Kalau Mahiaddin Nak Mengajar Umno Sambil Membodohkan Shahrir Inilah Masanya




Marah benar nampaknya Mahiaddin Md Yasin kepada bekas Ahli Parlimen Johor Bahru, Shahrir Samad yang lancang mencabarnya untuk menumbangkan kerajaan negeri Johor.


Sehingga kerana terlalu marah itu terkeluar beberapa kali perkataan “bodoh” daripada mulutnya yang ditujukan kepada Shahrir berikutan cabaran tersebut.


Ini sungguh luar biasa, tidak pernah Mahiaddin berkelakuan begini marah sebelum ini.


Untuk itu, mari sama-sama kita tonton video marah Mahiaddin seperti di bawah ini:-


Melalui video di atas, kelihatannya Mahiaddin tampak sungguh berani, berbeza dengan wataknya ketika ada kuasa sebagai Perdana Menteri sebelum ini.


Kalaulah dulu beliau selalu berani begini, barangkali tidaklah hilang jawatan Perdana Menteri yang ada dalam genggamannya.


Tetapi, apa nak di kata, sayang seribu kali sayang, ketika ada kuasa dan jawatan sebagai Perdana Menteri, bertemu dengan media pun tidak pernah ada keberanian, apa lagi nak marah-marah begini.


Asyik-asyik paling berani dilakukannya hanyalah tampil dengan perutusan khas dan bercakap seorang diri di depan kamera saja.


Dicabar Shahrir, memang tidak salah dan hak Mahiaddin meluahkan rasa marahnya, tapi segala perlakuan berani yang ditunjukkannya itu sudah terlambat kini.


Kalau marah, garang dan tunjuk berani ketika masih pegang jawatan Perdana Menteri, mungkin ada juga faedahnya serta barangkali membuatkan tak kurang orang jadi gerun atau tak berani main-main dengannya.


Namun, tunjuk marah, garang dan berani setelah hilang kuasa, semuanya sudah tidak berguna apa-apa lagi.


Segalanya sudah terlambat, walau nampak garang mengatakan beliau bukan penakut serta melabel Shahrir sebagai “bodoh”, bahkan kononnya boleh menekan “button” bila-bila masa jika ingin menjatuhkan kerajaan negeri Johor sebagaimana dicabar pemimpin UMNO itu, tetapi ternampak lebih ramai yang jadi sinis dan ketawa kecil saja dibuatnya.


Tiada sesiapa yang terkesan atau gentar dengan kata-katanya itu, sambil tidak kurang yang beranggapan marah serta garangnya terhadap Shahrir itu hanyalah “sembang kari” semata-mata.


Lebih ramai yang percaya Mahiaddin tidak akan berani berbuat apa-apa, meski beliau seperti kena buli secara berterusan dengan UMNO.


UMNO sebaliknya kini, terutama sejak berjaya menumbangkan Mahiaddin dan merampas kerusi Perdana Menteri, sudah lebih garang dan naik tocang jadinya perangai mereka.


Lihat saja bagaimana pemimpin-pemimpin UMNO memperlekeh Bersatu, Mahiaddin dan pemimpin mereka yang lain dalam pelbagai isu dan dalam kempen PRN Melaka ini, walhal kedua-dua parti duduk bersama dalam kerajaan di peringkat pusat.


Nampak sangat UMNO tidak menghargai kerjasama dalam kerajaan serta tidak mengenang budi Mahiaddin yang memberi laluan menyerahkan kerusi Perdana Menteri kepada Ismail Sabri.


Begitu pun, jika Mahiaddin benar-benar marah kepada Shahrir yang mencabarnya itu, adalah lebih terpuji jika beliau jangan layan apa yang Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru itu kata terhadapnya.


Juga tidak tidak perlu beliau rasa tercuit dengan cabaran Shahrir untuk beliau menjatuhkan kerajaan negeri Johor.


Sebagai bekas Perdana Menteri, terlalu kecil sebenarnya untuk Mahiaddin melayan Shahrir yang kalah di Parlimen Johor Bahru hanya kepada seorang anak muda tak ternama daripada PKR, Akmal Nasir dalam PRU14 lalu.


Lawannya yang paling tepat ketika ini, sambil untuk “mengajar” UMNO yang banyak naik tocang sejak dapat kuasa melalui pintu belakang ialah dengan segera menekan “button” bagi menjatuhkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.


Bekas Perdana Menteri kalau menjatuhkan Perdana Menteri, barulah sesuai dan padan dengan marah berlevel kayangan yang ada dalam dirinya.


