Nynaa Harizal Bakal Gegar Industri Seni



Sejak kemunculannya menerusi beberapa drama seperti Hero Seorang Cinderella dan Kekasih Paksa Rela, Nynaa Harizal terus mencuri tumpuan peminat.
Tidak dinafikan dengan pakej sempurna yang ada padanya, Nynaa, 25, atau nama sebenarnya Nurul Hanynaa Harizal mempunyai masa depan cerah dalam bidang seni tanah air.
Nynaa berkata, sepantas itu juga Instagram peribadinya menyaksikan pertambahan pengikut.
"Insya-Allah saya berjanji akan memberikan hasil terbaik dan sudah bersedia menggegarkan industri seni dengan lakonan mantap.
"Sebenarnya saya awalnya tak merancang pun nak bergelar pelakon. Saya bermula sebagai model ketika berusia 19 tahun.
"Selepas itu barulah saya berjinak-jinak dengan iklan komersial dan banyak terbabit dengan iklan syarikat komunikasi. Boleh dikatakan saya sudah buat hampir 50 iklan komersial," katanya.
Ternyata, penampilannya menerusi iklan mencuit hati beberapa produksi yang berminat menawarkannya berlakon.
"Namun prosesnya tidak mudah kerana saya tetap perlu menjalani sesi uji bakat dan selepas lulus barulah diterima berlakon drama Kekasih Paksa Rela dengan Remy Ishak.
"Bermula dari situlah saya terus diterima berlakon dan pernah bekerja di bawah arahan Osman Ali, Ahmad Idham, Michael Ang, Yusry Abdul Halim dan ramai lagi.
"Mereka ada gaya pengarahan berbeza sekali gus saya berpeluang menimba pengalaman baharu dalam lakonan," katanya.
Pelakon kelahiran Ampang, Selangor ini memulakan kerjaya hiburannya sejak 2017.
Dia kemudian terpilih sebagai salah seorang peserta Dewi Remaja 2019 dan berjaya menduduki tempat ketiga.
"Saya berlakon sambil belajar kerana ketika itu sedang menuntut dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Kewangan Universiti Kolej KDU.
"Saya seimbangkan kedua-duanya dan syukur berjaya capai apa yang diminati. Selepas itu, barulah saya sertai Dewi Remaja. Mengenai lakonan pula, saya sudah mencuba pelbagai watak sama ada watak utama mahupun pembantu. Drama yang belum ditayangkan pun masih banyak," katanya.
Walaupun tidak merancang bergelar pelakon, Nynaa mengakui sering meniru dan menggayakan watak-watak idolanya di depan cermin ketika kanak-kanak.
"Waktu di sekolah menengah, saya kerap sertai pertandingan koir, coral speaking dan menyanyi. Ini antara kelebihan yang saya ada.
"Tak sangka saya akhirnya masuk dalam bidang lakonan. Setakat ini saya sudah berlakon empat filem dan yang terbaharu adalah Sumpahan Syaitan dan Maharaja Bomoh.
"Kedua-duanya menampilkan saya sebagai heroin. Dalam Sumpahan Syaitan, saya berlakon dengan Farid Kamil. Sekiranya tiada halangan, ia akan ditayangkan pada tahun ini juga," katanya yang kini diuruskan oleh Iman Tang.
Menjangkau lima tahun pembabitan dalam bidang seni, Nynaa mahu terus belajar untuk memantapkan lakonannya.
"Saya masih baharu dan anggap tahun ini permulaan buat saya untuk menyinar. Banyak lagi yang perlu saya belajar.
"Saya juga bersyukur mempunyai teman lelaki yang memahami dan tidak menghalang karier saya. Bohonglah jika dikatakan kami tiada perancangan untuk kahwin tapi saya lebih suka ikut arus.
"Dalam masa sama, saya tidak menafikan ada yang cuba-cuba nak pikat saya ketika berlakon tapi prinsip saya bekerja bukan untuk bercinta. Keluarga pun tak setuju saya buat demikian. Kalau bercinta sekadar untuk menghayati lakonan okeylah," katanya.
Drama-drama lain lakonan Nynaa ialah Terkoyak Langit Cinta, Kembalikan Sinarnya, Isteri Bukan Untuk Disewa dan Cinta Tanpa Henti.
Dia juga pernah membintangi filem Mak dan Town Mall.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2021/05/nynaa-harizal-bakal-gegar-industri-seni.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apple Music Bakal Menawarkan Penstriman Hifi

