Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Hamka Puteh Press


 Assalamualaikum.
Anda sudah baca novel Merantau Ke Deli Karangan Pak Hamka?
Cuba anda tuliskan dalam ruangan komen apa pendapat anda tentang Novel Merantau Ke Deli.
Kalau anda nak tahu, novel Pak Hamka memang banyak tetapi karya beliau pernah disekat kerana di fitnah oleh orang tertentu sehingga Pak Hamka dipenjarakan.
Walaupun Pak Hamka dianiaya dengan begitu hebat pada zaman Sukarno, tetapi Pak Hamka tetap menjadi imam solat jenazah di hari kematian Sukarno.
Betapa tulus jiwa Pak Hamka.
Pada saya, membaca novel Pak Hamka lebih kepada perasaan. Mesej dan emosi diadun dalam bentuk cerita.
Perasaan hanya boleh digambarkan tetapi untuk mencapai 'rasa' tersebut anda sendiri yang perlu membacanya.
....speachless...
Hari ini saya ingin berkongsi sebuah novel yang tidak lapuk ditelan zaman dan memang mendapat perhatian ramai iaitu Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck HAMKA - Puteh Press.
Bahkan novel ini sudah pun difilmkan pada tahun 2013. 
Maklumat Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck HAMKA - Puteh PressNovel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck HAMKA - Puteh Press


Judul: Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck HAMKA - Puteh Press
Penulis: Pak Hamka
Format: Paperback
Saiz: 5.3" x 7.6"
ISBN-13: 978-967-369-316-0
Tarikh Terbit: 20 Disember 2015
Jumlah Muka Surat : 304
Berat (kg) : 0.24
 
Isi Kandungan Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck HAMKA - Puteh Press 

Anak Orang Terbuang
Yatim Piatu
Menuju Negeri Nenek Moyang
Tanah Asal
Cahaya Hidup
Berkirim-kiriman surat
Pemandangan di Surat
Berangkat
Di Padang Panjang
Pacu Kuda dan Pasar Malam
Bimbang
Meminang
Pertimbangan
Pengharapan Yang Putus
Perkahwinan
Menempuh Hidup
Jiwa Pengarang
Surat-surat Hayati Kepada Khadijah
Klub Anak Sumatra
Rumah Tangga
Hati Zainuddin
Dekat, Tetapi Berjauhan
Surat Cerai
Air Mata Penghabisan
Pulang
Surat Hayati Yang Penghabisan
Sepeninggal Hayati
Penutup

  
Alur Cerita Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck HAMKA - Puteh Press

Film ini menceritakan Perjalanan Cinta Seorang pemuda bernama Zainuddin peranakan berdarah Minang dari sang ayah dan Makasar dari sang Ibu. 
Selepas dia menjadi yatim piatu, dia berangkat pula ke Ranah Minang tetapi tidak diterima oleh masyarakat kerana dianggap orang Makasar. 
Di Makasar dia dianggap orang Minangkabau Zainuddin tidak diterima bergaul. 
Keaddan itu membuat dia dipencilkan, lalu tersudut di suatu wilayah yang sepi. 
Namun hidupnya berubah tiba-tiba setelah dia bertemu dengan Hayati. 
Seorang gadis yang digelar bunga Batipuh. 
Cantiknya tiada banding, dan Hayati sahaja yang sudi berkawan dengan dia. 
Mereka berbalas-balas surat. Yang akhirnya itu berubah menjadi cinta.
Cinta itu yang baru tumbuh, rupa-rupanya akan dilanda badai. 
Ranah Minang yang kuat berpegang dengan adat, membuatkan Zainuddin tidak diterima. 
Pedihnya hati Zainuddin ketika hadirnya pula orang ketiga, Aziz, yang hampir sempurna. Malah diterima baik oleh keluarga Hayati. 
Itulah mulanya perit cinta, dan berhujung pada tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.
Setelah Zainuddin mendapat tahu bahawa Hayati sudah bernikah sedangkan mereka sudah berjanji tidak akan berpisah selama, maka sengsaralah hidupnya.
Hidup Zainuddin umpama tiada ertinya lagi. Dia kemurungan sehingga termimpi-mimpi kedatangan Hayati menunjukkan cincin pernikahannya.
Sekian lama hidup dalam stress Zainuddin bangkit kembali setelah ditemani seorang teman.
Hasil penat lelahnya, Zainuddin berjaya menjadi seorang penulis terkenal dan berjaya menguruskan sebuah syarikat penerbitan. Dia menjadi kaya raya.
Manakala hidup Hayati tidak seindah seperti yang diimpikan oleh keluarganya.
Pada mulanya, hidup Hayati dilimpahi kekayaan harta dunia, namun hatinya kosong. 
Suaminya asyik berjudi dan bermain dengan perempuan lain.
Di pendekkan cerita Hayati bersama dengan suaminya bertemu dengan Zainuddin di Surabaya.
Hayati amat terkejut, novel berjudul 'Tergoris' yang amat digemarinya ditulis oleh Zainuddin.
Suatu ketika, suami Hayati ditimpa malang dan dikelilingi hutang yang banyak.
Aziz terpaksa meminta bantuan daripada Zainuddin yang ternyata kaya-raya.
Namun, Aziz tidak berubah. Dia masih gemar bermain judi.
Apabila tidak tahan dengan keadaan dirinya, maka Aziz meninggalkan isterinya Hayati kepada Zainuddin agar dapat menjaganya untuk sementara waktu kerana dia mahu pergi ke tempat lain untuk mencari rezeki.
Penantian Hayati hanya sia-sia apabila dia mendapat khabar bahawa suaminya sudah meninggal dunia dan tidak akan kembali lagi.
Hayati kemudian meluahkan isi hatinya yang selama ini masih lagi menyimpan cinta kepada Zainuddin.
Tetapi Zainuddin menolak kerana dia berpegang pada janji Hayati iaitu ingin menjadi sahabat sahaja setelah Hayati berkahwin dengan Aziz.
Walaupun dengan berat hati, Zainuddin tetap berpendirian untuk menghantar Hayati pulang ke kampung yang dahulunya membuang Zainuddin.
Dalam keadaan terpaksa, Hayati melangkah pulang ke kampung menaiki Kapal Van Der Wijck.
Namun, kecelakaan telah menimpa di mana kapal tersebut telah tenggelam.
Sebaik sahaja Zainuddin mengetahui berita tersebut, maka dia bergegas mencari Hayati di hospital.
Alhamdulillah, mereka dapat bertemu, tetapi Hayati sudah dalam keadaan nazak.
Hayati sempat menyatakan bahawa dia masih cintakan Zainuddin.
Zainuddin juga mengaku bahawa dia masih cintakan Hayati.
Namun, takdir sudah menentukan bahawa umur Hayati tidak panjang. 
Hayati, akhirnya pergi buat selamanya dan sebelum nyawanya dicabut, Hayati sempat meminta Zainuddin mengajarkan dua kalimah syahadah di telinga.
Selepas kematian Hayati, Zainuddin meneruskan hidup. Dia membuka sebuah tempat asuhan yang diberi nama Hayati.


Review Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck HAMKA - Puteh Press 

Inilah karya Hamka yang secara indah memberikan kisah cinta antara dua darjat. Cinta anak muda yang masih bergelora jiwanya.
Inilah juga karya Hamka yang secara lembut dan sopan, memberi kritik sosial yang tajam pada masyarakat, yang lebih memandang harta dan keturunan dengan beralaskan agama.
Inilah juga karya Hamka, yang bukan sahaja membuat bibir tersenyum bahagia, juga akan membuat dada sesak menahan hiba.
Karya yang akan membuatkan pembaca turut tenggelam dalam emosi dan makna, seperti Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.
Novel ini ditulis oleh HAMKA dan diterbitkan pada tahun 1938. Kisah cinta Hayati dan Zainuddin yang terhalang oleh adat minangkabau yang melihat harta kekayaan dan keturunan keluarga sebagai yang pertama dan tertinggi. Karya ini menjadi fenomena. Walau ditulis lebih 78 tahun yang lalu, ia masih lagi menjadi pilihan pembaca sehingga ke hari ini. Malah, sehingga diterjemahkan menjadi filem dan teater.
HAMKA yang dipandang sebagai seorang ulama dan ahli agama dikritik hebat pada ketika itu oleh sebab menulis sebuah novel ‘roman’ cinta remaja. 
Tetapi jauh dari itu, HAMKA sebenarnya membuat kritikan sosial kepada Minangkabau di padang yang sangat mengutamakan adat. 
Novel ini telah mengkritik adat di Minangkabau pada ketika itu yang menjadikan darjat dan keturunan sebagai perkara yang besar sehingga memutuskan hubungan antara dua jiwa, digambarkan melalui watak Zainuddin dan Hayati.
Zainuddin, lelaki yang tidak punya apa-apa. Harta tidak, rupa tidak, cinta pun kosong. Pada ketika bertemu Hayati, Zainuddin mula sedar, yang harta itu boleh dicari, rupa itu boleh diterima seadanya, dan cinta, adalah satu anugerah Tuhan.
Datangnya cinta itu sebagai satu anugerah, dan perginya ia adalah satu bencana. Haryati terpaksa menikah bukan dengan dia. Patah hati Zainuddin. Tidak dia sedar, patah hati kerana cinta itu juga satu anugerah. Anugerah yang pada akhirnya mempertemukan dia semula dengan Hayati dalam suasana yang tidak dia sangka.

