Penyertaan Muda Dalam Ph Untung Atau Merugikan







Oleh: Mohd Fauzi Fadzil

ULASAN: Peribahasa Melayu ada menyebut ‘Bagai Pacat Ingin Menjadi Ular’, peribahasa tersebut mungkin sesuai untuk dikiaskan terhadap tindak-tanduk Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang menyatakan hasrat untuk menyertai Pakatan Harapan (PH).

Hasrat tersebut sememangnya murni namun kejengkelan wujud terhadap sikap MUDA yang belum memulakan perbincangan dengan Majlis Presiden PH telah pun menyatakan tuntutan terhadap 15 kerusi parlimen yang ingin mereka tandingi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.

Sikap tersebut dibidas oleh Adam Adli selaku Ketua Angkatan Muda KEADILAN, sikap MUDA tersebut dianggap sebagai tidak tertib oleh Adam kerana beliau sendiri masih belum dimaklumkan berkenaan sebarang permohonan MUDA untuk menyertai PH.

Peraturan pembahagian kerusi

Presiden MUDA mungkin tidak mengetahui bahawa PH mempunyai model dan aturan untuk menentukan pembahagian kerusi antara parti komponennya, antara ciri paling penting untuk sesebuah parti komponen mendapat hak bertanding di sesebuah kerusi parlimen (ataupun Dewan Undangan Negeri) adalah jumlah ahli berdaftar parti tersebut di sesebuah lokaliti.

Jumlah pendaftaran ahli yang tinggi menjadi justifikasi untuk memenangkan calon sesebuah parti di kerusi parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Persoalannya adakah MUDA yang baru berdaftar pada 23 Disember 2021 itu mempunyai jumlah ahli yang mencukupi untuk menuntut mana-mana kerusi parlimen atau Dewan Undangan Negeri daripada parti komponen PH yang lain?

MUDA pernah bertembung KEADILAN PRN Johor

Peribahasa Melayu juga ada menyebut ‘Jika Kepalanya Ular, Takkan Ekornya Belut’, peribahasa ini sangat sesuai untuk dikiaskan kepada kepimpinan MUDA. Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor awal tahun ini KEADILAN telah menawarkan 3 kerusi untuk ditandingi oleh MUDA. Tawaran tersebut bukan sahaja ditolak, malah calon daripada MUDA telah bertembung dengan calon KEADILAN di kerusi Dewan Undangan Negeri Larkin.

Keadaan ini menyebabkan kerusi tersebut terlepas ke tangan Barisan Nasional (BN). Perbuatan tersebut boleh dianggap sebagai sabotaj, sedangkan sebelum PRN Johor bermula, MUDA telah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan PH sebagai sebuah blok.

Persoalan yang paling besar perlu dijawab oleh Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman adalah kesanggupan beliau untuk menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu-satunya calon Perdana Menteri daripada PH menjelang PRU ke-15 nanti.

Rekod yang tertulis di dalam buku ‘Angkatan Muda Keadilan: Menongkah Arus Pengkhianatan’ telah mencatatkan tindakan agresif Syed Saddiq (ketika beliau dalam Bersatu) dalam setiap Mesyuarat Pemuda Pakatan Harapan untuk menolak perlantikkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Nyatakan sikap terhadap Anwar

Kedudukan Datuk Seri Anwar yang telah dipersetujui di dalam manifesto PH untuk menggantikan Tun Dr Mahathir tidak pernah diperakui oleh Syed Saddiq, malah wakil Angkatan Muda KEADILAN yang berterusan mempertahankan kedudukan Datuk Seri Anwar telah diminta berundur daripada terus menganggotai kepimpinan Pemuda PH oleh Syed Saddiq.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga mempunyai sejarah kontroversi dengan kepimpinan pertubuhan belia di Malaysia. Beliau pernah berkonfrantasi dengan kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM), juga isu sebelum Pindaan Akta 668 (Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia) dibawa ke Parlimen pada tahun 2019, yang dibantah oleh persatuan belia kerana tidak dirujuk kepada mereka.

Reputasi Syed Saddiq yang tercalar ini mungkin menyukarkan PH. Rakyat terutama golongan belia akan menjauhi PH dengan kehadiran MUDA pada PRU ke-15 sekiranya parti tersebut dibenarkan menjadi sebahagian komponen.

_________________________________________________________________________________
Penulis merupakan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Cabang Pandan




 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/09/penyertaan-muda-dalam-ph-untung-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kekuatan Muda Sudah Disaksikan Di Johor Ph Wajar Pertimbang Terima Penyertaan Muda Pemuda Amanah

Kekuatan Muda Sudah Disaksikan Di Johor Ph Wajar Pertimbang Terima Penyertaan Muda Pemuda Amanah

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 175 hits
Keterbukaan Parti Ikatan Demokratik Malaysia yang bersetuju untuk memohon menyertai gabungan Pakatan Harapan perlu dilihat sebagai satu pendekatan baik bagi mengelakkan pertembungan sesama parti pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke 15 aka...
Ekonomi Negara Menghampiri Kehancuran Tak Kira Siapa Jadi Pm Atau Menteri

Ekonomi Negara Menghampiri Kehancuran Tak Kira Siapa Jadi Pm Atau Menteri

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 207 hits
Saya tak tahulah siapa nama Encik Mat Salleh yang bercakap dalam video ini tetapi apa dia sebut itu bukanlah cerita kuda liar Pengambilan con sultan untuk membantu kerajaan menyiapkan perancangan telah bermula sejak zaman Abdullah Badawi pa...
Siapa Bercakap Benar Khairy Atau Tok Mat

Siapa Bercakap Benar Khairy Atau Tok Mat

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 151 hits
Siapa Bercakap Benar Khairy Atau Tok Mat Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin mempertahankan dakwaannya bahawa Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan meminta dia memberi laluan dan tidak bertanding semula di kerusi Rembau pada PRU15 Menteri...
Apa Benih Yang Kamu Tanam Dan Sebar Kebaikan Atau Fitnah

Apa Benih Yang Kamu Tanam Dan Sebar Kebaikan Atau Fitnah

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 187 hits
Menarik kempen nie Salamm Rakan rakan yg dikasihiTidak lama lagi musim buah buahan seperti mangga durian rambutan langsat duku manggis nangka lain lain akan tiba Permintaan saya kepada kita semua adalah TIDAK membuang biji benih ini ke tong...
Kebetulan Atau Disengajakan

Kebetulan Atau Disengajakan

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 149 hits
Perspektif dan persepsi saya mengenai media KEBETULAN ATAU DISENGAJAKAN Gambar 1 Cuba lihat grafik di TV3 ini Mungkin bagi sesetengah orang ia biasa tetapi berdasarkan pengalaman saya grafik ini salah etika Dari persepktif dan persepsi saya...
Mana Dia Bekas Menteri Dan Timbalan Menteri Ph Dahulu Masih Dalam Gua Atau Putus Asa

Mana Dia Bekas Menteri Dan Timbalan Menteri Ph Dahulu Masih Dalam Gua Atau Putus Asa

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 208 hits
Dr Mujahid ni salah seorang pemimpin PH yang rajin juga buat kerja menyerang UMNO Cuma dia kurang konsistensi Tapi masih ok sebab dia masih berlegar dalam Kementerian yang jadi portfolionya ketika PH mentadbir sebelum ini Boleh baca berita ...
50 Rakyat Malaysia Akui Tak Mampu Beli Rumah Tanpa Bantuan Kewangan Atau Kerajaan

50 Rakyat Malaysia Akui Tak Mampu Beli Rumah Tanpa Bantuan Kewangan Atau Kerajaan

papar berkaitan - pada 10/9/2022 - jumlah : 355 hits
Kajian Sentimen Pengguna Separuh Kedua 2022 yang dibuat oleh Property Guru Malaysia mendapati 51 peratus responden menyatakan mereka tidak memenuhi syarat kelayakan untuk skim perumahan mampu milik kerajaan dan tidak mampu membeli hartanah ...
Yang Best Bukan Kamu Di Penjara Atau Di Ampun Tetapi Kamu Insaf

Yang Best Bukan Kamu Di Penjara Atau Di Ampun Tetapi Kamu Insaf

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 266 hits
Contoh terbaik untuk mendidik rakyat bukan tuding sana sini tunggang terbaik sampai Tak cukup jari
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Drama Pabila Dia Tersenyum

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

User Acquisition And Retention

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kalau Boleh Tak Nak Gaduh Depan Anak Farah Nabilah Kongsi Cara Tangani Selisih Faham Dengan Suami

Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid

Indahnya Syawal Pantun Hari Raya Menyemarakkan Suasana Aidilfitri

Dividen Bank Rakyat 2024 17

Salam Aidil Fitri Buat Pembaca Blog Cik Matahariku

Level Up Your Style The Coolest Geek Nerd Shirts At Geeksoutfit