Apple Music Bakal Menawarkan Penstriman Hifi

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 240 hits
Strim muzik dengan kualiti HiFi ni memang bukan benda baru tapi semacam sudah mula nak jadi standard wajib ada pada semua perkhidmatan penstriman muzik TIDAL sudah lama menggunakan kualiti HiFi pada lagu di platform mereka dan paling menari...
Sebelum Ke Jawa Masyarakat Bakal Jalani Tes Rapid Antigen Di Pelabuhan Bakauheni

Sebelum Ke Jawa Masyarakat Bakal Jalani Tes Rapid Antigen Di Pelabuhan Bakauheni

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 252 hits
Untuk memperlancar hal itu pihaknya sudah membentuk satuan tugas di Provinsi Lampung Satgas tersebut akan memeriksa kesehatan dengan ketat untuk masyarakat yang akan balik ke Pulau Jawa
Najib Sudah Didenda Tun M Bakal Didenda Mahiaddin Langgar Sop Apa Cerita

Najib Sudah Didenda Tun M Bakal Didenda Mahiaddin Langgar Sop Apa Cerita

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 267 hits
Sebelum ini Najib Razak telah dikesan melanggar SOP PKP kerana tidak mengimbas aplikasi mysejahrera dan tidak mengambil suhu badan ketika memasuki sebuah restoran nasi ayam di Bukit Bintang Kuala Lumpur Sebaik menyedari kesalahannya Najib s...
Cegah Takbir Keliling Di Depok 700 Personel Gabungan Bakal Lakukan Patroli

Cegah Takbir Keliling Di Depok 700 Personel Gabungan Bakal Lakukan Patroli

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 259 hits
Imran mengimbau agar warga Depok mematuhi aturan yang berlaku Mulai dari tidak melakukan takbir keliling pelaksanaan salat Idul Fitri hanya 30 persen saja
Han Sohee Dilapor Bakal Ganti Seo Yeji Dalam Drama Pengusiran Roh Island

Han Sohee Dilapor Bakal Ganti Seo Yeji Dalam Drama Pengusiran Roh Island

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 307 hits
Seperti yang diketahui semua Seo Ye ji sudah pun mengundurkan diri daripada drama Island dek beberapa kontroversi yang terpalit padanya sejak sebulan lalu Antara daripada tuduhan yang dilemparkan kepada wanita itu ialah mengawal perlakuan b...
Hiburan 5 Lagu Raya Gen Z Bakal Evergreen Sekali Dengar Terus Melekat

Hiburan 5 Lagu Raya Gen Z Bakal Evergreen Sekali Dengar Terus Melekat

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 332 hits
Setiap kali raya elemen yang wajib ada semestinya lagu raya barulah lengkap beraya Setiap lagu semestinya merakam memori tersendiri untuk raya sesuatu tahun itulah menjadikannya istimewa Kami kongsikan lagu raya generasi baru yang tidak kur...
Budaya Balik Kampung Bakal Dimamah Sejarah

Budaya Balik Kampung Bakal Dimamah Sejarah

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 382 hits
Kepesatan proses urbanisasi dan semakin ramai generasi tua meninggal dunia mungkin mengurangkan aktiviti balik ke kampung yang menghimbau kenangan lalu Kesesakan trafik setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri apabila ramai orang mengambi...
Bakal Mempelai Pilih Nikah Dahulu Tangguh Sanding Setelah Peraturan Covid 19 Diperketat

Bakal Mempelai Pilih Nikah Dahulu Tangguh Sanding Setelah Peraturan Covid 19 Diperketat

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 200 hits
SINGAPURA Lebih ramai bakal mempelai memilih untuk meneruskan dengan pernikahan mereka sambil menangguhkan majlis persandingan ke tarikh baru Ini setelah sesetengah syarikat penganjur majlis menawarkan beberapa pilihan kepada bakal penganti...
Kenali Francisca Luhong Bakal Akhiri Penantian Malaysia Di Pentas Miss Universe

Kenali Francisca Luhong Bakal Akhiri Penantian Malaysia Di Pentas Miss Universe

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 639 hits
Besar harapan negara untuk menyaksikan anak kepada pasangan James Mering Bungan dan Pauline Japok ini mengikut jejak Datin Josephine Lena Wong berhasil Miss Universe Malaysia Francisca Luhong dan cabaran mengakhiri penantian Malaysia di pen...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

User Acquisition And Retention

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas

Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid

Indahnya Syawal Pantun Hari Raya Menyemarakkan Suasana Aidilfitri

Dividen Bank Rakyat 2024 17

Salam Aidil Fitri Buat Pembaca Blog Cik Matahariku

Level Up Your Style The Coolest Geek Nerd Shirts At Geeksoutfit

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain