Nyawa Umno Hanya Dapat Diselamatkan Dengan Regim Mahiaddin Segera Ditamatkan


 
Mula-mula Pendaftar Pertubuhan atau RoS mengeluarkan kenyataan media bahawa penangguhan pemilihan UMNO selama 18 bulan yang diputuskan parti itu sebagai tidak sah.
Ia berikutan, kata RoS, ia diputuskan oleh MT ketika pemegang jawatannya telah tamat tempoh iaitu selepas 30 Jun 2021.
Meskipun Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan menafikan perkara itu, sambil membutirkan sepenuhnya kronologi peristiwa yang menunjukkan keputusan itu sebenarnya dibuat pada 18 Jun serta pemaklumannya dihantar kepada RoS pada 24 Jun, selain pada Isnin, 9 Ogos lalu, beliau turut menghantar semua dokumen lengkap berkaitan kepada agensi berkenaan, namun matlamat mencari salah UMNO nampaknya tetap diteruskan.
Kali ini RoS menyatakan, kedudukan pemegang jawatan dalam UMNO selepas 30 Jun hanyalah bersifat caretaker saja.
Bermakna, selepas tarikh itu, menurut RoS lagi, hanya tugas-tugas pentadbiran yang dibenar dilaksanakan oleh pemegang jawatan dalam UMNO, tetapi tidak melibatkan soal dasar seperti menarik sokongan terhadap Mahiaddin Md Yasin dan kerajaan PN.
Dengan sendirinya, keputusan UMNO menarik sokongan terhadap Mahiaddin pada 7 Julai dan menarik sokongan terhadap kerajaan PN pada 3 Ogos lalu adalah tidak sah di mata RoS.
Maka adalah difahami bahawa keputusan RoS itu bukanlah sangat menunjukkan ia merupakan keinginan RoS, tetapi itu adalah keinginan sebenar Mahiaddin dan mereka yang sedang mencatur kuasa dalam kerajaan PN.
Untuk lagi mudah difahami, bermakna RoS telah diperalat dan menjadi alat kepada Mahiadddin dan kerajaan PN untuk melemahkan UMNO, seterusnya mengekalkan kekuasaan di tangan mereka.
Sepatutnya, sementara RoS meneliti segala surat dan dokumen yang dihantar Ahmad Maslan pada Isnin lalu, ia tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan terbuka yang bersifat memihak seperti kedudukan pemegang jawatan dalam UMNO hanya bersifat caretaker saja.
Bagaimana jika bukti yang ditunjukkan UMNO adalah kukuh dan ia telah mematuhi segala peraturan dalam memunda pemilihan selama 18 bulan itu?
Di mana RoS mahu meletak mula senget sebelah mereka dalam menjalankan tanggungjawab yang seharusnya mesti berteraskan keadilan dan peraturan?
Begitu pun, ini bukanlah kali pertama RoS diperalatkan untuk kepentingan politik mereka yang berkuasa.
Ketika era BN dahulu, ia juga berperanan memihak kepada kerajaan semasa berkaitan pendaftaran Bersatu yang menghadapi pelbagai masalah, hinggakan nama Bersatu pun tidak dibenar untuk digunakan.
Mematuhi kehendak RoS itu, akhirnya nama PPBM telah digunakan dan hanya setelah BN tumbang dan PH berjaya menjadi kerajaan, barulah nama Bersatu dibenar untuk digunakan semula.
Apa yang dialami UMNO sekarang sepertinya suatu balas dendam daripada Bersatu terhadap parti itu.
Dulu Bersatu mahu menumbangkan UMNO, lalu RoS diperalatkan untuk menekan Bersatu dengan harapan kejatuhan kerajaan dapat dielakkan, namun barangkali, tekanan itulah yang menjadi salah satu sebab rakyat lebih bangkit untuk mengakhiri era BN pada PRU 2018 lalu.
Kini Bersatu pula mengetuai kerajaan dan UMNO sedang berusaha mahu menumbangkan kerajaan, maka sekali lagi RoS dipergunakan untuk menekan serta melemahkan musuh kerajaan.
Oleh kerana Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin yang bertanggungjawab kepada RoS adalah juga Setiausaha Agung Bersatu, apa yang berlaku kepada UMNO sekarang ini bukanlah sesuatu yang menghairankan.
Lumrah telah ditunjukkan bahawa baik UMNO atau Bersatu yang mengetuai kerajaan, tekanan kepada musuh dengan menggunakan jentera kerajaan adalah suatu keseronokan bagi mereka memperalatkannya.
Namun demikian, dalam situasi yang begitu menekan sekarang, tidak banyak pilihan ada di tangan UMNO, khususnya buat Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi.
Pemimpin UMNO yang pro kerajaan PN dan Mahiaddin mungkin gembira dengan tekanan RoS itu kerana ia memberi ruang untuk mereka terus berlama-lama lagi mengaut nikmat kehidupan sebagai menteri dalam kerajaan.
Risiko sama ada UMNO dilemahkan atau diharamkan sekali pun barangkali tidaklah sepenting keghairahan mengekalkan jawatan sedia ada yang masing-masing pegang ketika ini.
Sebab itu, semua mereka senyap sunyi tidak berbunyi apa-apa bagai merestui saja tindakan RoS itu, meski hakikatnya sebahagian mereka tahu bila sebenarnya MT UMNO bermesyuarat membuat ketetapan menangguhkan pemilihan selama 18 bulan itu.
Tetapi, bagi bagi kelompok UMNO yang telah membuat ketetapan muktamad menolak Mahiaddin, dengan sikap yang ditunjukkan oleh RoS itu, hanya satu saja pilihan yang tinggal di tangan mereka bagi memastikan masa depan UMNO tidak terus dikafankan.
Ia tidak lain dengan mengukuhkan lagi iltizam untuk menumbangkan Mahiaddin dan PN secepat mungkin, jika boleh, sebelum terbit matahari pagi pada esok hari.
Hanya dengan segera menamatkan regim Mahiaddin ini, itulah satu-satunya jalan untuk UMNO dapat diselamatkan dan RoS ketika itu akan terjumpa semula jalan pulang ke pangkal kebenatan. 
(ShahbudinHusin 11/08/2021)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/nyawa-umno-hanya-dapat-diselamatkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nyawa Politik Mahiaddin Kini Terletak Pada Umno