Review oleh pembaca Asri Yussof
Tahun lalu, saya membaca kritikan teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck oleh Peribade Abdullah Bongkok di Daily Seni. Ketika itulah saya menemukan sesuatu yang menarik oleh beliau tentang nama watak yang dikarang Hamka dalamnya. Sebenarnya ada perlambangan yang tersembunyi dan tersirat.
Di dalam novel ini, watak Zainuddin ialah anak kepada Pandekar Sutan, Melayu Minangkabau yang membawa diri ke Makassar lalu berkahwin dengan gadis Bugis bernama Daeng Habibah.
Di sini, HAMKA menekankan bahawa rumpun manusia itu wajar bersatu tidak kira apa sahaja suku kaum. Pandekar Sutan adalah lambang kepada insan, manakala Daeng Habibah pula lambang kepada cinta. Apabila dua peribadi ini bersatu, maka hasilnya ialah "perhiasan agama", iaitu Zainuddin.
Pun begitu, perhiasan agama tidak bermakna apa-apa jika tidak bersatu pula dengan Hayati iaitu "kehidupan".
Kebetulan, saat HAMKA menulis novel ini, dilihatnya kepincangan masyarakatnya yakni Minang yang membeza-bezakan suku dan darjat serta HAMKA tidak bersetuju sama sekali dengan konsep kahwin paksa, maka itu dijadikan plot demi mendramakan lagi novelnya.
Apabila hakikat kehidupan yang tulen itu dipandang enteng; yakni sekadar mengambil lapis atasnya sahaja, seperti yang digambarkan oleh HAMKA melalui perkahwinan Hayati dengan Aziz, maka manusia itu bisa pincang.
Aziz bermaksud "perkasa" dan perkasa di sini digambarkan wataknya dengan darjat, kuasa, wang, kemewahan dengan cara hidup Belanda. Namun, gambaran perkasa ini tidak merujuk kepada gambaran yang Maha Perkasa.
Kemudian, HAMKA menjelaskan lagi apabila ruang kemaafan ditutupi dengan tembok dendam, akhirnya hakikat hidup itu akan lenyap dan tenggelam bersama materialistik.
Kesimpulannya, HAMKA menyeru agar kita (manusia) menjadi pemaaf dan bersatu menuju hakikat hidup lalu menentang penjajahan material (duniawi) dan hidup merdeka bagai orang bercinta.
Ini yang dimaksudkan oleh HAMKA:
"Kalau hidup sekedar hidup, babi di hutan juga hidup; Kalau bekerja sekedar bekerja, kera juga bekerja."
Dalam konteks ketika novel ini terhasil, ia ditafsirkan sebagai seru agar Melayu bersatu menentang Belanda dan sistemnya yang telah berjaya meracuni tatakrama (adat sopan santun) Melayu.

Contoh Isi Kandungan Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck HAMKA - Puteh Press
Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck HAMKA - Puteh Press
Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck HAMKA - Puteh Press
Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck HAMKA - Puteh Press


Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck HAMKA - Puteh Press

Kesimpulan Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. 
Saya sudah tulis panjang lebar dalam bahagian alur cerita di atas.
Anda juga boleh baca review dan komen-komen daripada orang lain yang pakar mengulas tentang novel dan film ini.
Pada saya, anda perlu baca novel Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck HAMKA - Puteh Press untuk merasai dan menghayatinya sendiri.
Bacalah Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck HAMKA - Puteh Press.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://notainsan.blogspot.com/2022/04/novel-tenggelamnya-kapal-van-der-wijck.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Novel Merantau Ke Deli Karangan Pak Hamka

Novel Merantau Ke Deli Karangan Pak Hamka

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 252 hits
Assalamualaikum semua Ya Siapa yang tidak kenal dengan Pak Hamka atau Buya Hamka Nama penuhnya Abdul Karim Malik Amrullah Karyanya tidak lekang oleh waktu Hari ini perkongsian saya adalah tentang Buku Merantau Ke Deli Sebuah novel yang mena...
Hiburan Mula Mula Cubit Pipi Anak Diganggu Pemandu Van Sekolah Miang Bapa Nekad Buat Laporan Polis

Hiburan Mula Mula Cubit Pipi Anak Diganggu Pemandu Van Sekolah Miang Bapa Nekad Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 165 hits
Sebuah perkongsian seorang bapa di Facebook hari ini mengenai gangguan seksual yang dialami anaknya telah mendapat perhatian warga maya sekaligus menjadi tular di media sosial Menurut individu bernama ini anaknya telah meminta si bapa untuk...
Bapa Tular Lempang Pemandu Van Sekolah Pesan Jangan Ambil Mudah Gangguan Seksual

Bapa Tular Lempang Pemandu Van Sekolah Pesan Jangan Ambil Mudah Gangguan Seksual

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 151 hits
March 30 2022 Seorang bapa berang dengan tindakan pemandu van sekolah selepas dipercayai melakukan gangguan seksual terhadap anak perempuannya berusia 11 tahun PETALING JAYA Pendedahan isu gangguan seksual terhadap kanak kanak khususnya yan...
Pemandu Tertinggal Budak Autisme Selama 3 Jam Dalam Van Sehingga Mati Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Tertinggal Budak Autisme Selama 3 Jam Dalam Van Sehingga Mati Mengaku Tidak Bersalah

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 206 hits
Gara gara cuai sehingga menyebabkan kematian seorang kanak kanak perempuan autisme Oktober 2021 seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini Tertuduh Mohd Nazree Uzir 35 bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas pertud...
Makan Di Der Cabin Bistro Lagi

Makan Di Der Cabin Bistro Lagi

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 209 hits
Assalamualaikum wbtLAMBAT betullah jarum jam bergerak hari ini Hari tu Naza ada mohon jam dinding baru untuk kegunaan dewan peperiksaan Sementara belum ada yang nak periksa ni kami gantung dulu dalam pejabat kami ni ha Toleh toleh pukul 10 ...
Kami Hantar Ambil Setiap Hari Sofia Cakap Ada Orang Lelaki Minta Naik Van

Kami Hantar Ambil Setiap Hari Sofia Cakap Ada Orang Lelaki Minta Naik Van

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 153 hits
Berikutan kes kanak kanak perempuan berusia 8 tahun yang dipercayai hilang selepas pulang dari sekolah pada petang Rabu ibu mangsa tampil berkongsi cerita sebenar di sebalik kejadian yang menimpa anaknya Menerusi perkongsian Puan Ryana Mohd...
Buku Buya Hamka Berbicara Tentang Perempuan

Buku Buya Hamka Berbicara Tentang Perempuan

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 255 hits
Assalamualaikum Karya Buya Hamka memang evergreen Salah satu buku yang masih lagi mendapat sambutan daripada pihak penerbitan buku untuk diterbitkan semula ialah buku yang berjudul Buya Hamka Berbicara Tentang Perempuan Judul asal buku ini ...
Ali Puteh Nafi Jual Ayam Untuk Bayar Duit Balu Abam Rm60k Saya Tak Kerja Untuk Bayar Duit Itu

Ali Puteh Nafi Jual Ayam Untuk Bayar Duit Balu Abam Rm60k Saya Tak Kerja Untuk Bayar Duit Itu

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 363 hits
Sebelum ini mahkamah telah memerintahkan pelawak Ali Puteh untuk membayar kos sebanyak RM60 000 kepada bekas kakak iparnya selepas dipercayai mengeluarkan kata kata a1b di laman Instagramnya pada dua tahun lalu Bagaimanapun pelawak ini mema...
Jual Ayam Bukan Untuk Bayar Duit Itu Ali Puteh

Jual Ayam Bukan Untuk Bayar Duit Itu Ali Puteh

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 204 hits
JOHOR BHARU Mengorak langkah ke dunia perniagaan pembekalan ayam mentah bersama jenama Red Grocer pelawak Ali Puteh 34 bagaimanapun menegaskan
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Sarat Hamil 8 Bulan Comel Je Baby Bump Maryam Durian Kimchi

First Time Jaga Anak Berkhatan Doktor Beri Tip Mudah Cepat Sembuh

10 Petua Dapur Berguna Untuk Memudahkan Hidup

Christmas With Tears In 2024

Precious Metal Recycling Malaysia Turning Waste Into Value

Ifa Raziah Dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa