Bapa Tular Lempang Pemandu Van Sekolah Pesan Jangan Ambil Mudah Gangguan Seksual


 

FMT Reporters -March 30, 2022 Seorang bapa berang dengan tindakan pemandu van sekolah selepas dipercayai melakukan gangguan seksual terhadap anak perempuannya berusia 11 tahun.PETALING JAYA: Pendedahan isu gangguan seksual terhadap kanak-kanak khususnya yang masih kecil tidak boleh diambil mudah oleh setiap ibu bapa.
Bapa kepada kanak-kanak perempuan 11 tahun yang dipercayai menjadi mangsa cabul seorang pemandu van sekolah berkata, penting untuk ibu bapa menanam kesedaran kepada anak terhadap bahaya gangguan seksual.
“Pendedahan pasal seksual ini jangan bawa main, lagi-lagi bab anak perempuan, kena ‘alert’. Selalu tanya, selalu bagi ruang pada mereka supaya tak malu dan tak takut untuk ceritakan pada kita,” katanya di Facebook.
Lelaki itu berkata, ibu bapa, mangsa atau ahli keluarga yang terlibat tidak boleh hanya berdiam diri dalam isu gangguan seksual, kanak-kanak khususnya perlu dibiasakan dan berani untuk bercerita berkenaan isu seksual.
“Setakat kena pegang tangan satu kesalahan ke? Kena tepuk punggung ini kira gangguan seksual ke? Kena gosok-gosok peha ni kesalahan berat ke? Pegang dada je ke baru dipanggil cabul?
“Ramai keliru dan tak pernah tahu pun, akhir sekali bila dah baca segala pendedahan. Baru teringat, kita dulu pun pernah kena situasi macam ni.
“Dengan ustaz sekolah, dengan ‘driver’ bas, dengan ramai orang tapi tak pernah tahu pun ini satu kesalahan berat. Kita cuma keliru waktu itu dan akhir sekali ambil pendedahan jarakkan diri sahaja, tidak beritahu siapa-siapa,” luahnya.
Menerusi paparan video dia menampar suspek, lelaki itu berkata tindakan berkenaan salah, namun baginya apa dilakukan sebagai peringatan dan pengajaran.
“Ya memang salah, saya pukul tak lebih pun, lebih pada peringatan pada dia,” katanya.
Menurutnya, perlu diingatkan kepada mangsa bahawa kebanyakan pesalah seks bijak bermain dengan sentimen, mereka akan membawa watak seseorang yang baik dan penyayang membuatkan mangsa timbul rasa serba salah.
“Psikologi pasal seksual ni, ‘predator’ ini akan mainkan sampai kita keliru. Dia akan bawa watak penyayang, bawa watak sebagai orang yang jaga kita, yang baik sangat. Bila dia raba kita, kita jadi serba salah, jadi tak menentu.”
Ketika dihubungi FMT, lelaki itu berkata pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung kejadian di Balai Polis Seremban 2 dan suspek ditahan, hari ini.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seremban Nanda Maarof, berkata siasatan awal mendapati lelaki berumur 41 tahun berkenaan mengaku mencabul mangsa.
“Kes disiasat bawah Seksyen 14 (a) Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017, berdasarkan siasatan awal, suspek mengaku (melakukan kesalahan itu),” katanya dalam kenyataan.
Menerusi laporan polis dibuat pihak keluarga mangsa yang dilihat FMT, mangsa mendakwa episod itu bermula apabila pemandu itu mula memujinya sebagai cantik dan menyentuh pipinya dalam van ketika menghantarnya pulang dari sekolah di Seremban, pada 28 Mac.
Keesokan harinya, ibu mangsa mendakwa bahawa pemandu itu, memujuk anaknya duduk di sebelahnya dalam kenderaan berkenaan, sambil memuji anaknya sebagai istimewa, dan turut meminta mangsa menyimpan nombornya dan “menambahnya” di WhatsApp.
“Selepas itu, dia (pemandu) menggosok tangan anak perempuan saya dua kali, mendekat, dan menggosok kaki kanannya. Anak perempuan saya mendedahkan kejadian ini kepada saya sambil menangis dan dia trauma dengan kejadian itu,” menurut laporan itu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/bapa-tular-lempang-pemandu-van-sekolah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Mula Mula Cubit Pipi Anak Diganggu Pemandu Van Sekolah Miang Bapa Nekad Buat Laporan Polis

