Buku Buya Hamka Berbicara Tentang Perempuan
Assalamualaikum.
Karya Buya Hamka memang evergreen.
Salah satu buku yang masih lagi mendapat sambutan daripada pihak penerbitan buku untuk diterbitkan semula ialah buku yang berjudul Buya Hamka Berbicara Tentang Perempuan.
Judul asal buku ini ialah 'Kedudukan Perempuan Dalam Islam' mengangkat tema bagaimana perempuan dimuliakan dalam Islam.
Bagi rakyat Malaysia boleh cara buku ini >>Buku Buya Hamka Berbicara Tentang Perempuan kerana ia diterbitkan oleh syarikat penerbitan Malaysia.
Berikut merupakan sebahagian petikan daripada buku Buku Buya Hamka Berbicara Tentang Perempuan.
“Apakah lahir ke dunia suatu dosa? Jika anak perempuan dibenci, siapa gerangan yang melahirkan ke dunia laki-laki yang membenci anak perempuannya tersebut? Bukankah perempuan juga?”
Bagaimana mungkin mereka bisa membenci kelahiran perempuan padahal mereka juga dilahirkan dari rahim perempuan? Sukurnya kejadian-kejadian ini terputus semenjak turunnya ayat Al-Quran pada surat An-Nahl 58-59.
Buya Hamka menerangkan bagaimana Islam memutus kekejian pada zaman jahiliah di mana kelahiran anak perempuan sangat tidak dinantikan sehingga mereka dibunuh.
Sesungguhnya, pemikiran orang di zaman jahil amat pelik dan luar daripada fitrah manusia yang normal.
Jom kita baca lagi.
Caver Buku Buya Hamka Berbicara Tentang Perempuan
Caver Belakang Buku Buya Hamka Berbicara Tentang Perempuan
Pengenalan Buku Buya Hamka Berbicara Tentang PerempuanBuku Buya Hamka Berbicara Tentang Perempuan adalah sebuah karya Buya Hamka yang berbicara tentang pandangan Islam terhadap golongan perempuan.
Menurut Buya Hamka, tiada agama atau sistem sebaik Islam dalam memberi penghormatan kepada kaum perempuan.
Dalam Islam, orang perempuan merupakan kelompok yang dimuliakan oleh Rasulullah SAW dan memiliki peranannya tersendiri dalam kehidupan.
Buya Hamka memberi huraian berdasarkan dalil al- Quran serta hadis dan sejarah Nabi Muhammad SAW.
Buku Buya Hamka Berbicara Tentang Perempuan ini juga turut membawa wacana dan idea bahawa hak dan kewajipan perempuan beriman sama dengan hak lelaki beriman.
Namun begitu tidak sehingga terikut dan melampau seperti barat yang menyeru kepada kebebasan tanpa panduan agama.
HAMKA menegaskan bahawa kewujudan lelaki dan perempuan adalah sebagai pelengkap antara satu sama lain, seperti mana yang turut dinyatakan dalam al-Quran.
Karya ini menerangkan dengan nyata perkara dan tugas bersama yang dihadapi mereka.
Buku yang bertutur tentang perempuan ini merupakan salah satu daripada sekian banyak karya HAMKA.
Buku ini salah satu langkah beliau untuk menjelaskan sesungguhnya kedudukan perempuan dalam Islam begitu istimewa.
Isi Kandungan Buku Buya Hamka Berbicara Tentang PerempuanAntara Isi Kandungan Buku Buya Hamka Berbicara Tentang PerempuanPerempuan juga dimuliakanPenghargaan yang samaPembahagian tugasDia mendapat harga diriRasulullah SAW dengan puterinyaKemuliaan IbuHormatilah dan Sayangilah MerekaKisah Adam dan HawaLebih mulia daripada bidadariJaminan hak milikTentang wasiatAdbullah Bin Mas'ud Dan Isterinya ZainabPinpinlah Mereka IPinpinlah Mereka IIPandangan Kaum OrientalisHak-Hak Istimewa PerempuanContoh Petikan Buku Buya Hamka Berbicara Tentang PerempuanDi bawah ini saya petik lagi satu bahagian daripada isi Buku Buya Hamka Berbicara Tentang Perempuan
“Jika perempuannya baik, baiklah negara, dan jika mereka bobrok, bobrok pulalah negara. Mereka adalah tiang dan biasanya tiang rumah tidak begitu kelihatan. Namun jika rumah sudah condong, periksa lah tiangnya. Tandanya tianglah yang lapuk”.
Perempuan Dimuliakan
Syurga Di bawah telapak kaki Ibu
Kaartun dalam Buku Buya Hamka Berbicara Tentang Perempuan
Pembahagian Tugas
KesimpulanBuya HAMKA menghuraikan dengan padat dan ringkas satu persatu persoalan dan isu yang dimainkan oleh Orientalis berkenaan isu kedudukan wanita dalam Islam.
Seperti biasa karya Buya Hamka tidak pernah mengecewakan.
Biarpun buku ini tampak luarannya nipis, tetapi dalam begitu padat dengan kata dan isi.
Siapa yang biasa pernah membaca karya Buya Hamka pasti akan menemui bahawa bicaranya ringkas tapi penuh isi dan makna.
Buku ini bukanlah sekadar untuk wanita yang membacanya malahan untuk lelaki juga.
Jika bapa yang membaca buku ini, diharap akan lebih menghargai anak perempuannya.
Kepada suami yang membaca buku ini, diharap akan lebih menghormati isterinya.
Kepada sesiapa sahaja yang membaca buku ini, diharap akan lebih mencintai ibunya.
Bacalah Buku Buya Hamka Berbicara Tentang Perempuan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://notainsan.blogspot.com/2022/04/buku-buya-hamka-berbicara-tentang.html