Nyatakan Bila Tarikh Sebenar Kapal Lcs Siap 2024 Atau 2026 Syed Ibrahim


 



Tarikh siap kapal tempur pesisir (LCS) yang bercanggah antara Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia menimbulkan tanda tanya dalam kalangan rakyat.

Bagi Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh, tarikh tepat mesti dinyatakan dengan jelas sama ada pada 2024 sebagaimana dakwaan Hishamuddin atau Januari 2026 seperti kenyataan Panglima Angkatan Tentera.

"Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang turut terpalit dalam skandal LCS bolehlah kita sifatkan sebagai tidak bertanggungjawab meskipun memegang portfolio yang berkaitan dengan keselamatan dan kedaulatan negara.

"Semasa sidang Dewan Negara pada 8 Ogos, beliau menyatakan kapal tempur LCS akan siap dalam “setahun dua” lagi.

"Ini bererti kapal itu sepatutnya diterima pada 2023 atau 2024.

"Terbaru, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang pula menyatakan dua LCS terawal akan diterima pada bulan Januari dan September 2026.

"Mengapakah wujud dua tempoh masa yang bercanggah di antara Hishamuddin dan Jeneral Tan Sri Affendi?" tanyanya.

Ahli Parlimen Ledang itu menegaskan, sebarang kelewatan tempoh menyiapkan kapal akan menyebabkan pertambahan kos.

Oleh yang demikian, Menteri, Parlimen Malaysia dan rakyat perlu dimaklumkan dengan terperinci mengenai hal hal yang berkaitan peruntukan negara seperti itu.

"Berdasarkan laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang mendedahkan surat syarikat BNS bertarikh 16 Julai 2019, bagi menyiapkan pembinaan keenam-enam kapal LCS yang lewat daripada jadual, memerlukan anggaran tambahan kos sebanyak RM1.416 bilion. Iaitu terdiri daripada kos langsung berjumlah RM58.41 juta dan juga kos tidak langsung berjumlah RM1.358 bilion

"Justeru, berapakah kos tambahan yang perlu ditanggung kerajaan memandangkan kapal LCS terawal akan diterima pada Januari 2026 dan bukannya tahun hadapan?

"Hishamuddin wajib menjawab persoalan persoalan di atas dengan jujur meskipun beliau sebelum ini cuba menyalahkan pentadbiran Pakatan Harapan atas kelewatan projek LCS," katanya lagi.

Skandal pembinaan LCS kembali memanas apabila dilaporkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menerima dua LCS pada Januari dan September 2026.

Panglima Angkatan Tentera berkata kapal ketiga pula diterima pada Mei 2027, kapal keempat pada Januari 2028 dan kapal kelima pada September 2028.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/09/nyatakan-bila-tarikh-sebenar-kapal-lcs.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lcs Delivery Dates Syed Saddiq Inclined To Trust Armed Forces Head

Lcs Delivery Dates Syed Saddiq Inclined To Trust Armed Forces Head

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 171 hits
Muda president Syed Saddiq Abdul Rahman has urged the authorities to definitively state when the littoral combat ships will be delivered This said Syed Saddiq was necessary due to conflicting claims on the delivery date made by Armed Forces...
Apakah Pemimpin Pas Dalam Kesesatan Atau Jiwa Kacau

Apakah Pemimpin Pas Dalam Kesesatan Atau Jiwa Kacau

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 280 hits
Jika ini lah corak pemikiran pemimpin PAS yang sangat sempit dalam masyarakat majmuk parti ini perlu dikuburkan lebih awal supaya tidak ROSAK akidah umat Akhlak siapa yang mereka ikut Tak dapat anggur masam katanya
Kebetulan Atau Disengajakan

Kebetulan Atau Disengajakan

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 138 hits
Perspektif dan persepsi saya mengenai media KEBETULAN ATAU DISENGAJAKAN Gambar 1 Cuba lihat grafik di TV3 ini Mungkin bagi sesetengah orang ia biasa tetapi berdasarkan pengalaman saya grafik ini salah etika Dari persepktif dan persepsi saya...
Ada Kanak Kanak Yang Tinggal Di Ppr Hanya Minum Susu Jenama Murah Atau Makan Telur Sahaja

Ada Kanak Kanak Yang Tinggal Di Ppr Hanya Minum Susu Jenama Murah Atau Makan Telur Sahaja

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 431 hits
Foto hiasan sahajaKajian telah menunjukkan ramai golongan M40 yang mempunyai pendapatan antara RM4 850 hingga RM10 959 telah beralih kepada B40 akibat pandemik Covid 19 manakala mereka yang berada dalam kategori miskin bandar pula terpaksa ...
Deklamasi Atau Persembahan Puisi Artistik

Deklamasi Atau Persembahan Puisi Artistik

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 187 hits
LATAR BELAKANGSelain disiar di akhbar dan diterbitkan dalam buku puisi Melayu juga berkembang melalui Deklamasi Deklamasi adalah media untuk menyebar puisi Deklamasi terbahagi kepada 1 Untuk pertandingan2 Untuk persembahanPERTANDINGAN Perta...
8 Perekam Layar Terbaik Untuk Merekam Video Atau Tampilan Screen Komputer

8 Perekam Layar Terbaik Untuk Merekam Video Atau Tampilan Screen Komputer

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 193 hits
Di postingan sebelumnya tentang screen recorder CB sudah bahas 4 cara merekam video di layar komputer Berikut ini best screen recorder berupa 8 perekam layar terbaik yang bisa Anda gunakan untuk merekam video atau apa pun yang ada di layar ...
Pascasiswazah Keperluan Atau Hanya Mengejar Kpi Sahaja

Pascasiswazah Keperluan Atau Hanya Mengejar Kpi Sahaja

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 176 hits
Oleh Nazri Halif PhD Zaman saya buat MSc dahulu tahun 2001 masa tu tak berapa ramai yang grad smbg MSc atau PhD Zaman tu boleh grad hanya kerana dapat selesaikan projek tesis Syariat grad on time kena ada journal Q masih belum wujud Yang ad...
Tak Perlu Mengadu Pada Pembangkang Atau Kerajaan Setakat Nak Dapat Rm200 Sehari

Tak Perlu Mengadu Pada Pembangkang Atau Kerajaan Setakat Nak Dapat Rm200 Sehari

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 184 hits
SIHAT KESIHATAN SIHAT KEWANGANModal Permulaan RM150 00 1 botol Sacha Inchi PremiumPelan Mudah Untuk Mendatangkan Insentif Lumayan Dibayar Setiap Hari Terus Masuk Ke Akaun Bank atau ke Akaun Emas QM anda RM300 INSENTIF TERSEDIA KEPADA SEMUA ...
Penyertaan Muda Dalam Ph Untung Atau Merugikan

Penyertaan Muda Dalam Ph Untung Atau Merugikan

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 133 hits
Oleh Mohd Fauzi FadzilULASAN Peribahasa Melayu ada menyebut Bagai Pacat Ingin Menjadi Ular peribahasa tersebut mungkin sesuai untuk dikiaskan terhadap tindak tanduk Parti Ikatan Demokratik Malaysia yang menyatakan hasrat untuk menyertai Pak...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Technology For Startup Growth

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Tewas Akhirnya

Khasiat Dan Kelebihan Halba Untuk Kesihatan

Himpunan Anti Rasuah Jelaskan Motif

Egg Stra Ong Maryybrown Menu Sempena Tahun Baru Lunar

Nak Hidup Tenang Cuba Tengok Perkongsian 32 Tip Untuk Hidup Tenang

Impak Positif Disiplin Terhadap Produktiviti