Ole Ole Dari Segamat


 Assalamualaikum WBT


TERKEJUT, pagi tadi, air mengalir perlahan. Dah sudahhh.. semalam petang, Cik Ani ada kongsi notis gangguan bekalan air tapi tarikhnya 31 Oktober maknanya semalam la. Tapi air elok jer keluar. Kenapa pulak hari ini yang tak ada air? Sk cepat-cepat tadah air yang semakin kecil keluar dari paip sinki dapur. Lama-lama terus hilang, hahaha. Mujurlah bilik air belakang ada tangki. Sekali dalam pukul 9 gitu, PI cakap air dah keluar besar. Legaaaaa.

Tengahari ini, InsyaAllah nak pergi kenduri doa selamat jemputan dari sepupu belah ibu Sk. Disebabkan nak pergi kenduri tu la, kena buat sarapan. Jarak perjalanan dalam sejam jugak jadi kalau nak sarapan kat luar, macam tak sesuai timing -nya. Buat telur separuh masak dan bancuh air sorang secawan


Hari tu, Aida datang JB dan terlanjur tu Fidah buka tempahan roti. Sk pesan Roti Kok (3), Roti Sarang Lebah (1) dan Roti Sosej Mini (4). Fidah bagi extra dua roti mini perisa kacang merah dan gula


Malam tadi dinner makan roti kok aje cicah teh o panas. Ni sebab PI tak ada, dia ada mesyuarat Kelab Media Johor. Oh, PI beritahu tahun 2026, PI diberi amanah sebagai Pemeriksa Kira-Kira, Alhamdulillah. Semoga PI dapat melaksanakan tugasnya dengan baik dan jangan stress-stress tau PI, hehehe


Selain tu, Fidah bagi pelam muda jugak. Tapi tak pastilah Sk ni pelam jenis apa. Ada jugak la terselit dua tiga biji yang dah masak


Sk ambil tiga pelam muda, kupas siap-siap. Ingat nak potong sekali tapi lepas tu malas pulak, hahaha. Adalah sikit Sk potong jamah-jamah sebab Fidah bagi kuah rojak sekali


Ambil yang masak sebijik


Dah hiris, alamak, jumpa orang!

Ni kalau dulu-dulu, mahunya Sk terus campak dalam tong sampah. Tapi, Sk kekal tenang. Patutlah dulu ibu Sk pun lek-lek jer kalau jumpa 'orang' dalam pelam, hahahah. 


Berketak-ketak body dia. Sk buang dia ajelah. Nasib baik cuma seekor. Kalau banyak, mungkin ke Cik tong jugak pelam ni, hihihi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/11/ole-ole-dari-segamat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Segamat Hit By Minor 2 7 Magnitude Quake

Segamat Hit By Minor 2 7 Magnitude Quake

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 151 hits
The quake s epicentre was located at a depth of 10km while tremors were felt in Segamat and surrounding areas The 2 7 magnitude quake struck about 3km west of Segamat Johor at 7 55pm tonight PETALING JAYA A weak earthquake measuring 2 7 on ...
Gempa Bumi Lemah 2 7 Skala Richter Di Segamat

Gempa Bumi Lemah 2 7 Skala Richter Di Segamat

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 185 hits
Malaysiakini nbsp Gempa bumi lemah berukuran 2 7 pada skala Richter dikesan berlaku di Jementah Segamat Johor pada 7 55 malam tadi Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia gempa bumi itu berpusat pada koordinat 2 5 darjah Utara dan 102 8 darjah...
Minor Earthquake Evidence Of Ancient Volcanic Activity In Segamat

Minor Earthquake Evidence Of Ancient Volcanic Activity In Segamat

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 187 hits
A minor earthquake measuring 2 7 on the Richter scale recorded in Jementah Segamat at 7 55pm yesterday is evidence of ancient volcanic activity in the Segamat area particularly around Jementah and Batu Badak said the Department of Minerals ...
Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Kuantan Pekan Road Closed After Flooding Thousands Of Motorists Affected

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Rabu Belajar Sabar Hari Ini

Aktiviti Mesyuarat Penyelarasan Hadr Misi Bantuan Kemanusiaan Dan Bencana Ke Acheh Ppim 17 12 2025

Doa Berbuka Puasa Niat Sebelum Selepas Sahur

Belajar Menghargai

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026

Vape Diharamkan 2026 Fasa Tarikh Pelaksanaan