Ombak Dulang Ramadan Set Di Mercure Penang Beach
Hai korang. Kali ini El nak share tempat berbuka puasa yang lain dari yang lain. Dalam usaha memberi kelainan dalam industri makanan dan minuman tempatan, Hotel Mercure Penang Beach memperkenalkan Ombak Dulang Ramadan Set yang cukup menyelerakan.Tidak banyak restoran atau hotel menampil konsep sebegini di mana ia mengembalikan nostalgia di zaman datuk nenek kita yang mengutamakan makanan berhidang mengikut adat.
Tradisi Makan Berdulang sering diamalkan di kampung-kampung di mana majlis-majlis khas diraikan bersama dalam komuniti mereka.
Selalu kita makan berdulang ni duduk bersila dengan suasana rumah kampungkan. Tapi kali ini sebab tak dapat balik kampung punya pasal, kan tak boleh rentas negeri lagi, boleh saja makan berdulang dekat hotel sambil bertemankan ombak pantai yang asyik. Mana nak dapat hoi!
HargaOmbak Dulang Ramadan Set RM88 for 2From 19th April to 9th May 2021 from 6.30pm to 9.30pm at The Ombak Restaurant
Satu set dulang mewah akan dipersembahkan kepada para tetamu. Terdapat sebanyak 18 hidangan untuk 2 orang. Sebagai permulaan set ini mempunyai ulam-ulaman tradisional (salad) dengan sambal, diikuti dengan hidangan utama yang terdiri daripada Kambing Varuval, Sate daging atau ayam, Kurma Sayur, Gulai Ikan dengan Bendi, Sambal Udang Petai, Sup Sayur, Telur Dadar dan Sayur Goreng Oyster Sos.
Nak makan pemanas dalam ni pun boleh
Pilihan pencuci mulut terdiri daripada Kurma, Bubur Pulut Hitam dan pelbagai kuih-muih. Akhir sekali untuk minuman tersedia Teh Tarik, Nescafe Tarik, Soya dan Bandung (free flow)
PromoBuy 4 Dulang Get 1 Free Dulang (Total 10 orang makan)Tapi kena booking and bagi code RAMELDAR
Korang boleh booking seawal 2 hari. Boleh contact 04-371 8888 atau untuk group 10 orang ke atas contact sales department directly at 04-371 8829
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.eldarwena.com/2021/04/ombak-dulang-ramadan-set-di-mercure.html