Notis Kosong Tiga Kerusi Sudah Dihantar Ke Spr Berapa Lama Mb Baru Perlis Mampu Bertahan






29 December 2025


Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis sudah menyerahkan notis pengosongan tiga kerusi DUN kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Speaker DUN, Rus’sele Eizan mengesahkan, serahan notis pengosongan kerusi itu kepada SPR Perlis membabitkan kerusi DUN Bintong, DUN Guar Sanji dan DUN Chuping yang mana ketiga-tiga kerusi berkenaan dimenangi PAS sebelum ini.


Serahan notis pengosongan kerusi itu dilaksanakan sekitar jam 12 tengahari hari ini (29 Disember) dan diserahkan kepada Pengarah SPR Perlis, Siti Rahayu Ahmad Rusli di Pejabat SPR Perlis.


Katanya, pemakluman kekosongan itu adalah bagi memohon pilihan raya kecil (PRK) diadakan bagi memilih semula wakil rakyat di ketiga-tiga kawasan berkenaan.


“Permohonan PRK ini akan tertakluk kepada SPR yang akan meneliti kesesuaiannya kemudian dan terserah kepada mereka untuk menentukannya,” katanya.


Kerusi DUN Bintong, DUN Guar Sanji dan DUN Chuping diumumkan kosong oleh Rus’sele selepas tiga wakil rakyatnya iaitu Fakhrul Anwar Ismail (Bintong), Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji) dan Saad Seman (Chuping) dihentikan keahlian mereka daripada PAS kerana bersekongkol dengan lima Adun Bersatu dalam menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli yang juga ADUN Sanglang.


Mengikut undang-undang pilihan raya, PRK hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pemakluman rasmi diterima oleh SPR.


Pada PRU15 lepas, PAS menang dengan cemerlang di ketiga-tiga kerusi berkenaan iaitu di Bintong dengan majoriti 4,329 undi, di Guar Sanji dengan majoriti 5,101 undi dan di Chuping dengan 2,420 undi.


Ini bermakna jika diadakan PRK, peluang PAS melalui calon baru yang tentunya mempunyai kesetiaan kepada parti untuk mengekalkan kemenangan di ketiga-tiga kerusi adalah amat tinggi.


Kiranya keadaan itu berlaku, jumlah Adun PAS di DUN Perlis kembali kepada sembilan orang, manakala Bersatu kekal lima dan PH tetap satu.


Jumlah kerusi DUN di Perlis ialah sebanyak 15.


Dalam keadaan sebegitu, berapa lama Abu Bakar Hamzah daripada Bersatu mampu bertahan sebagai Menteri Besar?


Mungkinkah nanti beliau akan dijatuhkan melalui undi tidak percaya dan kerusi Menteri Besar akan jatuh semula kepada PAS?


Adakah akhirnya Abu Bakar akan mencatat rekod sebagai Menteri Besar paling singkat tempoh perkhidmatannya? – ShahbudinHusin 29Disember2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/12/berapa-lama-mb-baru-perlis-mampu-bertahan/










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/12/notis-kosong-tiga-kerusi-sudah-dihantar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Speaker Dun Umum Kekosongan Luar Jangka Di Tiga Kerusi Dun Perlis

Speaker Dun Umum Kekosongan Luar Jangka Di Tiga Kerusi Dun Perlis

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 101 hits
Speaker DUN Umum Kekosongan Luar Jangka Di Tiga Kerusi DUN Perlis KANGAR 25 Dis Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis Rus sele Eizan hari ini mengumumkan berlaku kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN Chuping DUN Bintong dan DUN Guar Sanji s...
Pas Pecat Tiga Adun Perlis Serta Merta Keahlian Terhenti Ikut Perlembagaan Parti

