Okad Event Space Bukit Jelutong Shah Alam Tampilkan Selera Ramadan Cita Rasa Malaysia
Berbuka puasa kat mana hari ini? Kalau teringin nak berbuka puasa kat luar, tak ada mood nak masak, boleh try di Okad Event Space yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam.
Menu yang ditawarkan cukup enak dan jiwa pun terasa tenang ketika menikmati juadah berbuka puasa. Apatah lagi, apabila melihat dekorasinya yang menarik. Diri terasa seolah-olah berada di dalam sebuah taman yang cukup indah
Kalau korang nak tahu, OKAD Event Space, Bukit Jelutong ini adalah “one stop centre".So, macam-macam event atau majlis yang boleh kita buat kat tempat nie.
Kalau korang atau sesiapa jer termasuklah saudara mara dan sahabat handai yang nak adakan majlis perkahwinan ke… majlis hari jadi ke… seminar ke… bolehlah ‘rikki-rikki’ OKAD Event Space, Bukit Jelutong ya
Bersempena bulan Ramadan, so OKAD Event Space, Bukit Jelutong nie pun tak ketinggalan untuk mengadakan Buffet Ramadan. Tahun 2022, merupakan tahun kedua mereka melaksakana Buffet Ramadan dengan norma baru.Untuk tahun nie, bertemakan “Cita rasa Malaysia”
Meriah dengan pelbagai menu yang lazat
Kuih muih pun ada banyak pilihan
Macam-macam air ada...
Ada banyak juga menu yang sedap dan konsep stall tu yang buat sis jadi rambang mata nak try menu yang mana satu dulu. Semuanya nampak sedap jer….
Antara menu yang pasti membuatkan korang dok teringat-ingat lepas tu ialah Nasi Serai Cik Bunga Daging Masak Lemak Cili Padi Cik Bunga Dan Lamb Grill. Mana taknya, ketiga-tiga menu tu adalah “signature dish" untuk buffet Ramadan di OKAD Event Space Bukit Jelutong, Shah Alam
Banyak sangat lauk pauk yang sedap, sampai tak tahu nak pilih nak makan apa dibuatnya!
Lamb Grill, “signature dis' di OKAD Event Space, Bukit Jelutong
Kalau ada yang plan nak try berbuka puasa kat situ, korang boleh tengok harga pakej istimewa yang depa tawarkan. Bagi sis, ok sangat-sangatlah dan berbaloi. Makanannya sedap, dan harga yang ditawarkan tidaklah ‘kayangan’. Masih mampu milik giteww!
Pakej Istimewa Ramadan
Harga Bufet Ramadan 2022
RM 59 Dewasa
RM 35 Kanak-kanak dan warga emas
Harga Normal: RM 69 Dewasa RM 39 Kanak-kanak / warga emas
Harga Khas OKU: RM 45 Dewasa RM 39 Kanak-kanak
Pakej Korporat 1
Beli 10 Meja Percuma:-
1 meja
Diskaun 10% Untuk Pembelian Berikutnya
RM 59 Dewasa
RM 35 Kanak-kanak/ Warga emas
Harga Normal
RM 69 Dewasa
RM 39 Kanak-kanak /Warga emas
Harga Khas OKU
RM 45 Dewasa
RM 39 Kanak-kanak
Terima kasih OKAD Event Space, Bukit Jelutong sebab sudi jemput sis untuk turut sama menikmati Buffet Ramadan
Okay korang, Buffet Ramadan di OKAD Event Space, Bukit Jelutong dah start pada 7 April lalu dan akan tamat pada 29 April 2022. So, cepat-cepatlah ya dan nak tahu lebih lanjut boleh jenguk Instagram: https://www.instagram.com/okad_event _space
FB : OKAD EVENT SPACE
Sekian dulu catatan sis kali ini. Jumpa lagi
Lurve,Sis Anie Mohamed
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2022/04/okad-event-space-bukit-jelutong-shah.html