia dilihat telah membuang nama keluarga Nick Jonas daripada sudut pengenalan di Twitter dan juga Instagramnya pada Isnin lalu Ia sekaligus mence...
Rakyat Gusar Harga Makanan Melambong Naik Habis Macam Mana Depa Kata Kadar Inflasi Hanya 4 Cap Dengar Hearsay Pula

Rakyat Gusar Harga Makanan Melambong Naik Habis Macam Mana Depa Kata Kadar Inflasi Hanya 4 Cap Dengar Hearsay Pula

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 284 hits
https www msn com en my news berita harga makanan utama meningkat rakyat gusar ar AAR6iUlTurun naik harga makanan bergantung kepada bekalan dan permintaan pasarantidak semua lapisan masyarakat mampu menampung kenaikan tersebut Beban kenaika...
Clingy Bila Mummy Daddy Nak Keluar Kena Ajar Anak Berpisah Sekejap Dr Izzar

Clingy Bila Mummy Daddy Nak Keluar Kena Ajar Anak Berpisah Sekejap Dr Izzar

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 285 hits
Anak manja dan melekat 24 jam pastinya membuatkan kita semakin bertambah runsing Sebenarnya hal ini kurang baik untuk perkembangan anak itu sendiri Membiarkan anak berdikari dan ada waktu untuk dirinya bersama orang lain baik untuk anak Dr ...
Sindrom Anak Sulung Akan Muncul Bila Ada Adik Ada Cara Nak Atasinya

Sindrom Anak Sulung Akan Muncul Bila Ada Adik Ada Cara Nak Atasinya

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 315 hits
Ibu bapa mana yang tidak gembira dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka Sudah tentu bayi bertuah itu akan dibelai dan dijaga bagai menatang minyak yang penuh Suasana yang harmoni dan sejahtera ini akan berterusan sehinggalah tiba waktu...
Alisha Cakap Nak Pergi Jauh Tak Sangka Itu Petanda Dia Pergi Selamanya

Alisha Cakap Nak Pergi Jauh Tak Sangka Itu Petanda Dia Pergi Selamanya

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 264 hits
Pemergian adik Nur Alisha Safiya selepas dilanggar van sekolah membuatkan seluruh rakyat Malaysia terkesan Apatah lagi rakaman CCTV itu tular di media sosial Masing masing bersimpati dan mendoakan keluarga arwah tabah dengan ujian tersebut ...
Cara Menjawab Pun Rakyat Faham Sebab Takut Nak Berdebat

Cara Menjawab Pun Rakyat Faham Sebab Takut Nak Berdebat

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 412 hits
Panas Calon Ketua Menteri dari BN takut berdebat November 13 2021 Ketua Menteri sementara Melaka Sulaiman Md Ali menolak cadangan pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim agar debat diadakan antara calon ketua menteri daripada tiga gabungan ...
Kalau Mahiaddin Nak Mengajar Umno Sambil Membodohkan Shahrir Inilah Masanya

Kalau Mahiaddin Nak Mengajar Umno Sambil Membodohkan Shahrir Inilah Masanya

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 204 hits
Marah benar nampaknya Mahiaddin Md Yasin kepada bekas Ahli Parlimen Johor Bahru Shahrir Samad yang lancang mencabarnya untuk menumbangkan kerajaan negeri Johor Sehingga kerana terlalu marah itu terkeluar beberapa kali perkataan bodoh daripa...
Biar Betul Najib Dapat Rumah Bernilai 100 Juta Cukai Tak Bayar Lagi Bagai 12 Tahun Nak Kena Masuk Jel Ehhhhh

Biar Betul Najib Dapat Rumah Bernilai 100 Juta Cukai Tak Bayar Lagi Bagai 12 Tahun Nak Kena Masuk Jel Ehhhhh

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 293 hits
Terkini Najib bakal dapat rumah percuma bernilai RM100 juta di KL Bekas perdana menteri Najib Razak memohon keistimewaan daripada kerajaan dalam bentuk sebuah rumah kediaman dengan keluasan 2 8 ekar bernilai RM100 juta yang terletak di keji...
Jimat Masa Nak Lembutkan Daging Ruang Pun Jimat Idea Ni Terbaik

Jimat Masa Nak Lembutkan Daging Ruang Pun Jimat Idea Ni Terbaik

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 265 hits
Senang hati bila nampak kesemua barangan basah tersusun cantik dalam peti sejuk Pun begitu bagi memudahkan proses memasak dan menjimatkan ruang simpanan kaedah menggunakan plastik dirasakan lebih sesuai Perkongsian Pn Fida Ashaar mengenai c...
Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Anak Buah Terpaling Kecil

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa

Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Malaysia Akan Hantar Pegawai Ke Washington Bincang Soal Tarif Trump Pmx


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rules And Strategies Of Different Casino Online

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights