Nsk Grocer Quill City Mall Kuala Lumpur
NSK GROCER QUILL CITY MALL KUALA LUMPUR | Assalammualaikum semua! Ruby ingin berkongsi berita gembira! NSK Grocer kini di buka di dalam pusat membeli-belah terkemuka Kuala Lumpur iaitu Quill City Mall Kuala Lumpur (QCMKL).
QCMKL sememangnya lokasi terbaik dan sesuai. Ini kerana, suasana membeli barang dapur yang selamat dan selesa. Fasiliti di QCMKL tiada tandingannya. Ticketless parking, sekuriti kamera 24 jam, pemantauan SOP oleh pasukan pengawal keselamatan. Pintu masuk melalui parking, lobi, MRT dan UniKL sahaja. Sangat mudah
QCMKL sangat sesuai untuk menjadi pusat membeli-belah seisi keluarga. Kami suka ke sini sebab ada GSC Cinemas, ECO Shop, Mr DIY, KFC, dan tempat makan best yang lain. Sekarang, ada NSK Grocer pula. Lagi lah best!
NSK GROCER QUILL CITY MALL KUALA LUMPUR
Ruby masih ingat kenangan memborong di NSK Trade City, Selayang dulu. Ketika zaman kami ada perniagaan keluarga. Kami aktif dengan catering. Bulan Ramadan kami akan berniaga di Bazaar Ramadan.
NSK adalah lokasi kami membeli bahan masakan untuk perniagaan harian. Seawal jam 4 pagi Ruby akan ke NSK. Mencari sayuran segar, ayam segar dan bahan-bahan masakan lain. Harga ahli adalah yang paling kami suka.
Kemudian malam raya! Yes malam raya adalah malam kami mencari bahan masakan. Ya Allah ramainya pengunjung. Tetapi ia sangat menyeronokkan. Sebab, vibes malam raya kalau ke pasar memang meriah. Dengan adanya promosi istimewa, pekerja NSK tak henti-henti menambah stok. Hahaha. Good memori kan
Sebelum ada Coway, Ruby akan borong air suling URO beberapa kotak. Air itulah kami masak untuk buat susu anak, air harian untuk kami sekeluarga. Masa tu muda lagi baru 27 tahun. Rasa angkat berkotak-kotak rilek je. Sekarang kalau buat lagi aktiviti mengangkat 8 kotak air URO, mau tercabut pinggang kami. Kahkahkah
Buat pengetahuan anda, QCMKL telah membawa kedai runcit inovatif yang pertama dan terbesar untuk warga Kuala Lumpur iaitu NSK Grocer. Ruby happy sangat! Sebab QCMKL ni pusat membeli-belah kegemaran Ruby sekeluarga. Pengunjung tidak terlalu ramai dan tenang je kalau ke sini
Walaupun NSK Grocer tampil dengan produk premium dan rekaan pasaraya lebih eksklusif, NSK Grocer menjanjikan jaminan barangan berkualiti, segar, produk tempatan, produk import, premium, boleh beli secara borong atau secara kuantiti sedikit dengan harga yang mampu milik semuanya di bawah satu bumbung
Kedai runcit konsep baharu di bandar adalah destinasi gaya hidup Physical and digital (Phygital), QCMKL dengan bangganya mengumumkan pelancaran penyewa utamanya, NSK Grocer
Berkeluasan lebih 85,000 kaki persegi yang terdiri daripada bahagian makanan segar terbesar, kawasan runcit kering, bahagian borong dan deli, NSK Grocer Quill City Mall Kuala Lumpur ialah konsep pertama seumpamanya yang memodenkan suasana pasar tradisional yang dilengkapi dengan persekitaran yang selesa dan selamat
Sebagai kedai runcit terkenal dengan pilihan makanan segar yang paling luas di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, NSK Grocer akan menjadi kedai runcit pertama oleh Kumpulan NSK yang menawarkan rangkaian produk premium berkualiti dan mampu milik dari seluruh dunia, daripada pelbagai jenis barangan runcit, barangan isi rumah, barangan ayam dan hasil segar seperti sayur sayuran, makanan laut hidup seperti ikan, udang dan ketam pada harga yang berpatutan untuk memberikan nilai wang kepada pelanggan.
Selain itu, pemilik perniagaan kecil juga boleh membeli barangan secara pukal di bahagian borong, dengan pelbagai pilihan produk ditawarkan pada harga yang menjimatkan
Encik Justin Liew, Naib Presiden Kanan Quill City Mall Retails Sdn Bhd berkata; “Kami berbesar hati untuk memiliki cawangan pertama NSK Grocer sebagai sebahagian daripada keluarga Quill City Mall, dan kami berbesar hati untuk membawa pengalaman membeli belah yang tersendiri dan menyeronokkan kepada pembeli moden pada masa kini
Sebagai salah satu pusat membeli-belah terkemuka di Pusat Bandar Kuala Lumpur, kami sentiasa berusaha untuk mencipta pengalaman membeli-belah yang menarik dan selesa untuk pembeli kami di mana mereka dapat mencari keperluan harian mereka dalam satu tempat. Menjadikannya destinasi membeli-belah yang ideal untuk semua.
Kami yakin NSK Grocer mempunyai potensi dan kredibiliti yang kukuh untuk memenuhi keperluan orang ramai di Kuala Lumpur dan di seluruh Lembah Klang,” kata Justin pada Majlis Pembukaan Rasmi NSK Grocer
Encik Loh Teck Wah, Pengarah NSK Grocer menegaskan bahawa; “Quill City Mall adalah lokasi yang ideal untuk membuka cawangan baharunya yang pertama. Ia adalah contoh lokasi strategik di tengah-tengah Kuala Lumpur dengan pelanggan yang berbeza-beza melintasi pusat membeli-belah setiap hari, terutamanya pekerja pejabat, keluarga muda, peniaga tempatan dan pelajar universiti di kawasan sekitar
NSK Grocer ditetapkan untuk pasaran produk premium berkualiti pada harga yang sangat berpatutan. Konsep inovatif terkini ini memenuhi keperluan setiap gaya hidup, dan kami percaya pembukaan NSK Grocer di Quill City Mall Kuala Lumpur akan membawa pengalaman membeli-belah yang santai serta impak positif kepada orang ramai
Terutamanya bagi mereka yang menetap atau bekerja di pusat bandar yang sentiasa dalam perjalanan dan memerlukan cepat pergi ke kedai runcit untuk keperluan harian mereka
NSK Grocer berbangga kerana sentiasa menawarkan produk berkualiti pada harga yang kompetitif. Mempunyai bahagian hasil segar yang terbesar, NSK Grocer membolehkan pembeli mempunyai pelbagai pilihan produk segar dan kos efektif untuk dipilih
NSK komited untuk sentiasa menyediakan hasil segar dengan bekerjasama rapat dengan semua pembekal utama kami, memastikan hanya yang terbaik untuk pelanggan kami,” tambah Teck Wah
DAFTAR N-CARD PRIVILEGE PERCUMA 1 TAHUN KEAHLIANBermula dari sekarang sampai 16 Januari 2022, anda boleh daftar N-CARD Privilege yang bernilai RM 10 selama setahun secara PERCUMA! Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Sebab banyak manfaat sebagai ahli seperti harga eksklusif ahli dan pengumpulan mata ganjaran. Nanti boleh tebus apabila NSK buat promosi untuk ahli N-CARD
PROMOSI GRAND OPENING
Bermula dari 8 Januari sehingga 16 Januari 2022 sedang berlangsung promosi Grand Opening di NSK Grocer Quill City Mall KL. Ruby sediakan katalog untuk rujukan anda semua.
NSK GROCER SYURGA BUAT SURI RUMAH
Sudah 2 hari Ruby ke NSK Grocer, Ruby hadir semasa majlis pembukaan rasmi dan hari ini 9 Januari 2022. Jom Ruby kongsikan apa yang kami beli. Percayalah, NSK Grocer ni syurga buat kita semua sebenarnya. Semuanya ada di sini.
Bahagian Borong Dan Peniaga
Bahan-Bahan Pencuci
Bahan Masakan Dan Sayuran Segar
Buah-Buahan Tempatan Dan Import
Live Seafood Dan Makanan Laut Segar
Daging Beku & Ayam Segar
Health & Beauty
Tanaman Subur Dan Bunga
Kaunter Bayaran Yang Banyak!
LOKASI NSK GROCER
NSK Grocer terletak di LG-19-21 Lower Ground di Quill City Mall KL, dan dibuka setiap hari dari 9.00 pagi hingga 11.00 malam
Kebiasaannya waktu operasi kedai-kedai di sekitar kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Abdullah, Chow Kit, Jalan Raja Laut dan di sekitarnya sehingga jam 8 malam sahaja
Kini, penduduk di sekitar kawasan ini boleh ke NSK Grocer untuk membeli barang-barang keperluan harian pada bila-bila masa yang selesa dengan harga lebih banyak penjimatan
Ruby pun akan ke NSK Grocer selepas ini melalui Lebuhraya AKLEH sahaja
NSK GrocerQuill City Mall Kuala Lumpur, 19 - 21 Lower Ground (LG) Floor, Jalan Sultan Ismail,Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: Dibuka Setiap Hari | 9 Pagi - 11 Malam
NSK GROCER | FACEBOOK | INSTAGRAMQCMKL | FACEBOOK | INSTAGRAM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruby.my/2022/01/nsk-grocer-quill-city-mall-kuala-lumpur.html