Novel Merantau Ke Deli Karangan Pak Hamka
Assalamualaikum semua.
Ya.
Siapa yang tidak kenal dengan Pak Hamka atau Buya Hamka.
Nama penuhnya Abdul Karim Malik Amrullah.
Karyanya tidak lekang oleh waktu.
Hari ini, perkongsian saya adalah tentang Buku Merantau Ke Deli.
Sebuah novel yang menarik untuk dibaca.
Maklumat Tentang Novel Merantau Ke Deli karangan Pak Hamka
Novel Merantau Ke Deli Karangan Pak Hamka
Pada asalnya, kisah Merantau ke Deli ini ditulis secara berkala dalam Majalah Pedoman Masyarakat bermula pada tahun 1939 sehingga awal tahun 1940.
Kemudian, pada tahun 1941 karya Pak Hamka dibukukan buat pertama kalinya oleh Penerbit Cerdas Medan.
Novel ini menggambarkan dua adat istiadat dan budaya yang berbeza di Nusantara iaitu Minang dan Jawa.
Kepada anda yang belum membaca buku ini boleh dapatkan di sini >> Novel Merantau Ke Deli Karangan Pak Hamka.
Tajuk: Merantau ke Deli
ISBN: 978-967-411-476-3
Penerbit: Publishing House
Penulis: Hamka
Tahun Terbitan: Cetakan Ketujuh 2019
Muka Surat: 232
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.170
Dimensi (cm): 18.4cm x11.5cm x1.5cm
Sinopsis Novel Merantau Ke Deli Karangan Pak Hamka
Novel Merantau Ke Deli Karangan Pak Hamka
Untuk novel ini, Pak Hamka memilih untuk bercerita tentang cinta lelaki yang merantau, dan setianya seorang perempuan yang tidak dipandang darjat keturunannya
Pada ketika perempuan yang setia itu sudah bahagia, lelaki yang dikasihinya perlu memilih antara dia dan darjat keturunan
Apa akhirnya perempuan setia itu? Apa jadinya kepada lelaki yang terpaksa memilih
Review Novel Merantau Ke Deli Karangan Pak Hamka
Novel Merantau Ke Deli mengisahkan seorang perempuan Jawa bernama Poniem yang terpaksa hidup sebagai isteri simpanan kepada seorang tuan tanah di sebuah kebun di Deli
Pada suatu ketika, Poniem bertemu dengan seorang jejaka bernama Leman. Pemuda ini berasal dari Minangkabau. Seorang yang digambarkan cukup baik dan dipercayai oleh keluarganya
Setelah lama bertemu, benih-benih cinta mula tumbuh di antara kedua-dua insan berlainan jantian ini
Perasaan cinta yang tidak dapat dibendung itu membuatkan Leman mengajak Poniem menikah dan meninggalkan kehidupan perkebunan
Leman berjanji tidak akan meninggalkan Poniem. Mereka akan memulai hidup baharu sebagai suami isteri meskipun berbeza adat
Pada awalnya, Poniem ragu-ragu dan meminta untuk diberikan masa berfikir.
Sebenarnya, Poniem berasa takut bila mengenangkan teman-temannya yang dinikahi dan kemudiannya ditinggalkan
Namun akhirnya Poniem menerima juga pinangan Leman
Kemudian, mereka berdua meninggalkan kehidupan perkebunan dan merantau ke Deli untuk memulai kehidupan yang baharu.
Semasa merantau, Poniem membawa bersama perhiasan pemberian tuan tanah dan dia terpaksa merelakan perhiasan tersebut dijual sebagai modal untuk Leman memulakan usahanya
Kehidupan mereka semakin baik perlahan-lahan
Ketika kehidupan mereka semakin kukuh, Leman mengajak Poniem pulang ke kampung halaman untuk bertemu keluarganya.
Oleh kerana Poniem berkelakuan cukup baik, dia disambut dengan ramah oleh keluarga Leman. Semua terlihat baik-baik sahaja.
Poniem sangat senang kerana merasa memiliki keluarga
Namun begitu, langit tidak selalunya cerah. Tiada siapa yang menyangka kehidupan rumah tangga Poniem dan Leman teruji dengan cukup hebat
Sambutan baik daripada keluarga Leman hanya lakonan semata-mata. Poniem seorang perempuan berketurunan Jawa tidak diterima oleh keluarga Leman.
Tambahan pula, dia belum dikurniakan cahaya mata menjadi alasan keluarga Leman tidak mahu menerima Poniem
Keluarga Leman memaksa Leman menikahi seorang perempuan Minangkabau dan memiliki anak.
Sebelum menikahi Poniem, Leman sudah berjanji tidak akan meninggalkan Poniem.
Perempuan yang ditawarkan untuk menikah dengan Leman lebih mudah dan cantik dari Poniem.Leman sudah lupa jasa dan hutang budi Poniem
Poniem yang baik hati terpaksa mengizinkan suaminya menikah lagi.
Dengan senang hati, Leman pun menikahi Mariatun, gadis asli Minangkabau yand dikenalkan oleh keluarganya
Perangai bini pertama dan bini kedua Lemang yang berbeza sering menimbulkan konflik
Poniem yang asalnya seorang penyabar dan sering kali mengalah, lama-lama tahap kesabarannya sudah sampai ke penghujung
Hinggakan mereka terpaksa hidup berasingan. Namun, kerana perusahaan Leman semakin menurun, maka mereka terpaksa tinggal serumah semula
Situasi ini membuatkan Leman pening kepala dan sukar untuk membuat keputusan.
Siapakah yang patut dia bela?
Bagaimana Leman menyelesaikan masalah rumah tangganya
Banyak soalan yang timbul
Saya rasa baik anda memang kena baca Novel Merantau Ke Deli Karangan Pak Hamka untuk merasai sendiri perjalanan hidup Poniem, Leman dan watak-watak lain yang diceritakan dalam buku ini
Novel Merantau Ke Deli Karangan Pak Hamka
KesimpulanNovel Merantau Ke Deli karangan Pak Hamka bukan sekadar cerita.
Ia tidak mengewakan kepada peminat Pak Hamka.
Karya ini sarat dengan mesej berguna.
Anda mungkin akan turut sama merantau bersama watak-watak dalam cerita Merantau Ke Deli.
Semakin seronok kalau dapat menghayati jalan ceritanya.
Anda yang belum membacanya, jangan ditunggu lagi.
Bacalah Novel Merantau Ke Deli Karangan Pak Hamka.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://notainsan.blogspot.com/2022/04/novel-merantau-ke-deli-karangan-pak.html