Nostalgia Mentari Merah Di Ufuk Timur Gabungan Nasyid Dan Rock
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Semoga hari Jumaat membawa barokah di dalam kehidupan kita semua. Insha Allah. Jangan lupa berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad S.A.W . Barang siapa berselawat 1 kali akan di balas sebanyak 10 kali. Berselawat kepada Baginda adalah tanda kecintaan kita Baginda Rasullullah. Semoga di akhirat kelak, dapat kita bersama Baginda di Syurga . Insha Allah.
Pagi ini Naim nak share kembali lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur yang di popularkan oleh kumpulan Search. Kemudian di nyanyikan semula bersama kumpulan nasyid Rabbani. Gabungan dua suara iaitu Amy dan Almarhum Ustaz Asri Ibrahim memang tidak asing oleh penggemar nasyid dan rock di tanah air Malaysia amnya. Gabungan suara ini membawa kita satu genre lagu lebih moden dan baru . Jika seseorang bukan peminat nasyid akan tersentuh dengan paduan suara mereka berdua.
Suara gemersik Almarhum Ustaz Asri, dan serak-serak basah Amy Search memang padu dan terbaik. Pada sekarang tidak sapa mampu tandingi suara seperti mereka. Kerana genre nasyid dan rock sudah bertapa lama di bumi Malaysia , sebab itu apabila gabungan dua genre ini akan membuat lagu tersebut menjadi siulan orang ramai. Jom kita hayati lirik Mentari Merah Di Ufuk Timur .
LIRIK
Ada yang tertinggal setelah terbenam mentari
Ada yang tertinggal setelah kering air di kali
Alam telah meyakinkan kau mesti pergi, kau mesti
Alam telah meyakinkan kau mesti kembali
Bagai yang telah dijanjikan ilahi
Ada yang tertinggal setelah musnah semua mimpi
Rasulullah, ya habiballah
Rasulullah, ya habiballah
Rasulullah, ya habiballah
Rasulullah, ya habiballah
Rasulullah, ya habiballah
Habiballah
Kekal selamanya cintaku dengan cahayamu
Kekal selamanya tetap dalam ingatanku
Lemas dalam rindu, tenggelam dalam tangisan (Hasbiyallah)
Engkau telah pergi tapi masih ada
yang kau tinggalkan dalam kalbuku
Yang, tinggal (yang tinggal)
Yang, tinggal (ya habiballah)
Yang, tinggal (ya rasul)
Yang, tinggal (yang tinggal... aku)
Lemas dalam rindu, tenggelam dalam tangisan
Engkau telah pergi tapi masih ada
yang kau tinggalkan dalam kalbuku (kalbuku)
Yang, tinggal
Yang, tinggal
Yang, tinggal
Yang, tinggal... Aku
Aku
Di sebalik lirik lagu ini adalah perjalanan pulang seorang hamba Allah kepada Sang Pencipta. Hamba Allah ini tetap pengharapan yang tinggi kepada Sang Pencipta agar mereka dia kembali. Itulah genre rock dahulu yang sarat dengan mesej dan moral kepada kita semua. Ia berbeza di genre di zaman sekarang lebih berkhayal sahaja.
Dunia adalah persinggahan tidak kekal. yang akhirat tempat pengakhiran abadi kita. Gali dunia untuk bekalan akhirat.
Wallahualam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://pemudattbc.blogspot.com/2019/07/nostalgia-mentari-merah-di-ufuk-timur.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+KeArahMencariRedhanya+(Ke+Arah+mencari+redhaNYA)