Speaker Dun Umum Kekosongan Luar Jangka Di Tiga Kerusi Dun Perlis


Speaker DUN Umum Kekosongan Luar Jangka Di Tiga Kerusi DUN Perlis
KANGAR, 25 Dis (Bernama) — Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Rus’sele Eizan, hari ini mengumumkan berlaku kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN Chuping, DUN Bintong dan DUN Guar Sanji selepas keahlian tiga ADUN kawasan itu dari PAS terhenti serta-merta.
Rus’sele berkata kekosongan luar jangka tersebut adalah selaras dengan Fasal (1)(a)(ii) Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis bagi ketiga-tiga DUN berkenaan.
“Saya telah menerima notis bertulis mengenai tiga kekosongan luar jangka di bawah Fasal (3) Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis daripada ADUN Beseri Haziq Aysraf Dun.
“Mengikut kuasa-kuasa di bawah Fasal (3) Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis yang tersebut, saya telah membuat semakan dan meneliti dengan sebaik-baiknya perkembangan yang berlaku berkaitan tiga ADUN yang dimaksudkan.
“…dan saya berpuas hati untuk memutuskan bahawa telah belaku kekosongan luar jangka di tiga DUN berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Pejabat Speaker DUN Perlis di Kompleks Seri Putra, di sini hari ini.
Berikutan itu, beliau akan memaklumkan secara rasmi kekosongan luar jangka bagi ketiga-tiga DUN berkenaan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat.
Mengulas lanjut, Rus’sele berkata walaupun usia DUN Perlis telah genap tiga tahun pada 18 Dis lepas, kerajaan negeri merasakan terdapat keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan di ketiga-tiga kerusi berkenaan.
“Dalam keadaan biasa, berdasarkan Fasal (5) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis, tiada keperluan untuk mengadakan pilihan raya bagi mengisi kekosongan luar jangka apabila usia DUN telah mencecah tiga tahun atau lebih.
“Bagaimanapun, saya berpendapat tiga kekosongan itu perlu diisi semula bagi kepentingan kestabilan kerajaan dan untuk memastikan khidmat terbaik dapat diberikan kepada rakyat, memandangkan kekosongan luar jangka itu menjejaskan bilangan majoriti ADUN Perlis,” katanya.
Sehubungan itu, beliau akan menggunakan budi bicara yang diperuntukkan melalui Proviso Fasal (5) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis untuk memaklumkan perkara itu secara bertulis kepada SPR.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa ADUN Perikatan Nasional (PN) di Perlis didakwa telah bertemu Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, bagi menyatakan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap Menteri Besar Mohd Shukri Ramli.
Berikutan tindakan itu malam tadi, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, menerusi kenyataan media, memaklumkan PAS menggugurkan keahlian tiga ADUN Perlis dari parti tersebut serta-merta, berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan PAS (Pindaan 2025).
Mereka ialah ADUN Chuping Saad Seman; ADUN Bintong Fakhrul Anwar Ismail; ADUN Guar Sanji Mohd Ridzuan Hashim.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lepas, PN di Perlis memenangi 14 kerusi DUN iaitu sembilan ADUN PAS dan lima ADUN Bersatu, manakala seorang ADUN PKR bagi kerusi DUN Indera Kayangan.
BACA: Gunung Berapi Kilauea Di Hawaii Kembali Meletus Sumber: Bernama
The post Speaker DUN Umum Kekosongan Luar Jangka Di Tiga Kerusi DUN Perlis appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/25/speaker-dun-umum-kekosongan-luar-jangka-di-tiga-kerusi-dun-perlis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dun Perlis Mohon Adakan Prk Untuk Kekosongan Luar Jangka

Dun Perlis Mohon Adakan Prk Untuk Kekosongan Luar Jangka

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 80 hits
Aizat SharifSpeaker DUN Perlis Rus ele Eizan KANGAR Dewan Undangan Negeri Perlis akan memohon kepada Suruhanjaya Pilihan Raya supaya diadakan Pilihan Raya Kecil bagi tiga kawasan DUN di negeri itu Ia berikutan kekosongan luar jangka akibat ...
Panas Pas Pecat Tiga Adun Perlis

Panas Pas Pecat Tiga Adun Perlis

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 84 hits
Malaysiakini nbsp PAS hari ini memaklumkan keahlian tiga ahli dewan undangan negeri Perlis parti itu terhenti berkuat kuasa serta merta Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata keputusan itu dibuat berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A Perlembaga...
Keahlian Tiga Adun Perlis Terhenti Serta Merta Presiden Pas

Keahlian Tiga Adun Perlis Terhenti Serta Merta Presiden Pas

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 84 hits
Keahlian Tiga ADUN Perlis Terhenti Serta Merta Presiden PAS Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan bahawa keahlian tiga Ahli Dewan Undangan Negeri di Perlis terhenti serta merta Menerusi satu kenyataan Hadi berkata keputusan pemb...
Presiden Pas Pecat Tiga Adun Perlis Demi Selamatkan Besan

Presiden Pas Pecat Tiga Adun Perlis Demi Selamatkan Besan

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 81 hits
HarapandailyAbdul Hadi dan Mohd ShukriPresiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang didakwa memecat tiga Ahli Dewan Undangan Negeri dari parti itu bagi menyelamatkan Menteri Besar Perlis yang juga besan beliau Ini berikutan keputusan Pas Pusat meng...
Tiga Warganegara Indonesia Diselamatkan Daripada Bot Tunda Yang Terapung Di Luar Pantai Terengganu

Tiga Warganegara Indonesia Diselamatkan Daripada Bot Tunda Yang Terapung Di Luar Pantai Terengganu

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 130 hits
Tiga lelaki diselamatkan dari sebuah kapal tunda yang hanyut di Pantai Batu Rakit semua enam anggota kru selamat dan majikan mereka akan mengatur perjalanan pulang KUALA TERENGGANU Tiga warganegara Indonesia telah diselamatkan dari sebuah k...
Perlis Political Turmoil State Assembly Speaker To Hold Pc Today

Perlis Political Turmoil State Assembly Speaker To Hold Pc Today

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 76 hits
Rus sele Eizan KUALA LUMPUR Perlis state legislative assembly speaker Rus ele Eizan is scheduled to hold a press conference at the Speaker s Office in the Seri Putra Complex Kangar today The press conference set for 11am is believed to be r...
Pas Pecat Tiga Adun Perlis Serta Merta Keahlian Terhenti Ikut Perlembagaan Parti

Pas Pecat Tiga Adun Perlis Serta Merta Keahlian Terhenti Ikut Perlembagaan Parti

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 101 hits
PAS memecat tiga Ahli Dewan Undangan Negeri daripada parti itu berkuat kuasa serta merta susulan keputusan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat PAS yang bersidang hari ini Tiga wakil rakyat terbabit ialah ADUN Chuping Saad Seman ADUN Bin...
Isi Padangpanjang Jalin Kerja Sama Antarabangsa Dengan Tiga Label Muzik Malaysia

Isi Padangpanjang Jalin Kerja Sama Antarabangsa Dengan Tiga Label Muzik Malaysia

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 116 hits
Padangpanjang Indonesia Institut Seni Indonesia Padangpanjang terus memperkukuh peranannya sebagai pusat perkembangan seni Nusantara melalui jalinan kerjasama strategik bersama tiga label muzik terkemuka dari Malaysia Sony Music Malaysia Da...
Ini Barulah Dianggap Seorang Ibu Tak Pernah Meminta Wang Selalu Mencari Kesalahan Menantu Prince Syed

Spotify Digoncang Serangan Terbesar 86 Juta Lagu Dicuri Dunia Muzik Bergegar

Polis Tahan 85 Individu Dalam Serbuan Ops Dadu Mega Seluruh Negara

Cara Mohon Dulang Emas Di Negeri Kelantan Panduan Lengkap Terkini

Target Simpanan 2026 Cara Tetapkan Matlamat Ikut Gaji

Raikan 68 Tahun Legasi Warisan Dan Kecemerlangan Yu Ting Bersama Chef Martin Yan

A Visual Timeline Of Moab S Landscape From Dawn To Dusk

When Anwar Hailed Court Sending Najib To Jail As Victory For Rakyat


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Vespa Anti Tank Inovasi Ketenteraan Paling Pelik Abad Ke 20

Di Sebalik Kejayaan Dunia Kos Kuda Latihan Jadi Cabaran Terbesar Atlet Negara Aatvmedia 23 12 2025

Kedai Buku 24 Jam The Library Bookxcess Sunway

Surat Dari Syurga

Exco Pemuda Umno Malaysia Md Jamil Pauzi Tegaskan Titah Tuanku Bukanlah Bahan Politik Untuk Di Permainkan

Perjuanganku Belum Berakhir Kuat Kerana Tiada Pilihan