Nyawa Politik Mahiaddin Kini Terletak Pada Umno

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 215 hits
MOHD SAYUTI OMARMesyuarat MKT Umno dalam talian dijangka akan diadakan petang ini dikira penting Ia akan memusatkan kepada kedudukan ahli parlimennya yang enggan mengikut keputusan parti yang dibuat dalam Perhimpunan Agung Umno Semua Ahli P...
107 Mp Pembangkang Kecuali Umno Hadir Undur Mahiaddin Bergema Di Dataran Merdeka

107 Mp Pembangkang Kecuali Umno Hadir Undur Mahiaddin Bergema Di Dataran Merdeka

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 207 hits
MALAYSIA DATELINE107 ahli Parlimen pembangkang tidak termasuk MP Umno berkumpul di Dataran Merdeka hari ini selepas mereka di halang dari masuk ke Parlimen Semua ketua pemimpin parti pembangkang termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad Datuk Seri S...
Cuba Ambil Nyawa Sendiri Mina Bekas Ahli Aoa Sempat Diselamatkan

Cuba Ambil Nyawa Sendiri Mina Bekas Ahli Aoa Sempat Diselamatkan

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 231 hits
Umum mengetahui bahawa Min bekas ahli kumpulan AOA menghidapi pelbagai masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan serangan panik Meskipun pernah cuba mengambil naywanya sebelum ini namun wanita itu berjanji akan menjalani rawatan yang ...
Perpecahan Bn Umno Hanya Dapat Diperbaiki Pada Pru15 Kata Shahrir

Perpecahan Bn Umno Hanya Dapat Diperbaiki Pada Pru15 Kata Shahrir

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 200 hits
Menurut Shahrir Samad setelah 38 bulan berlalu semenjak PRU14 Umno dan BN sekurang kurangnya sudah berpecah kepada tiga kumpulan PETALING JAYA Perpecahan dalam Barisan Nasional dan Umno adalah satu perkara yang tidak dapat diselindungkan la...
Sidang Parlimen Khas Tentu Keabsahan Mahiaddin Mesti Diadakan Segera Bukannya September

Sidang Parlimen Khas Tentu Keabsahan Mahiaddin Mesti Diadakan Segera Bukannya September

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 200 hits
Kami Ahli Ahli Parlimen Pembangkang bersependapat bahawa satu sidang khas Parlimen mesti diadakan SESEGERA MUNGKIN TIDAK LEWAT DARI 9 OGOS berasaskan Peraturan Mesyuarat 11 untuk membentang membahas dan memutuskan usul undi percaya terhadap...
Tan Sri Mahiaddin Yassin Gagal Di Mata Rakyat Umno Umum Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Pn Perdana Menteri

Tan Sri Mahiaddin Yassin Gagal Di Mata Rakyat Umno Umum Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Pn Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 313 hits
The ReporterUnited Malays National Organisation hari ini mengumumkan penarikan balik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini selepas mengadakan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMN...
Insaflah Nasihat Zahid Hamidi Kepada Mp Umno Yang Sokong Mahiaddin

Insaflah Nasihat Zahid Hamidi Kepada Mp Umno Yang Sokong Mahiaddin

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 257 hits
Kepada Ahli Parlimen UMNO yang masih menyokong kerajaan PN pimpinan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Mahiaddin Md Yasin Nasihat saya insafilah kewajipan dan tanggungjawab kita sebagai wakil rakyat Wakil rakyat yang bermaksud ...
Ph Plus Tuntut Mahiaddin Letak Jawatan Segera

Ph Plus Tuntut Mahiaddin Letak Jawatan Segera

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 287 hits
Parti parti pembangkang Malaysia bersetuju dengan Yang di Pertuan Agong bahawa kabinet Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin telah bertindak di luar kerangka pemerintahan dan Perlembagaan yang sewajarnya berhubung kemelut mengungkai Ordi...
No Anwar No Dap Hanya Sentimen Umno Zahid Boleh Ubah Kata Ph

No Anwar No Dap Hanya Sentimen Umno Zahid Boleh Ubah Kata Ph

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 315 hits
agendadaily com8 8 2021Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kawan rapat politik sejak 1980 an Laungan No Anwar No DAP dibawa UMNO hanya berbentuk sentimen dan boleh berubah sekali gus menjayakan kerjasama parti itu den...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda