Nsk Grocer Kedai Runcit Terbesar Dan Moden Baharu Yang Pertama Di Quill City Mall
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi dan dirindui sekalian. Selalu kalau korang beli barang dapur atau keperluan rumah kat mana? Macam Maha memang suka beli kat satu sahaja kedai atau pasaraya yang ada semua sekali. Kadang-kadang beli banyak sekali gus macam borong juga lah senang dapat harga murah dan memang kita guna selalu barang tu kar rumah
Jadi memang tempat yang menjadi tumpuan Maha adalah mesti beli kat NSK. Sekarang ini mereka dah maju selangkah lagi dengan pembukaan NSK Grocer yang pertama seumpamanya di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Berada di aras Ground Flour Quill City Mall boleh jumpa NSK Grocer yang sangat baharu, luas dan selesa. Luasnya 85,0000 kaki persegi yang menempatkan semua barang ada bawah satu bumbung. Ia baru sahaja dibuka secara rasmi minggu lepas iaitu 8 Jan 2022 dengan ada majlis yang meriah dan juga persembahan tarian singa
Maha bila dah ada pembukaan pasaraya baru ini memang akan datang lah nak cari barang-barang keperluan memang kebetulan semuanya dah habis. Kalau nak cari barang basah untuk memasak atau juga bahan segar seperti sayur-sayuran, ikan, ayam, daging, dan juga buah-buahan memang Maha suka pergi kat NSK Grocer macam ni. Semua segar dengan banyak pilihan dan juga harga kompetitif dengan kos sara hidup yang makin meningkat sekarang ini.
Masa masuk tu memang rasa lain sangat sebab ia merupakan kedai runcit terbesar dan konsep baharu pertama di pusat bandaraya Kuala Lumpur dengan penawaran pelbagai produk tempatan dan import premium yang mampu milik disertai dengan pengalaman membeli-belah yang berkualiti dan selesa. Ia betul-betul berada tepi jalan paling sibuk di KL iaitu Jalan Sultan Ismail dan juga dikelilingi dengan pejabat juga universiti dan kolej berhampiran jadi sangat strategik lah tempat ini untuk orang datang beli belah. Nak datang naik pengangkutan awam pun mudah kerana ada station Monoril Medan Tuanku juga boleh akses menggunakan bas, grab atau taxi.
Maha mesti kalau datang kat tempat untuk beli barang paling penting kena beli adalah buah-buahan kat sini semua segar-segar dan juga rupa dan warna cantik-cantik belaka. Harga kita boleh nilai sendiri mampu untuk beli semua peringkat masyarakat dan puas hati sangat. Juga pada yang cari ikan hidup pun ada juga kat sini tau mereka sediakan beberapa buah akuarium dan kolam yang mengandungi ikan hidup segar seperti Talapia, Siakap, Udang, Ikan Keli, Lobster dan macam-macam lagi lah
Juga pada peniaga kecil-kecilan yang nak beli secara borong untuk dapatkan harga berpatutan kat sini pun ada juga. Mereka sediakan bahagian runcit yang jual dalam kotak atau juga dalam kuantiti yang banyak. Juga ia diasingkan dengan pembeli biasa jadi lagi mudah dan senang tak perlu nak berbaris panjang. Mereka juga menyediakan sistem pembayaran tanpa fizikal semua guna debit atau kad kredit sahaja lagi mudah tak perlu nak bawa duit banyak-banyak dalam beg atau dompet bahaya. Gaya hidup sekarang semua cashless jer senang.
Kalau kata nak datang parking kat sini pun ada juga sediakan ruangan parking kat bahagian bawah yang banyak dan juga selesa lepas bayar terus boleh bawa turun ke parking kereta. Maha suka beli kat NSK ni sebab bila dah jadi ahli memang akan ada harga istimewa untuk ahli dan juga promosi yang mereka tawarkan. Jadi kalau penuh satu troli tu sangat berbaloi lah datang beli belah kat sini. Boleh kumpul point dan boleh redem barang nanti
Sekarang ini tepuk dada tanya selera mana yang nak pergi. Ada setengah orang suka pergi banyak tempat beli barang. Bagi Maha satu tempat ada segalanya sangat mudah dan mencepatkan masa. NSK Grocer ini sebab ia dalam Quill City Mall ia buka bermula pukul 9.00 pagi hingga 11.00 malam tau jadi kedai lain tak buka lagi ia dah buka senang.
Nak tahu apa promosi yang ada kat sini boleh layari :- Laman web: http://www.nskonline.com.myFacebook : https://www.facebook.com/nskgrocerInstagram : https://www.instagram.com/nskgrocer
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2022/01/nsk-grocer-kedai-runcit-terbesar-dan-moden-baharu-yang-pertama-di-quill-city-mall.html