Dengan tindakan itu, barulah padan muka semua, malah dengan Shahrir sekali kemudiannya boleh “dibodohkan” kerana menjadikan UMNO hilang kuasa dan jawatan Perdana Menteri dengan serta-merta. – ShahbudinHusin 13/11/2021.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/kalau-mahiaddin-nak-mengajar-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ugut Mengugut Pn Umno Mahiaddin Dah Macam Ketua Gangster

Ugut Mengugut Pn Umno Mahiaddin Dah Macam Ketua Gangster

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 237 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONAdegan ugut mengugut antara dua parti yang membentuk kerajaan Persekutuan iaitu Umno dan Perikatan Nasional dianggap sebagai hal yang memalukan kata Naib Presiden AMANAH Nasional Datuk Seri Mahfuz Omar Baginya situasi ...
Pas Doakan Umno Kalah Untuk Mengajar Umno Umno Tolong Tarbiyyah Pas

Pas Doakan Umno Kalah Untuk Mengajar Umno Umno Tolong Tarbiyyah Pas

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 294 hits
Memang lawak Parti yang dapat telur pada PRU14 yang lalu ingin mengajar Umno Mengapa Pas marah sangat kepada Umno Apa yang Umno telah buat pada Pas sehinggakan lebai katik ini mendoakan kekalahan Umno di PRN Melaka Umno telah pelawa Pas unt...
Pemimpin Umno Dedah Kenapa Bersatu Beriya Iya Nak Pas Guna Logo Pn

Pemimpin Umno Dedah Kenapa Bersatu Beriya Iya Nak Pas Guna Logo Pn

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 447 hits
October 31 2021 Pada PRU 14 PAS telah mendapat lebih kurang 15 peratus undi Melayu di Melaka Oleh kerana faktor Dr Mahathir PH pula telah mendapat 20 peratus undi Melayu bertambah 10 peratus daripada undi Melayu yang diperoleh oleh PH berba...
Sampai Bila Umno Nak Bengong

Sampai Bila Umno Nak Bengong

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 175 hits
Hamdan TahaDengan kenyataan media dari Pas ini jika umno tak faham tu bodoh namanya Presiden Pas dan team dia memang tak suka umno di ketahui umum
Mahiaddin Gelar Shahrir Bodoh

Mahiaddin Gelar Shahrir Bodoh

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 273 hits
MALAYSIA DATELINECabaran veteran Umno Johor Tan Sri Shahrir Abdul Samad supaya Bersatu mengarahkan ADUN mereka di Johor untuk menarik sokongan daripada Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad disambut dengan nada marah oleh Tan Sri Mahiaddin Md ...
Pemimpin Umno Johor Terus Cabar Mahiaddin Tak Rasa Tercabarkah Beliau

Pemimpin Umno Johor Terus Cabar Mahiaddin Tak Rasa Tercabarkah Beliau

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 438 hits
Berikutan kenyataan Mahiaddin Md Yasin bahawa beliau boleh menekan button pada bila bila masa jika ingin menjatuhkan kerajaan negeri Johor pimpinan UMNO negeri itu nampaknya terus mengasak beliau agar berani berbuat demikian Tujuannya ialah...
Kalau Dia Anak Jantan Suruh 2 Adun Tu Tarik Diri Cabar Umno Kepada Mahiaddin

Kalau Dia Anak Jantan Suruh 2 Adun Tu Tarik Diri Cabar Umno Kepada Mahiaddin

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 310 hits
BORHAN AHMADUmno terus mencabar Presiden Bersatu Tan Sri Mahiaddin Md Yassin mengarahkan dua Adun mereka di Johor menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar Johor dari Umno Ini kerana bagi mereka kedua dua Adun Bersatu di Johor itu tidak...
Late Lunch Di Richiamo Coffee Kpj Tawakkal Kl Specialist Hospital

Stop Politicising Race Just Because Car Driver Is China National

Petua Berkesan Pulihkan Tenaga Dalaman Anda

Eu S Hypocrisy Fuelling Suffering In Gaza

Nutox Moisturizer Harga Murah Guardian Member Price

5 App Terbaik Untuk Simpan Duit Melabur Secara Automatik

Panduan Ringkas Untuk Wanita Kekal Konsisten Demi Mencapai Matlamat Kesihatan

Sambal Tumis Sardin Petai Paling Legend Bau Je Dah Lapar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Murtabak Mini Kulit Popia

Ai Baharu Bytedance Ini Mampu Hasilkan Video Sinematik Dari Satu Arahan Sahaja

Netizen Kesal Ibu Bapa Tak Peka Beri Anak Kecil Makan Tiramisu Berkafein Kau Suap Terang Terang Ada Coffee

Pertukaran Rejim Rancangan Jahat Israel Barat Berulang Lagi

Edible Wild Plants Nature S Hidden Survival Pantry

Cuma Seketika Tapi Cukup Bermakna