Pas Pecat Tiga Adun Perlis Serta Merta Keahlian Terhenti Ikut Perlembagaan Parti

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 134 hits
PAS memecat tiga Ahli Dewan Undangan Negeri daripada parti itu berkuat kuasa serta merta susulan keputusan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat PAS yang bersidang hari ini Tiga wakil rakyat terbabit ialah ADUN Chuping Saad Seman ADUN Bin...
Presiden Pas Pecat Tiga Adun Perlis Demi Selamatkan Besan

Presiden Pas Pecat Tiga Adun Perlis Demi Selamatkan Besan

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 113 hits
HarapandailyAbdul Hadi dan Mohd ShukriPresiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang didakwa memecat tiga Ahli Dewan Undangan Negeri dari parti itu bagi menyelamatkan Menteri Besar Perlis yang juga besan beliau Ini berikutan keputusan Pas Pusat meng...
Panas Pas Pecat Tiga Adun Perlis

Panas Pas Pecat Tiga Adun Perlis

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 117 hits
Malaysiakini nbsp PAS hari ini memaklumkan keahlian tiga ahli dewan undangan negeri Perlis parti itu terhenti berkuat kuasa serta merta Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata keputusan itu dibuat berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A Perlembaga...
Baru Tahu Rupanya Ini Berapa Kerap Urutan Badan Patut Dibuat

Baru Tahu Rupanya Ini Berapa Kerap Urutan Badan Patut Dibuat

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 119 hits
Baru Tahu Rupanya Ini Berapa Kerap Urutan Badan Patut Dibuat Dari bangun tidur hingga ke waktu malam badan kita digunakan tanpa henti Sama ada duduk lama di hadapan komputer memandu mengangkat barang atau melakukan kerja rumah semua ini mel...
Amanah 1 Kerusi Pun Tak Menang Di Perlis Pas Bidas Mahfuz

Amanah 1 Kerusi Pun Tak Menang Di Perlis Pas Bidas Mahfuz

papar berkaitan - pada 26/12/2025 - jumlah : 109 hits
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Amanah patut cermin diri dahulu sebelum persoal keupayaan PAS tadbir negeri Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu ambil langkah sewajarnya bagi memastikan kestabila...
Tiga Adun Perlis Diminta Pulangkan Segera Aset Kerajaan Negeri

Tiga Adun Perlis Diminta Pulangkan Segera Aset Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 26/12/2025 - jumlah : 139 hits
BernamaTiga Ahli Dewan Undangan Negeri PAS di Perlis yang jawatan mereka sebagai wakil rakyat gugur selepas keahlian mereka terhenti serta merta diminta memulangkan segera aset kerajaan negeri yang digunakan Speaker Dewan Undangan Negeri Pe...
Keahlian Tiga Adun Perlis Terhenti Serta Merta Presiden Pas

Keahlian Tiga Adun Perlis Terhenti Serta Merta Presiden Pas

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 110 hits
Keahlian Tiga ADUN Perlis Terhenti Serta Merta Presiden PAS Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan bahawa keahlian tiga Ahli Dewan Undangan Negeri di Perlis terhenti serta merta Menerusi satu kenyataan Hadi berkata keputusan pemb...
Sheraton Kota Kinabalu Sabah S Newest Luxury Landmark Opens

Anak Dara Ke Janda Baik

Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh

Di Sebalik Kehidupan Mengapa Bentuk Molekul Menentukan Segalanya

Lepak Makan Di Syed Bistro Seksyen 3 Shah Alam

Hukum Menipu Untuk Menutup Aib Sendiri

Anggota Komando Pulpak Cedera Semasa Aktiviti Payung Terjun Di Pantai Klebang


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Realiti Suami Curang Yang Ramai Tak Berani Buka

Balik Kampung Cuti Sekolah

Hadits Arbain Nawawi Ke 18 Taqwa Dan Akhlak Mulia

Kenali Silkscreen Printing Untuk Botol Rahsia Cetakan Tahan Lama Elegan

Kicap Mee Sedap Dan Mudah

Penghargaan Cemerlang Skuad Futsal Harimau Malaya Terima Hadiah Tempat Ketiga