Hiburan Mula Mula Cubit Pipi Anak Diganggu Pemandu Van Sekolah Miang Bapa Nekad Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 164 hits
Sebuah perkongsian seorang bapa di Facebook hari ini mengenai gangguan seksual yang dialami anaknya telah mendapat perhatian warga maya sekaligus menjadi tular di media sosial Menurut individu bernama ini anaknya telah meminta si bapa untuk...
Jangan Mudah Mudahnya Sambut

Jangan Mudah Mudahnya Sambut

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 167 hits
JANGAN MUDAH MUDAHNYA SAMBUT Assalammualaikum wbtRakit patah ganti sampanSampan dibuat dipinggir hutanCabar mencabar percikkan pertelingkahanJangan dilayan semakkan fikiranSayang sayang buah kepayangJangan maruah kau pertaruhkanAndai benar ...
Jangan Ambil Mudah Sokongan Rakyat Perbaiki Kelemahan Parti William

Jangan Ambil Mudah Sokongan Rakyat Perbaiki Kelemahan Parti William

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 140 hits
Anggota KEADILAN perlu memeriksa diri sendiri dan jangan salahkan rakyat kerana kalah dalam Pilihan Raya Negeri baru baru ini Menurut Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen anggota parti perlu bertanya apakah penyebabnya selepas mena...
Jangan Paksa Anak Puasa Kalau Tak Larat Dekatkan Ramadan Dengan Cara Ni Mudah

Jangan Paksa Anak Puasa Kalau Tak Larat Dekatkan Ramadan Dengan Cara Ni Mudah

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 229 hits
Malam ini pasti ada mak ayah yang masih lagi mencuba pelbagai usaha dan tip untuk mengajar si kecil berusia tujuh tahun untuk berpuasa esok hari Berpuasa tidak memerlukan paksaan namun harus dididik anak kecil kita malah didedahkan dengan a...
Jangan Asyik Fikir Nak Mengandung Sampai Stres Doktor Kongsikan Tip Mudah Hamil

Jangan Asyik Fikir Nak Mengandung Sampai Stres Doktor Kongsikan Tip Mudah Hamil

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 172 hits
Jadi buntu dibuatnya bila asyik berfikir hendak tambah anak Tambah pula jarak anak pertama begitu jauh jaraknya Lama lama jadi stres bila memikirkannya kenapa masih tak hamil lagi Jangan terlalu stress dan memikirkan hendak hamil setiap mas...
Hiburan Dah Macam Ada Protes Gelagat Ibu Bapa Tunggu Anak Balik Sekolah Curi Perhatian

Hiburan Dah Macam Ada Protes Gelagat Ibu Bapa Tunggu Anak Balik Sekolah Curi Perhatian

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 180 hits
Setelah sekian lama semalam menjadi salah satu detik kebahagian buat ibu bapa apabila anak anak sudah mula bersekolah seperti biasa kembali Untuk minggu yang pertama ini sudah semestinya ibu bapa tidak mahu melepaskan peluang menghantar ana...
Pemandu Tertinggal Budak Autisme Selama 3 Jam Dalam Van Sehingga Mati Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Tertinggal Budak Autisme Selama 3 Jam Dalam Van Sehingga Mati Mengaku Tidak Bersalah

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 205 hits
Gara gara cuai sehingga menyebabkan kematian seorang kanak kanak perempuan autisme Oktober 2021 seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini Tertuduh Mohd Nazree Uzir 35 bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas pertud...
Pusat Pakaian Hari Hari Pilihan Utama Ibu Bapa Lengkapkan Pakaian Anak Ke Sekolah

Pusat Pakaian Hari Hari Pilihan Utama Ibu Bapa Lengkapkan Pakaian Anak Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 195 hits
Pusat Pakaian Hari Hari sememangnya sudah cukup dikenali ramai Tidak perlu diperkenalkan lagi kerana butik yang satu ini menawarkan variasi kelengkapan pelbagai peringkat usia yang sememangnya menjadi pilihan Paling utama harga mampu milikn...
Hiburan Tak Dapat Tandingi Nyawanya Terima Pampasan Rm1 5 Juta Bapa Arwah Adib Minta Jangan Tuduh Mata Duitan

Hiburan Tak Dapat Tandingi Nyawanya Terima Pampasan Rm1 5 Juta Bapa Arwah Adib Minta Jangan Tuduh Mata Duitan

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 172 hits
Menerima wang pampasan sebanyak RM1 5 juta daripada pihak kerajaan keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim memohon agar orang ramai tidak menuduh mereka mata duitan Menurut bapa Allahyarham iaitu Mohd Kassim Abdul Hamid bagilah seber...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara