Ong Kim Swee Janji Ubah Kedudukan Sabah Fc


Ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee mengatakan pengurusan Sabah FC belum menetapkan sasaran piala atau kedudukan liga, sebaliknya mahu The Rhinos diperkuat agar dapat bersaing dengan pasukan lain di Liga Super dan peringkat yang lebih tinggi. Foto Ihsan FB Sabah FC
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt) Kim Swee: Fokus kejurulatihan adalah untuk memperkuat Sabah FC untuk bersaing di Liga Super dan peringkat yang lebih tinggi Kota Kinabalu: Penyokong dan peminat bola sepak di Sabah bakal menyaksikan kelainan dalam corak permainan dan persembahan Sabah FC yang dibawa pengendali baharunya, Datuk Ong Kim Swee.


Itu antara janji Kim Swee selepas menerima tanggungjawab mengetuai kejurulatihan skuad Sang Badak berikutan keputusan pengurusan Sabah FC sebelum ini merehatkan Ketua Jurulatih dari Indonesia, Kurniawan Dwi Yulianto disebabkan prestasi pasukan yang tidak memberangsangkan.


Meskipun mengakui ia satu tugas yang berat untuk memulihkan pasukan berkenaan, Kim Swee berkata beliau tetap yakin Sabah FC mampu bangkit dan menjadi antara pasukan disegani dalam aksi Liga Super musim depan.

“Ini satu tanggungjawab besar. Walaupun dalam perbincangan dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Sabah FC, kita tidak meletakkan sasaran, namun saya berjanji pasti ada kelainan selepas ini.


“Matlamat kita ialah untuk menjadikan pasukan Sabah FC lebih baik dalam Liga super tahun depan. Kita akan berusaha untuk menjadikan Sabah FC salah satu pasukan yang disegani dan mampu bersaing di peringkat yang cukup tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menandatangani kontrak Ketua Jurulatih Sabah FC dalam satu majlis yang disaksikan Bung Moktar, di sini, malam tadi.


Kim Swee berkata beliau bukan saja memberi tumpuan kepada meningkatkan prestasi pasukan senior, malah turut memberi tumpuan kepada pembangunan bakat baharu bola sepak dalam kalangan remaja dari seluruh negeri.


Sementara itu, mengenai aksi Piala Malaysia 2021, Kim Swee berkata beliau yakin Sabah mampu melangkah ke pusingan seterusnya jika mampu mencapai kemenangan dalam dua perlawanan peringkat kumpulan pada minggu depan.

Beliau yakin semangat perlawanan yang tinggi pemain Sabah FC mampu mencapai sasaran yang ditetapkan itu menerusi strategi permainan yang dirancang.


Kim Swee bukan asing dalam arena bola sepak di Sabah kerana beliau sebelum ini pernah menjadi pemain yang mengharumkan nama Sabah sebagai pasukan bola sepak disegani di negara ini pada era 1990-an.

-Deasoka

SOURCE: DEASOKA

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://obsesbola.blogspot.com/2021/09/ong-kim-swee-janji-ubah-kedudukan-sabah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Rozaimi Akan Buat Comeback Dengan Kehadiran Ong Kim Swee Di Sabah

Adakah Rozaimi Akan Buat Comeback Dengan Kehadiran Ong Kim Swee Di Sabah

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 267 hits
Ada kemungkinan tak Rozaimi tengah rehat rehat saja di KK Adakah Rozaimi Abdul Rahman akan kembali ke arena bola sepak dengan kehadiran Datuk Ong Kim Swee ke Sabah FC Ini persoalan terbesar selepas disahkan penyertaan Kim Swee sebagai ketua...
Ong Kim Swee Laju Buat Kerja Sudah Rangka Strategi Buat Sabah Fc Untuk 2022

Ong Kim Swee Laju Buat Kerja Sudah Rangka Strategi Buat Sabah Fc Untuk 2022

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 474 hits
Ong Kim Swee bersama dengan coach Jelius Ating dan coach Burhan Ajui Pelantikan pengendali baru Sabah FC Datuk Ong Kim Swee ternyata mengejutkan pelbagai pihak kerana beliau sangat sinonim dengan tugas bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia ...
Ong Kim Swee Mampu Pacu Sabah Fc Setanding Gergasi Liga M Lain

Ong Kim Swee Mampu Pacu Sabah Fc Setanding Gergasi Liga M Lain

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 408 hits
DATUK Ong Kim Swee dipertemukan dengan pemain dan barisan Kejurulatihan di Regancy Tower Hotel menjelang pertemuan dengan Perak FC Foto FB Mas Mailin DATUK Ong Kim Swee mampu membentuk Sabah FC menjadi setanding dengan kelab gergasi Liga Ma...
Ong Kim Swee Idam Lengkap Kerjaya Gemilang Bersama Sabah

Ong Kim Swee Idam Lengkap Kerjaya Gemilang Bersama Sabah

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 248 hits
Datuk Ong Kim Swee menjadi ketua jurulatih Sabah FC mulai 1 Oktober ini Tugas saya sebagai pengarah teknikal FAM mungkin berguna kata jurulatih Sabah FC Kim Swee KUALA LUMPUR Selepas meninggalkan seketika keghairahan di kawasan teknikal pad...
Bukan Ahli Silap Mata Tetapi Ong Kim Swee Janjikan Nafas Baru Buat Sabah

Bukan Ahli Silap Mata Tetapi Ong Kim Swee Janjikan Nafas Baru Buat Sabah

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 890 hits
kepulangan Ong Kim Swee bukanlah merupakan Kepulangan Cerita Dongeng semata mata Datuk Ong Kim Swee akan kembali ke bumi Sabah selepas lebih dua dekad sebagai jurulatih terbaru mereka berbekalkan memori gemilang sebagai pemain yang pernah m...
Ong Kim Swee Tiada Istilah Pemain Junior Dan Senior Dalam Skuad Sabah Fc

Ong Kim Swee Tiada Istilah Pemain Junior Dan Senior Dalam Skuad Sabah Fc

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 340 hits
Twitter Sabah FC Official Ong Kim Swee Bertegas Tidak Mahu Ada Jarak Antara Pemain Junior dan Senior Pengumuman peletakan jawatan pengarah teknikal FAM Datuk Ong Kim Swee telah membawa perkhabaran baharu bahawa beliau memilih untuk menjadi ...
Kredibiliti Ong Kim Swee Bersama Sabah Fc Bakal Teruji Janjikan Kelainan Taktikal

Kredibiliti Ong Kim Swee Bersama Sabah Fc Bakal Teruji Janjikan Kelainan Taktikal

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 179 hits
Bos Sabah FC Datuk Ong Kim Swee mengatakan akan ada perubahan dalam kesebelasan utama untuk kempen Piala Malaysia kerana pemain sudah matang dan berpengalaman sama ada import atau tempatan Ong Kim Swee bakal ubah corak Sabah FC Kempen Piala...
Jangan Memandang Ringan Kelantan Fc Ong Kim Swee

Jangan Memandang Ringan Kelantan Fc Ong Kim Swee

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 326 hits
Ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee semasa sesi latihan Badak baru baru ini di Likas sebagai persiapan pembukaan Kumpulan D Piala Malaysia menentang PJ City FC di Stadium MBPJ pada 27 September Foto dari Facebook Sabah FC KOTA KINABALU Sabah...
Ong Kim Swee Tinjau Persiapan Pemain Menghadapi Piala Malaysia

Ong Kim Swee Tinjau Persiapan Pemain Menghadapi Piala Malaysia

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 322 hits
Ong Kim Swee bercakap kepada pemain di Stadium Likas KOTA KINABALU Ketua jurulatih Badak Sabah yang baru dilantik Datuk Ong Kim Swee tidak membuang masa terus bertemu pemain pemain sejurus selepas ketibaannya dari Kuala Lumpur pada jam 5 pe...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Cerita Foto Sepanjang Minggu

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Perlis Tak Ada Airport Tapi Ada Flight

Selamat Hari Raya Aidilfitri Kepada Sahabat Ksdd Yang Tercinta

Barangan Wanita Rosak Selepas Tiga Jam Mencari Di Lapangan Terbang

Malaysian Tigers Senaraikan Dua Pemain Muda

Sekarang Umno Pula Bawa Masuk Dap Ke Selangor Noh Omar

Kerana Terima Isteri Mesej Dari Sayang Suami Nekad Cangkul Isteri Sampai Mati